Maafkan aku ya, kawan-kawan. Sekarang, aku berada di Bandar Muadzam Shah (MSC), Pahang untuk menduduki peperiksaan akhir special semester. Peperiksaan bermula pada hari esok, 8 Jun 2009 dan akan berakhir pada 10 Jun 2009. Hanya dua kertas saja semester ini iaitu Business Communication Today dan juga Marketing and Human Resources Management.
Selepas ini juga, jadual aku agak ketat kerana aku ada program anak angkat di Klang. Mungkin akan kurang mengupdate blog. Tetapi semua memorinya akan aku simpan di dalam Lumix FS15. Nantikan saja cerita-cerita yang ingin aku kongsikan dengan kalian apabila aku menguploadkannya ke sini.
Semalam, aku ada menerima berita sedih(sangat kecewa selepas menerima berita itu hingga mengganggu mood aku untuk belajar) daripada pihak penerbitan(nama syarikat gergasi itu terpaksa aku sensoredkan di sini kerana aku agak kurang berpuas hati dengan layanan dan juga cara pihak editor itu berurusan dengan aku). Kata beliau, manuskrip aku tak dapat diterbitkan atas sebab-sebab yang aku sendiri tidak tahu.
Entahlah, aku dah mati akal sekarang ni. Tak tahu apa yang perlu aku lakukan. Lima bulan menunggu manuskrip aku dinilai, aku rasa apa yang aku lakukan sangat tidak berbaloi kerana dalam tempoh lima bulan kebelakangan ini, aku ketepikan sedikit pelajaran. Bukan membuang terus tapi minat aku lebih kepada arah itu.
Katanya(melalui SMS)...
Azri. Maaf ya, dik. Manuskrip tak dapat diterbitkan. Boleh adik berikan alamat penuh? Maaf. Terima kasih. K.wan.
Aku balas...
Boleh saya tahu sebabnya, K.wan? No12, bla bla bla
Boleh saya tahu sebabnya, K.wan? No12, bla bla bla
Dia biarkan sepi...
Aku hantar lagi...
K.wan. Boleh saya tahu sebabnya? Mungkin saya boleh perbaiki kelemahan untuk masa-masa akan datang...
K.wan. Boleh saya tahu sebabnya? Mungkin saya boleh perbaiki kelemahan untuk masa-masa akan datang...
Sama. Sepi hingga sekarang...
p/s: Sedih + kecewa = Azri Azlan
3 comments:
tak mo lah sedih+kecewa.
harus senyum dan gelak selalu. ehehe~
sabo azri....ader peluang lain lagi insyaAllah...cube lagi ea...^^
Lil^GriZzLe A;
thanks sis. kecewa+terkilan pasti ada sbb dh menaruh hrpn sgt2. huhu...
shazclan;
okies. aku xkn mudah putus asa...
Post a Comment