December 27, 2009

Derma darah

Salam, semua. Aku rasa rindu nak berblog. Baiklah, mulai hari ini, aku akan hanya mencatatkan cerita-cerita tentang diri aku sendiri mahupun keluarga aku sahaja. Nah, lepas ni kalian akan berasa bosan membaca kisah-kisah kehidupan aku yang langsung tak menarik untuk diceritakan pada umum. Ah, lantak.

Hari rabu lepas, aku ada derma darah. Yelah, buat amal jariah la sikit sebab dah selalu buat dosa. Uh? Poyo. Hehehe…

**seperti biasa, terpaksa disensoredkan sebab tak mencapai piawaian. Nah, tengok gambar aje. Malas nak taip banyak-banyak.







December 7, 2009

Salam semua!!!

Salam!!!
Sekarang, aku dah tak rajin untuk menaip macam dulu-dulu. Mesti kamu kamu kamu semua berasa hairan kenapa aku bersikap seperti ini. Ya, aku tidak rajin. Tidak rajin bukan bererti aku malas atau sudah tak ada idea untuk menaip tapi semua entry aku dibaca oleh orang yang agak rapat dengan aku baik di rumah mahupun di universiti. Kebanyakan entry aku berkisar tentang apa yang aku rasa, apa yang aku lihat, apa yang aku dengar. Pendek kata, semuanya tentang kehidupan yang aku jalani sehari-harian.

Ada satu entry tu, member aku terbaca. Walaupun aku kat tunjuk pada sesiapa ataupun menyebut nama dia, dia kata, dia terasa dengan apa yang aku coretkan. Dan aku tidak boleh berkata tidak untuk mencoretkan apa yang dah berlaku di dalam diari ini. Ianya sudah sebati dengan aku. Walaupun aku sudah lama tidak mengupdate blog, serius aku katakan yang aku ada menulis di dalam Microsoft word dan aku simpan di dalam folder ‘entry’. Tulisan itu aku mahu publishkan di dalam diari ini tapi sejak peristiwa itu berlaku, aku perlu berfikir sejuta kali jika mahu menulis apa-apa yang berkisar tentang hidup. Yalah, isu ini aku kira sangat sensitive.

Sejujurnya, aku rasa bersalah dengan dia. Sangat bersalah dan aku ada menerangkan pada dia yang aku sedang marah ketika itu. Dan dia juga sudah meminta maaf atas apa yang dia sudah buat.

December 1, 2009

Permulaan Disember

JADUAL AKU UNTUK SEMESTER INI. BERMULA 30NOVEMBER 2009. Aku sangat suka dengan UNITEN. Member aku yang lain tengah syok cuti, kita orang kena pergi kelas. Bagus!!!


Cerita Dulu-dulu

Salam!

Hai, semua. Aku ni macam sibuk aje masa cuti semester lepas. Huh, dah habis pun cuti semester aku. 29 Nov lalu, aku balik ke Muadzam Shah. Aduh, malasnya nak balik Muadzam Shah sebab result sangat tidak memuaskan hati aku.

Dah! Malas nak cerita pasal result. Menyakikan hati aku yang tersedia sakit.

Hari 26Hb Nov lepas, aku hantar nenek ke hospital sebab dia sesak nafas. Nenek aku kena masuk wad selama 4 hari sebab dia ada sakit buah pinggang, sama macam arwah nenek sebelah ibu aku. Walaupun cerita ni dah basi, tapi aku nak cerita juga sebab hari Jumaat ni, 4hb Dis aku dan ayah akan ke Johor Bahru untuk menghantar nenek untuk buat AV Fistula di lengannya.

Huh!!! Bukan mengeluh tapi terkejut.

Macam ni. Nenek aku ada sakit buah pinggang dan air yang berada di dalam badannya tidak dapat diproses dan air itu telah terkumpul di paru-paru menyebabkan beliau sukar bernafas. Bila doktor bertugas tengok buku rekod kesihatan dia, ada tulis ‘patient refused’ pada setiap kali pertemuan doktor. Nenek aku ni takut nak cuci buah pinggang sebab jarumnya yang gedabak besar. Lagi satu, sebelum buat hemodialisis, kena buat dulu AV Fistula. Ni gambar yang aku cari kat google.


AV Fistula

Bila doktor perempuan India tu nampak ada tulis ‘patient refused’, dia marah-marah. Tapi aku tengok cara dia marah bukan macam orang lain marah. Cara dia marah macam sweet je. Hahaha, comel doctor tu walaupun tak berapa nak putih. Hidung mancung, bulu mata dia melentik dan panjang-panjang. Hah, kau dah gila ke apa ada taste kat perempuan India? Ah, aku bukan apa. Aku cuma bayangkan kalau doktor itu putih. Itu aje. Macam Priyanka Chopra atau pun Preity Zinta. Fulamak, meleleh doh. Bodoh ko! Fikir yang bukan-bukan.

Dah! Dah! Kembali ke cerita asal.

Ini adalah proses hemodialisis.

Kos perubatan untuk pesakit buah pinggang sangat tinggi. Kos untuk membuat AV Fistula = RM850-RM1,000 mengikut keadaan pesakit. Jika urat lengan pesakit sukar timbul atau halus, semakin mahal. Kos cuci juga mahal. Sekali sesi = RM200 dan pesakit memerlukan 3 sesi seminggu. Ini bermakna kos seminggu = RM600 dan sebulan = RM2, 400 manakala setahun = RM28, 800. Wah, anda sendiri nampak, bukan harga yang perlu dibayar untuk kesihatan kita? Maka, jagalah kesihatan diri anda sendiri. Jangan ambil mudah, kelak diri sendiri yang merana.

***aku bukan doctor. Kalau cerita di atas merapu dan keluar daripada fakta sebenar, sila maafkan aku.


November 16, 2009

Oh Lelaki, Oh Wanita

Salam.

Azri Azlan sangat penat kerana baru saja pulang dari Nakhoda Training Centre, klik sini untuk ke laman web rasmi. Di sana, beliau bertugas sebagai seorang fasilitator. Buat julung kalinya, beliau malas untuk mengupdate dan mengupload gambar yang ditangkap ketika beliau di sana. Mungkin entry yang akan datang.

Baru sekejap tadi aku sign in akaun Tagged. Saja-saja sebab dah seminggu lebih tak masuk. Tetiba aku ternampak status seorang BFF aku yang berbunyi:

Damn shit in luv with *kekasih yang ke berapa entah* =)

*aku gantikan nama girlfriend dia dengan ayat ini. Tak salah, kan? Sebab apa? Sebab minggu lepas, statusnya masih menggunakan ayat yang sama cuma nama kekasihnya saja yang berbeza.

Pelik. Aku hairan dengan sikap segelintir kita. Begitu senang mencari pengganti. Semudah menukar baju sehari-harian. Segampang itu sekali? Ibarat permainan ketika usia masih muda. Begitulah perumpamaannya. Minggu lepas kata cinta pada si A. Minggu ini lafazkan cinta pada si B. Minggu depan, keluar pula dengan si C.

Aku tak mahu menuding jari ke arah dia seorang tapi inilah realitinya. Mungkin dia beruntung kerana wajah kacukannya yang menjadi idaman ramai wanita dan poket duit yang berkepuk-kepuk menjadi bonus buat dirinya. Kadangkala, terdetik rasa cemburu melihat dia dikelilingi kemewahan dan juga berderet wanita cantik yang ingin berdampingan dengannya.

Pernah juga aku katakan pada dia supaya berubah sikap dan jangan bersikap seperti itu. Maka, inilah jawapan yang aku terima:

“Sampai bila kau nak jadi macam ni? Kau kena ingat kau tu siapa”. Pesan aku setiap kali bertemu dengannya.

“Alah, bukan aku yang cari dia orang. Dia orang yang cari aku”. Kata dia.

“Perempuan zaman sekarang memang macam tu. Aku takut kau tersungkur nanti kalau kau tak berhati-hati”. Balas aku.

“Aku tahulah, Azri. Sebab tu aku tak pernah serius dengan dia orang. Cuma suka-suka aje. Buat teman”.

Lihat. Sila baca dengan teliti dan fahamkan apa yang dia katakan di akhir ayat. “Cuma suka-suka dan buat teman”.

Semua orang tahu sikap lelaki yang satu ini. Sebagai lelaki, aku juga pernah bersikap seperti itu. Tapi itu dulu sebelum aku tersungkur. Tersungkur bukan sebab jatuh tangga tapi disebabkan oleh jatuh cinta.

Oleh itu, pada semua perempuan dan wanita di luar sana. Tolonglah jaga dan pertahankan apa yang kalian ada. Jika anda sendiri tak mampu untuk pertahankan hak milik anda, bagaimana anda mahu pertahankan rumahtangga dan maruah keluarga kelak?

Tak lupa juga pada setiap lelaki. Jadilah kumbang yang boleh melindungi bunga. Tak perlu menjadi lelaki idaman setiap wanita. Jadilah lelaki yang betul-betul lelaki. Hisaplah madu dengan tatacara Islam dan budaya Melayu. Jika madu bunga itu sudah sah menjadi milik kita, lindungilah ia daripada rosak dan layu. Jangan sudah habis madu, sepah pula dibuang merata-rata.

Peringatan!

Entry inilah adalah pandangan peribadi penulis semata-mata.


November 12, 2009

Ini cerita dua hari lepas

Aku sangat tension. Semalam, aku hantar lappy aku ke kedai untuk diformat. Seperti biasa, ada saja masalah yang akan timbul selepas lappy aku ni diformat. Sekali dulu, aku minta microsoft 2007, dia bagi microsoft 2003. Semalam, aku minta windows vista, boleh pula dia bagi windows XP. Geram tak? Geram, kan? Sabar jela. Eee, rasa nak sekeh je kepala Mr. Teo yang botak+uban yang memenuhi kepalanya. RM30 doh upah untuk format. Takkan nak melabur sebanyak RM30 kalau kita sendiri tak puas hati dengan hasilnya? Lastly, aku mesej Mr. Teo. Mesejnya berbunyi seperti ini:

“Hello, Mr. Teo. Boleh tak kalau saya nak tukar ke vista. Saya tak biasa guna XP”.

***Iklan.

Sangat suci bukan mesej yang aku hantar? Padat dan mampat. Hahaha, siap dieja dengan penuh lagi (harus dieja dengan penuh. Takut orang tua itu tak faham bahasa sms).

