June 22, 2009

Selamat Hari Bapa


Selamat Hari Bapa...
Ini adalah ayah saya. Ayah saya bernama Nor Azlan Bin Mohd Yahya. Lihat gambar beliau di atas. Sempoi kan dia? Itulah dia ayah kami berlapan. Along, Angan, Ajie, Ika, Adib, Amir, Jiha dan Biha sayang sangat kat ayah. Ibu pun sama juga. Beliau sangat baik dan bertanggungjawab. Sebab tu kami sayang sangat kat beliau. Lebih-lebih lagi ibu. Memang tak boleh jauh daripada beliau. Hehehe...

Beliau tak pernah mengeluh dalam membesarkan kami adik-beradik. Jauh sekali merungut. Salute for you, dad...

Aku tak tahu sama ada boleh atau tidak menjaga ayah dan ibu jika mereka sudah berusia kelak. Aku nak jaga mereka macam mereka jaga aku. Aku nak mereka sama-sama tinggal dengan aku. Aku nak berikan apa yang mereka mahu walaupun aku tahu mereka tak perlukan harta dunia. Yelah, aku anak lelaki sulung. Sudah pasti tanggungjawab tergalas di bahu aku.

Kawan-kawan, sama-samalah kita berdoa supaya boleh menjaga orang tua kita apabila mereka memerlukannya kelak...


No comments: