February 24, 2009

Bila Rindu Part 1


“Hai, awak. Apa khabar? Dah lama tak dengar suara awak. Rindunya saya kat awak. Eh, hari ni awak puasa ke tak”.

Suara Anees kedengaran lembut di hujung talian. Suara yang menusuk kalbu itu, jelas kedengaran di cuping telinga Azri. Kata-kata si dia diselang-selikan dengan hilai tawa yang berniat untuk mengusik. Aduh, betapa rindunya Azri dengan suara itu. Betapa lunaknya getaran suara milik si dia. Tahukah Anees apa yang sedang Azri rasakan sekarang ini?

“Hai, awak. Khabar baik. Saya sihat-sihat aje. Eh, mestilah saya puasa. Entah-entah, awak yang tak puasa. Maklumlah, tengah awal bulan macam ni. Awak rindu saya? Hisy, macam tak percaya aje. Betul ke ni? Awak dah fikir masak-masak?”.

Kali ni, giliran Azri pula mengenakan buah hatinya. Hilai tawa Azri yang agk keterlaluan ketika itu, bisa membuatkan hati Anees terguris sakit. Ah, biarlah. Biarkan Anees terasa. Hati Azri dah banyak kali terguris kerananya. Hati Azri juga dah banyak kali lara memikirkannya. Ah, biarkan.

Spontan, satu keluhan terluah dari mulut Anees. Azri boleh mengagak, kekasih hatinya itu sedang memuncungkan mulutnya. Lima tahun mengenali Anees, sudah cukup untuk membuatkan Azri mengenali gadis itu degan lebih dekat. Malah, Azri sudah boleh baca apa yang sedang bermain di fikiran Anees saat ini.

Tatkala hilai tawa Azri sudah mulai reda, Anees mula bersuara.

“Eeee, geramnya saya tengok awak. Azri, saya serius sekarang ni. Tapi awak main-main pulak. Saya betul-betul rindu kat awak, awak ketawa macam orang gila. Awk ni tak romantik langsunglah”.

Sah! Anees sudah mula merajuk. Muncung rajuknya yang panjang sedepa itu, kadangkala merimaskan Azri. SANGAT merimaskan. Entah kenapa, hati Azri sudah mulai hambar ketika si dia menelefonnya dua hari yg lalu. Mungkin kerana sikap si dia yang endah dan tidak endah ketika Azri menelefonnya dua hari yang lepas. Akhirnya, hatinya sendiri yang terusik.

“Awak? Apa ni? Saya cuma cakap aje. Bukannya betul pun. Yang awak nak marah-marah saya ni kenapa? Kalau awak rindu saya, apa yang boleh saya buat? Awak nak saya terbang ke sana dan jumpa awak disebabkan awak rindu kat saya? Habis, kalau saya yang rindu kat awak, macam mana pulak?”.

Suara kasar Azri terkeluar sedikit demi sedikit. Perasaan amarahnya sudah tidak boleh ditahan-tahan lagi. Takkan dia saja yg perlu memahami perasaan Anees? Habis, perasannya macam mana pula? Tidakkah itu mementingkan diri namanya?

"Dah dekat berbulan kita tak jumpa. Berbual kat telefon pun macam nak tak nak aje. Bila saya call, awak cakap awak sibuk dengan kerja. Bila saya mesej, awak cakap tak ada credit. Macam-macam alasan yang awak bagi. Sampai satu tahap, saya rasa macam nak lupakan aje apa yang pernah berlaku dalam hidup kita berdua. Apa yang dah berlaku pada hubungan kita sebenarnya?” asak Azri lagi.

Dia sangkakan panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan ditengah hari. Memang Azri akui, hubungan dia dan Anees banyak masalah sejak akhir-akhir ini. Biasalah, lumrah dalam percintaan. Adat resam orang muda bercinta, pasti bergaduh.

“La, awak ambil hati ke sayang?” balas Anees bagaikan tiada apa yang pernah berlaku. Perkataan ’sayang’ sengaja dilafazkan untuk mengambil hati lelaki kesayangannya itu.

“Saya bukan ambil hati tapi saya makan hati dengan sikap awak, Anees. Awak ni cakap tak serupa bikin. Hari tu cakap sayangkan saya tapi bila saya call awak, awak buat endah tak endah aje. Apa ni? Takkan awak sengaja nak main-mainkan perasaan saya?”.

“Saya memang sayangkan awak, Azri tapi…” kata-kata Anees termati di situ. Dia bagaikan tak mampu untuk bersuara lagi.

“Tapi saya tak mampu nak berikan komitmen untuk awak dan untuk perhubungan kita” sambungnya lagi.

p/s: kalau aku rajin, aku akan sambung cerita ini lagi. Buat masa ini, aku sibuk dengan peperiksaan dan juga manuskrip yang kedua. HAPPY READING...

1 comment:

Mohd Noorshazwan said...

oi2.....bile nk sambung cite ko nie...ak tunggu...jgn wat ak trtunggu...post cpt2...heee