Hah, pagi tadi aku terus ke kedainya untuk tujuan yang satu iaitu menukar windows XP kepada vista. Ayah bising sebab jarak dari rumah ke kedai Mr. Teo lebih kurang 30km. Agak jauh semata-mata untuk menukar benda yang kurang penting baginya tapi sangat penting bagi aku. Then, malam baru aku baru dapat balik lappy aku.

Kalau anda orang Batu Pahat, anda boleh bayangkan cerita ini. Kalau bukan orang Batu Pahat, sila baca juga. Kalau tak faham, boleh tanya dan lihat peta.

Mr. Teo tinggal kat Taman Tanjung. Dia buka kedai di Parit Raja. Aku pula tinggal di Taman Bukit Perdana. Dekat jugalah. So, bila dia balik rumah dia, barulah dia hantar lappy aku tu sebab aku malas nak tunggu dia di kedai. Penantian itu satu penyeksaan okeh.

Selepas Mr. Teo hantar lappy, aku pun sangat excited nak cuba. Tapi malangnya, vista yang Mr. Teo guna ni tak sama dengan vista yang sebelum ni. Lain betul. Cuba tengok ni.

Okeh, aku tak kisah kau orang nak kata aku jakun ke apa. Tapi benda ni lain gila. Aku kena biasakan dan godeh mana-mana yang patut supaya tak kekok.

Hah!!! Sebelum aku lupa, aku ada masalah nak connect dengan Mobile Partner. Macam ni masalahnya. Bila aku cucuk broadband, dia keluar macam ni.


Okeh, fine. Mungkin dia nak bermanja-manja dengan aku ataupun sebagai tanda “Selamat Datang”. Aku install la tapi macam pelik caranya.
Aku klik kat sebelah kiri tuh then klik lagi kat “run Mobile Partner”. Baiklah beberapa minit menunggu, Mobile Partner dah install. Tapi dia tak terus keluar. Aku kena buat manually. Aku kena klik icon Mobile Partner yang ada kat desktop. Malangnya, dia boleh cakap:
“The device has been disconnected or is unavailable”.
Berbulu, kan? Geram!!!
Aku tak tahu nak buat macam mana. Selalunya bila install selesai, automatik keluar benda ni:
Tapi tak ada pula. Macam mana hah? Expertise, please help this failure. He really needs your help. Thanks in advance kepada mana-mana teman blogger yang berminat untuk menolong.

p/s: menggunakan internet rumah adalah jalan penyelesaian. Kalau tak macam ni, duduk atas katil 24 jam.

November 10, 2009

Pisau Cukur


Anda tahu tak apakah simbolik gambar di atas? Hah, dah tahu kan? Ya, tepat sekali. Gambar di atas adalah gambar pisau cukur. Semalam aku pergi tengok pisau cukur. Weh, kejamnya kau orang. Bukan pisau cukur yang di atas tu. Hahaha…Pisau cukur yang ni cantik lagi hot. Maya Karin dan Nur Fazura. Gila hot dia orang berdua ni. Lebih-lebih lagi Maya Karin. Arghhh… gorgeous sangat. Aku minat dia doh.

Seperti biasa, saya menonton keseorangan. Well, apa nak buat. Dah ni nasib kau. Hahaha, poyo. Dahlah beli tiket malam. Tengok seorang diri. Bosan doh. Alamak, lupa. Sorry, sorry. Aku punya girlfriend tengah berlakon dalam filem ni. Siapa lagi kalau bukan Maya Karin. Mana boleh bosan. Harus tengok sampai habis. Kau orang pun kena tengok. Kalau sibuk, stop buat keja dulu. Jangan lepaskan peluang. Maya, saya akan promote filem awak habis-habisan (ceh, macamlah Maya Karin tu baca blog kau. Pirahhhh…)

Pisau cukur kat atas ni, aku dapat free. Kelakar gila. Tengok cerita Pisau Cukur, dapat pisau cukur percuma. Hahaha…

P/s : Sharifah Sofea nampak hot dalam cerita ni. Dia sekarang ada dalam senarai aku. Alamak, dia isteri orang la pulak. Adoiyai.

November 7, 2009

Meh, beronggeng sama-sama

Aku dah fed-up nak terbang tinggi-tinggi seperti sang helang. Kali ini, biarkan aku terbang rendah seperti rama-rama.

Salam!!!

Seperti yang dijanjikan, aku akan cerita pada kamu semua tentang malam ronggeng kami berempat. Kami berempat gelarkan malam itu sebagai “boys nite”. Hah, boleh macam tu? Semua sedia maklum aktiviti yang kami berempat lakukan pada malam itu kerana aku telah menyebutnya di entry yang sebelumnya. Tapi tak semua yang kami rancang akan terjadi.

Rancangan kami adalah seperti berikut. Tentatif ini dibuat oleh saudara Pingu.

Sampai Kuantan – beli tiket wayang – karok(idea kami berempat) – main boling(idea Apiz) – makan malam(idea kami berempat) – tengok wayang(idea Pingu) – lepak Teluk Cempedak(idea aku).

Memandangkan kami bertolak ke Kuantan agak lambat hari itu,(kira-kira 6.00 petang) semua rancangan tersasar sedikit. Entah kenapa, nasib kami agak ‘suwei’. Tiba aje di MegaMall, kami terus ke tingkat paling atas untuk menempah tiket wayang. Nak tengok midnite movie katanya. Tapi macam haram. Tiket paling lewat pun pukul 10.30 malam. Kami berempat dah menyumpah seranah kat kaunter. Eh, kejap. Kejap. Bukan kat kaunter. Tapi jauh sikit dari kaunter. Nak mati ke maki kat tempat orang? Masing-masing dah buat muka 10 sen walaupun harga kami lebih mahal daripada itu. Hahaha…

Rancangan diubah mengikut masa. Pingu kata, baik makan dulu sebab jam dah menunjukkan ke pukul 7.30 malam. Masing-masing sudah menunjukkan muka yang kelaparan. Bukan lapar yang biasa-biasa okeh. Tapi lapar beruk. Hahaha, lapar beruk ni lapar yang teramat sangat bak kata kami berempat. Aku terus setuju memandangkan tengahari itu aku masih belum menjamah apa-apa makanan selain roti RM0.60 yang dijual di foodcourt Bestari.

Sampai aje kat Tanjung Lumpur, kami terus ke kedai makan yang paling hujung. Kedai lain dah tak pandang dah. Sangat sedap masakan mereka. Sangat berpuas hati dengan bayaran dan pelaburan kami sebanyak RM20 seorang.


Tak nak kembung pulak, kan perut aku. Tinggi gelas ni adalah bersamaan dengan sejengkal jari aku. Kira-kira 20cm. Cuba kamu bayangkan kesenakkan yang telah aku alami. Hah, lupa nak cakap. Diet aku juga hilang dengan makanan yang lazat dan telah tersedia hidang di depan mata. Air tembikai(Pingu&Apiz), fresh orange(aku) dan milo ais(Ariff).


Muka lapar beruk oleh Pingu(kiri) dan Apiz(kanan).


Ini dia makanan yang kami pesan. Siakap masak 3 rasa, kailan goreng ikan masin, sotong goreng tepung, telur dadar dan ikan pari bakar petai(belum sampai lagi). Tengok, betapa gigihnya Pingu menyenduk nasi ke dalam pinggan.

Lepas makan, masing-masing macam buaya. Maaf, kami bukan buaya darat. Saja menggunakan persamaan ini untuk menunjukkan yang kami benar-benar kekenyangan. Lepas makan, kami ke Vistana Hotel untuk menjemput seorang teman untuk bersama-sama menyertai kami. Nak tahu siapa dia? Hah, tak boleh. Biarlah rahsia. Boleh?

Dalam perjalanan ke Vistana, boleh pulak si Ariff buat lawak gila babeng. Kalau tak lawak, sila abaikan. Pada kami, ianya sangat lawak sebab masing-masing kepala tengah tingtong. Cakap apa pun, boleh jadi bahan lawak. Nak tahu dia kata apa?

“Eh, tengok. Bulan tengah mengembang”. Sengal. Kita orang pun ketawa berdekah-dekah macam nak mati.

“Mengembang? Bulan bukan mengambang ke?” kata salah seorang dari kami.

“Mengembang pun boleh”.

Lama lepas tu, ketawa masih lagi pecah.

Kat lobi Vistana. Bosan menunggu, aku dera dia orang untuk snap gambar aku. Hahaha, padan muka. Destinasi seterusnya ialah karok. Memandangkan pusat karok tu ditutup pada pukul 10.00 malam, kami tak dapat nak karok malam tu. Entah kenapa dia tutup awal. Siot aje kan pusat karok kat ECM tuh. Rasa nak tibia aje sekor-sekor. Hahaha, macam berani. Selepas mengadakan sesi perbincangan, kami pun ambil keputusan untuk menonton wayang. Tengok cerita Jennifer’s Body. Tiket paling lambat iaitu pukul 10.30 malam. Masa kat MegaMall, tak banyak gambar yang aku snap.


Masa ni, jam dah pukul 12.30 tengah malam. Lepas tengok wayang, kami ke pusat boling. Tu pun dapat main 1 game aje sebab dah nak tutup. Akak tu cakap, dia boleh buka sampai pukul 1.00 pagi aje. Dah puas kami pujuk. Kuasa mengayat pun dah digunakan. Tapi tak berjaya jugak. Kental sungguh hati akak itu.

Tahu sebab apa aku silang tangan seperti itu? Dah tahu, duduk diam-diam. Jangan bising.

Gaya baru lepas habis exam petang itu. Release tension katanya.


Yang ni pun sama juga

Yang ni sibuk nak jeleskan aku dengan Ariff. Mentang-mentanglah dia habis exam awal. Alah, pukul 12.00 tengahari aje pun. Beza beberapa jam aje pun.





Tepat jam 1.00 pagi, kami bergerak ke Teluk Cempedak. Memandangkan hujan, kami hanya mampu untuk melepak di McD saja. Alahai, tak dapatlah aku nak jalan-jalan di tepi pantai sambil ambil angin yang sangat sedap itu. Boleh? Tak apalah, lain kali boleh lepak lagi. Tapi semester depan Pingu dan Apiz tak ada sebab meeka berdua pergi praktikal.


Yang ni sibuk dengan telefon. Memanjang awek dia call. Baru aje call, call lagi. Jeles pulak aku tengok. Kadang-kadang, geram jugak. Hahaha…


Yang ni pulak, telefon asyik dalam poket seluar. Tiada siapa mahu telefon melainkan ibunya yang tersayang.


Kat McD, aku tak makan apa pun melainkan McFlurry Oreo sebab perut masih lagi kenyang. Pingu makan burger&kentang goreng, Apiz makan kentang goreng.


Suka-suka



First equation;

Kaudahbuatakujatuhcintakatkauthenkaubolehcakapyangkitanitaklebihdariseorangkawan

Second equation;

Kaudahbuatakujatuhcintakatkauthenkaubolehcakapyangkitanitakbolehbersama

Third equation;

Kaudahbuatakujatuhcintakatkauthenkaubolehbuatbodohajedanbiarkanakumemendamrasaseorangdiri

Forth equation;

Kaudahbuatakujatuhcintakatkauthenkaubolehbuatmacamtakadaapayangberlakuantarakita

p/s:cari sendiri penyelesaiannya...


November 4, 2009

Permulaan November



Hai, semua!!!

Entry ini pendek saja. Aku mencuri sedikit masa supaya kamu semua boleh tahu apa yang aku lakukan ketika ini.

Aku sedang berjuang untuk kertas terakhir petang ini. Dan sekarang, aku masih lagi mengulangkaji pelajaran. Subjek petang ini adalah Intermediate Financial Accounting I. Doakan aku, okeh?

Habis saja periksa, aku dan teman serumah akan ke Kuantan. Rancangan kami untuk makan malam di Tanjung Lumpur, berkaraoke, boling, menontong wayang dan lepak di Teluk Cempedak. Doakan juga perjalanan kami supaya selamat pergi dan selamat kembali.

Bye, salam...

October 25, 2009

Exam Mood. Maaf, saya sangat tension...

1.

ISSB232

Islamic Studies III (LAN MPW 2143)

3M

DP1

26/10/2009 14:30:00 - 17:30:00

231

2.

ECMB223

Microeconomics

3M

DP1

27/10/2009 14:30:00 - 16:30:00

157

3.

ATXB213

Malaysian Taxation I

1BM

DP2

29/10/2009 09:00:00 - 12:00:00

245

4.

FICB213

Corporate Finance

2AM

DP1

31/10/2009 14:30:00 - 17:30:00

120

5.

AMAB223

Management Accounting

2AM

DP2

02/11/2009 14:30:00 - 17:30:00

231

6.

AFRB223

Intermediate Financial Accounting I

3AM

DP1

04/11/2009 14:30:00 - 17:30:00

114

October 8, 2009

Tertelan air liur...


*sila klik pada imej untuk penumbesaran yang paling maksimum...


October 6, 2009

Selamat Hari Jadi

Oh, ya. Aku hampir terlupa. Bulan Oktober merupakan bulan hari jadi kawan-kawan aku. Sesiapa yang menyambut hari lahir pada bulan ini, SELAMAT HARI LAHIR BUAT KAMU SEMUA(termasuk aku). Semoga sihat selalu dan berjaya dalam menempuhi hari-hari yang mendatang.

Jom tengok siapa ahli-ahli kelab LIBRA.

Oct 1 – Hafiz (housemate)

2 – Bella (senior)

5 – Najwa (member baik Kak Ngah)

6 – Fara (teman UNITEN)

7 – Jaha (teman UNITEN)

11 – Jijah Je (teman UNITEN)

14 – Mimie (teman UNITEN)

12 – Ikin (unforgettable friend)

15 – Azri Azlan (ketua blog), Sis Jiha (teman blogger), dan Ajja (adik Yazith Su Anaz)

18 – Ariff (roommate)

p/s: kat atas ni yang aku tahu saja. Yang aku tak tahu, anda juga boleh terima ucapan ini.


October 5, 2009

Pandainya Dia!!!

Kawan mengadu, internet lembap. Akhirnya, minta tolong kat aku sebab nak pinjam broadband. Aku bukan berkira dengan kawan-kawan. Seriously, kalau kau orang nak guna barang aku, gunalah asalkan minta izin pada aku terlebih dahulu.

Yang aku panas, yuran internet kena bayar setiap semester. Tapi internet lembap macam siput babi. Port internet rumah aku untuk semester ini tercabut dan memang tak boleh guna. Senang kata, internet memang tak boleh digunakan di apartmen Bistari.

Bila petang tadi aku pergi ke wisma, Celcom ada buka kiosk dan buat promosi broadband pakej pelajar. Wei, bodohlah kau orang ni semua. Tahu nak makan duit orang aje. Promosi gila babeng gempak. Tapi masing-masing bagi servis yang macam laknat.

Bila Nampak Celcom buka kiosk kat wisma, aku terdiam sekejap. Berapa ribu yang UNITEN dapat hasil daripada promosi itu? Mari belajar mengira dengan aku.

Tadi aku ada tanya kawan. Katanya promosi seperti ini:

Modem = RM200

Monthly = RM50

Kontrak 2 tahun dengan kelajuan 3.2 mbps (aku tak pasti tentang kelajuan. But 3.*mbps for sure)

Katakan komisen yang UNITEN dapat= RM25 untuk seorang pelajar.

Tadi aku lihat, ramai yang beratur panjang untuk langgan broadband ini. Katakan 100 orang pelajar.

RM25 x 100 = RM2500 masuk dalam sehari. Kalau promosi ini untuk 2-3 hari? Kalau seminggu? Tak mustahil, kan?

p/s: aku juga guna pakej pelajar, bayaran bulanan yang sama cuma kelajuan saja yang tak sama. Rasa macam membazir tapi ianya satu keperluan bagi aku sebagai seorang pelajar. Pandainya mereka!!!


October 3, 2009

Cerita Selepas Aidilfitri

Azri Azlan sedang dalam diet. Bukan untuk memudaratkan tapi untuk menjaga kesihatan. Beliau sudah semakin sihat dari hari ke hari. Anda faham, bukan? Nak naik tangga ke tingkat 3 Bistari pun mengah. Disamping itu, beliau juga buat sit-up untuk perut. Perut sahaja, bahagian lain tak nak. Hahaha…

Senarai makanan yang dilarang dalam masa dua tiga ini adalah:

Nasi
Ayam goreng
Kentang goreng
Mee/bihun/kueh tiaw goreng
Senang cakap, apa-apa juga makanan yang bergoreng dan berkuah lemak.

Senarai makanan yang boleh diambil dalam masa sebulan dua ini adalah:

Bihun/kueh tiaw sup
Bihun/kueh tiaw tomyam tanpa udang@sotong
Ayam atau ikan yang direbus
Sup sayur
Senang cakap, apa-apa juga makanan yang dibakar dan direbus.

September 27, 2009

Cerita Aidilfitri

Salam!

Hari ini, sudah masuk 8 Syawal. Pada aku, sambutan 1 Syawal yang lalu biasa-biasa saja. Diraikan dengan hanya sepasang baju melayu teluk belanga yang siap dijahit sehari sebelum Aidilfitri. Itulah satu-satunya pakaian aku untuk menyambut Hari Lebaran. Untuk Syawal yang kedua, aku memakai pakaian lama. Lama maksud aku di sini bukan pakaian harian tapi pakaian aku untuk ke kuliah. Mood untuk memakai pakaian baru sudah tiada, mungkin disebabkan factor usia yang semakin menginjak dewasa. Kata ayah, itu normal sementelah dia juga pernah merasai perkara yang sama, pada usia seperti aku. Tahun ini, tiada jeans mahupun t-shirt baru. Apa pun, aku bersyukur kerana aku masih boleh menyambut Syawal bersama-sama keluarga.

Cerita pada 1 Syawal masih belum tertulis. Dalam hati, aku berkira-kira untuk mencoretkan di sini atau pun tidak. Akhirnya, aku catatkan jua di sini sementelah sudah lama aku tidak mengupdate blog ini. Ketika pagi raya, kami sekeluarga masih lagi di rumah memandangkan rumah atuk tidak jauh dari rumah kami. Pagi raya, aku bangun dari tidur agak lewat. Sangat lewat barangkali iaitu pukul 8.30 pagi kerana sebelah malamnya, aku sibuk membersihkan rumah dan memasang langsir yang hanya siap dijahit pada pukul 3.00 pagi. Makanya, tahun ini aku terlepas untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri kerana kesiangan. Ayah yang terlebih dahulu sudah menjejakkan kakinya ke masjid, bergerak sendirian ke kampung tatkala aku dan yang lain-lain sedang menyiapkan diri. Pukul 10.00 pagi, baru kami bertolak ke kampung dan tiba ke destinasinya setengah jam selepas itu.

Di kampung atuk (sebelah ibu), kami bermaaf-maafan. Ketika ini, suasana sayu dan sedih menyelubungi kami sekeluarga (atuk+keluarga mak long+keluarga kami+keluarga Mak Ina+keluarga ucu). Masing-masing aku lihat tidak segan silu untuk menangis dan memohon keampunan. Aku juga begitu. Sedih. Walaupun bibir mengukirkan senyuman, hati ini turut terasa kehilangan arwah nenek. Gambar di bawah tangkap setelah selesai sesi bermaaf-maafan dan air mata.

Itu cerita Hari Raya Pertama. Hari Raya Kedua, lain pula ceritanya. Aku, Kak Long, Adib dan Amir mewakili ayah dan ibu untuk berkunjung ke rumah saudara mara sebelah ayah di Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Mereka tidak dapat bersama-sama kerana Jiha dan Biha demam dan buat hal. Tidak banyak gambar yang dapat aku tangkap kerana aku tertinggal kamera di rumah atuk. Tidak teringat langsung mahu membawa kamera sekali bersama-sama. Nak tak nak, hanya sekeping gambar ini saja yang dapat aku paparkan di sini. Itu pun dengan menggunakan telefon bimbit Kak Long.


Hari Raya Ketiga, kami sekeluarga beraya pula ke rumah saudara mara sebelah ibu. Kami berkunjung ke rumah adik-beradik arwah nenek. Gambar di atas adalah gambar aku bersama adik bongsu arwah nenek. Wajahnya saling tak tumpah seperti wajah arwah nenek.

Ini pula gambar moyang aku (bertudung hijau). Masih kuat dan sihat lagi. Beliau merupakan isteri ke-4 kepada moyang lelaki aku. Kiranya beliau ni moyang tirilah ye? Moyang aku betul dah tak ada. Yang berbaju melayu warna emas itu pula, atuk saudara aku. Kami panggil Tok Yan.

Bersama sepupu. Yang besar-besar adalah geng lepak aku di kedai mamak pada malam raya kedua dan ketiga. Best lepak kedai mamak malam-malam raya. Ngeteh!




Atuk (berbaju putih dan bersongkok) pun melayan karenah cucu-cucunya. Aku suruh lompat, dia tak nak. Hahaha…


September 19, 2009

Salam Aidilfitri 2009

Yeah, yeah, esok raya. Hah. Hari ini, hari terakhir kita berpuasa. Hari ini juga, bermulalah episod Hari Raya. Di sini, Azri Azlan ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN buat pembaca “DIARI HATI AZRI AZLAN”. Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang sudi menjengah ke blog aku yang tak seberapa ini. Diharap, ikatan ukhwah yang terjalin di alam maya ini berkekalan hendaknya.

Selari dengan konsep “DIARI HATI AZRI AZLAN”, aku tidak menghadkan ungkapan kata maaf ketika hari raya saja. Sebaliknya, bagi aku ungkapan maaf haruslah dilakukan setiap hari. Oleh itu, awal-awal lagi aku sudah meletakkan ‘description’ di atas blog aku iaitu:

DUKA DAN LARA HATI INI TIDAK SIAPA YANG TAHU. LAHIRNYA DIARI HATI AZRI AZLAN KE ALAM MAYA ADALAH UNTUK BERKONGSI CERITA, BUKAN UNTUK MENDABIK DADA DAN MENINGGI DIRI. ANDAI KATA ADA SALAH DAN SILAP, MAAFKANLAH DIRI INI YANG LANGSUNG TIDAK SEMPURNA...

Macam mana? Cara tak? Hahaha.…

Aku balik Batu Pahat, Johor pada hari Rabu, 16 September 2009. Aku terpaksa ponteng kelas Malaysian Taxation 1 pada hari Khamis. Ah, apakan daya? Aku mahu pulang ke kampung halaman lebih awal. Tapi tak apa. Nak bodek pensyarah punya pasal, aku sudah layangkan kad ucapan Selamat Hari Raya kepada semua pensyarah yang mengajar aku untuk semester ini sehari sebelum itu. Hah, ini lagi cara. Lepas ni, memang semua A la gamaknya keputusan kau untuk semester ini. Itu kata Ariff. Tapi bukan kata aku, okeh?

Aktiviti semalam;

Sebelah siang, pergi ke Parit Raja menemankan ibu membeli kerepek dan juga kacang. Harap maklum. Kepada sesiapa yang datang beraya ke rumah saya pada tahun ini, anda sangat beruntung kerana ibu saya ada menyediakan segala macam jenis kacang. Hahaha…

Sebelah malam pula, pergi Batu Pahat Mall untuk membeli baju raya Iqa dan juga kasut raya Adib dan Amir. Masyallah, umat manusia punyalah ramai. Jangan kata Melayu yang nak sambut raya, kaum lain pun turut membeli-belah. Mungkin ini peluang terbaik untuk mereka mendapatkan discount yang tinggi kerana kebiasaannya harga barang seperti pakaian dan lain-lain akan turun ketika musim perayaan menjelang. Tapi AWAS! Jangan tertipu dengan tanda discount 70% atau berapa pun yang penjual tulis. Aku pernah kena sebelum ini di kedai kasut B**A. Harga selepas discount 70% kedai kasut itu jauh lebih tinggi jika mahu dibandingkan sebelum discount. Sebagai contoh:

Sebelum raya, aku beli kasut A berharga RM29.90. Tapi selepas “discount”, harga kasut A itu tadi naik kepada RM49.90 ketika musim perayaan. Pandai bukan mereka?

Tengah malam, aku dan yang lain-lain (Kak Ngah, Iqa, Adib, Amir, Jiha & Biha) mengemas rumah manakala ibu pula sibuk menjahit langsir. Raya ni, Jiha & Biha sibuk. Mulut mereka macam bertih jagung. Pot pet pot pet. Orang mengemas, dia nak mengemas. Bila tengah kemas, Jiha sebut atai=gatal sebab tangan dia kena habuk. Jadi, Biha sebut wik=Viks tanda suruh sapu ubat itu kat tangan Jiha. Hahaha, makin membesar rupanya adik kembar aku ni.

Aktiviti hari ini;

Siang mungkin akan sambung kemas rumah. Masih tak siap kemas rumah lagi. Langsir pun masih belum siap lagi. Malam raya kot baru pasang. Atuk dah bising. Banyak kali telefon suruh datang. Minta aku tolong rebus ketupat dan juga lepat. Alah, tak jauh mana rumah aku (Taman Bukit Perdana) dengan rumah atuk aku (Kampung Linau Kecil). Dalam 15 minit perjalanan menaiki kereta, setengah jam perjalanan menaiki basikal dan mungkin 3-4 jam perjalanan menaiki kaki.

Sebelah petang pula, aku dan Kak Ngah nak turun Johor Bahru. Kak Long baru nak balik katanya. Minah ni sangat pengelat tahu? Setiap tahun, selama 4 tahun berturut-turut, dia dah tak tolong kemas rumah. Mana tak. Malam raya baru balik Batu Pahat. Kalau pandai balik sendiri tak apa juga. Ni dia suruh aku dan Kak Ngah turun JB untuk teman dia balik. Takut memandu seorang diri konon. Hah, alasan semata-mata. Aku ke JB naik bas, balik pula naik kereta Kak Long. Tapi tak apalah. As long as dia nak belanja aku dengan Kak Ngah buka puasa nanti. Hahaha…

p/s: aku tidak disenarai hitamkan oleh ayah dan ibu. Petang semalam, aku memandu ke Parit Raja dengan menaiki kereta ayah. Yeah! Kerosakan akibat kemalangan kelmarin, sudah dibaiki semula. Best! Aku tahu, ibu dan ayah aku sangat baik hati.


September 16, 2009

Kenangan Aku

Salam!

Hati terasa kehilangan secara tiba-tiba. Masuk raya ini, sudah dua kali aku dan keluarga beraya tanpa nenek di sebelah ibu dan juga kali pertama beraya tanpa atuk di sebelah ayah. Tapi kehilangan itu lebih terasa tanpa kehadiran arwah nenek kerana arwah telah menjaga aku ketika aku masih kecil tatkala ibu dan ayah keluar bekerja. Ketika itu, kami masih tinggal bersama arwah nenek sebelum berpindah ke rumah sendiri.

Bila teringatkan masa-masa terakhir aku dengan arwah nenek, hampir menitik airmata ini. Sungguh sedih melihat penderitaan dan kesengsaraan yang ditanggung arwah nenek. Arwah nenek meninggal dunia akibat penyakit diabetes, buah pinggang dan juga darah tinggi. Penyakit adik-beradik yang kerap berlaku di kalangan orang Melayu kita. Penderitaan arwah nenek bermula apabila ibu jari kaki terpaksa dipotong kerana lukanya telah mengeluarkan nanah (aku tak pasti punca utama luka itu terjadi). Kemudian, kakinya terpaksa dipotong hingga ke betis setelah kuman merebak hingga ke situ. Sehari sebelum arwah meninggal dunia, doktor terpaksa memotong kakinya hingga ke pangkal peha. Jangka masa ketiga-tiga pembedahan itu dijalankan adalah selama 3-4 bulan.

Raya bakal menjelang ni, aku sangat rindu nak makan kek kukus arwah nenek yang ada beribu-ribu lemon kismis dalam kek kukus itu. Aku suka. Berwarna coklat kehitaman, memang menjadi kegemaran aku. Pada aku, makanan yang berwarna coklat+hitam sikit memang sedap, kan? Macam cekodok pisang hari itu. Kek kukus yang Mak Long buat tak sama dengan kek kukus arwah nenek. Ibu lagilah. Tak pernah buat katanya (maaf, ibu aku tak pandai buat kek tapi dia sangat pandai memasak. Dan setiap masakannya menjadi kegemaran aku hingga ke hari ini).

p/s: Insyallah, pagi lebaran nanti aku akan ke pusara arwah nenek dan juga arwah atuk.


September 13, 2009

Aktiviti Hari Ini



Salam!

Aku kembali menaip. Bertemankan lagu yang mendayu-dayu iaitu Kembali Pulang dendangan Kangen Band dan juga My Baby You by Marc Anthony, mood untuk aku update blog menaik. Aku putarkan dua buah lagu ini bergilir-gilir. Ya, hanya dua buah lagu yang sedang aku dengar kini. Sumpah tak bosan dengar ulang-ulang.

Okeh. Semalam, 12 September 2009 merupakan hari yang paling memenatkan buat aku dan juga pelajar-pelajar yang mengambil subjek Islamic Studies, ISSB 232. Kami semua menganjurkan Program Bakti Siswa 2009 dengan memasak bubur lambuk untuk diedarkan kepada semua pelajar dan juga orang ramai. Seramai 3++ orang pelajar terlibat dalam program ini.

**Iklan

Gambar cekodok pisang di atas adalah makanan sahur aku pagi semalam. Sangat seksi bukan cekodok itu? Walaupun hitam tapi dia sedap. Aku beli RM2=20 biji di foodcourt Bestari (apartment+rumah+hostel aku)

Di bawah, gambar kami sedang mengacau bubur lambuk. Program ini turut mendapat kerjasama daripada desa-desa yang ada di Muadzam Shah seperti Desa Jati dan lain-lain (aku tak ingat nama desa yang lain).


Aku dengan Jijah. Aku betul-betul kacau okeh. Jijah ni aje yang datang menyibuk. Dia kumpulan sebelah. Memandangkan kayu pengacau di kumpulannya dikonker oleh lelaki, dia beralih ke kumpulan aku yang sedikit orang. Yang lain sedang berehat di belakang.


“Azri. Azri. Aku pun nak tangkap jugak”. Itulah kata-kata Yan. So, aku terpaksa bagi dia kayu pengacau itu untuk dia mulakan sesi bergambar.


Kesian budak kecil ini. Lengannya disengat lebah ketika kami sedang sibuk mengacau bubur lambuk. Hahaha…

Wallpaper handphone aku sudah bertukar ke gambar ini;


Petandanya, aku sudah mula rindu 2 orang budak comey di atas.