April 24, 2009

Tag oh Tag

1
How old are you?
Bulan October ni, genaplah 20 tahun. Kalau kahwin, dah boleh ada anak 1-2 orang (Tak payah ada anak, Si Biha dah panggil aku ayah. Hahaha…).
Tapi tu zaman dulu. Kalau zaman sekarang, masa ni sesuai untuk mencari ilmu. Kalau tak ada ilmu, nak bagi anak dara orang makan apa?

2
Are you single mingle?
Yes, im 100% sure for that. Anyone? Please send your application form as soon as possible. Tawaran adalah terhad mengikut terma dan syarat. Poyo, kan aku?

3
At what age do you think you will get married?
Me; 25-27. Sesuai la sangat…
My mum; 30 and above. Lama gila. Tak kempunan ke nak dapat menantu? Hahaha…
4
Do you think you’ll marrying the person you are with now?
Aku single mingle lah. Nak kahwin dgn diri sendiri? Gilak!
5
If not, who do you want to marry with?
Sorry, tak dapat dikenal pasti. Kalau still tak ada girlfriend dalam masa terdekat ni, aku kena mandi bungalah nampaknya. Kalau dah mandi bunga pun tak menjadi, aku suruh ibu carikan. Walaupun agak ketinggalan zaman, tapi aku percaya akan wujud perasaan cinta selepas berkahwin. Kita cuba nak tak? Huhuhu…
6
Who will be your brideman & bestman?
Aku nak jadikan Jiha & Biha sebagai pengapit. Pasti seronok bakal kakak ipar dia dapat adik yang comel. Hahaha…

7
Do you want a garden/beach/ traditional wedding?
Traditional wedding. Simple is the best and it can save my budget. Daripada buat yang grand, duit tu boleh di’allocate’ untuk masa depan(tak sia-sia aku belajar accounting. Asyik nak cut kos aje. Hahaha…) Tapi sebetulnya aku tak suka garden/beach wedding sebab macam orang barat. Aku teringin nak pakai songket, tengkolok dan keris (I’m 100% malay) dan paling penting tak nak bersanding. Boleh?
8
Where do you plan to go on honeymoon?
Pergi Mekah dulu, ambil berkat. Kalau ada rezeki lebih, aku nak pergi Paris. Orang cakap, Paris untuk pasangan yang bercinta. Aku teringin dowh nak pergi sana. Lebih-lebih lagi dengan isteri aku…
9
How many guests do you think you’ll invite?
Ahli keluarga aku aje dah nak cecah 500 orang. Tu belum masuk kawan-kawan kat sekolah, uni and etc. Tengoklah macam mana. Keluarga si dia lagi…
10
Will that include your exes?
Sudah pasti aku akan jemput my exes. Kebahagiaan adalah untuk dikongsi bersama-sama. Tapi kalau bakal isteri aku tak setuju, aku tak jemputlah sebab aku kena jaga perasaan dia. Nanti dia jeles dowh. Siapa yang tak sayang bini oi?
11
How many layers of cake do you want?
Ikut pasangan. Aku tak kisah. Kalau dia nak kek yang bertingkat-tingkat macam KLCC pun tak apa. Tapi dia yang kena bayarlah. Hahaha… 2 atau 3 tingkat sudah memadai, sayang…
12
Name the song/ tune you would like to play on your wedding?
Selamat Pengantin Baru. Hahaha, macam zaman dahulu kala aje. Kalau lagu Inggeris, aku nak putarkan lagu ‘Could I Have This Kiss Forever by Enrique Iglesias feat Whitney Houston’.
13
Do you prefer fine dining or just using spoon and fork?
Traditional wedding, mestilah pakai tangan. Orang melayu, kan?

14
Champaigne or wine?
Both are haram for Muslim. So, jangan nak gatai tangan minum. Lebih-lebih lagi masa aku kahwin. Aku tibai kang sekor-sekor…
15
Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
Bila-bila pun boleh. Yang penting, nak luangkan masa yang berkualiti untuk si dia…

16
Money or household items?
Dua-dua sangat penting! So, both…
17
How many kids you would like to have?
Kalau aku, aku nak 4-5 orang. Ayah dengan ibu pun ada 8 orang anak. Ok aje. Tak ada masalah…
18
Will you record your honeymoon in DVD/ CD?
Biasanya, honeymoon untuk pasangan yang baru bernikah. Buat apa nak kongsi dengan orang lain? Pandai-pandai sendiri. Lebih baik tak payah. Karang, ada pulak keluar DVD/CD panas bertaraf xxx…

19
Who’s wedding plan you would like to know next?
Pengikut Setia…

April 18, 2009

Movie Sebelum Balik Pahang


Tiket : 5. 30 petang...
Aku pergi dgn adik no. 5...
Selesai dalam pukul 7.00 malam...
Huh, nasib baik tak terlepas waktu Maghrib...


Penerbit : David Teo

Pengarah : Pierre Andre

Syarikat Penerbit : Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.

Penulis Skrip : Pierre Andre

Lakon Layar : Pierre Andre
Senarai Pelakon:

Julia Ziegler : Natasya

Pierre Andre : Kamal

Nadia Mustafar : Baizura

Almy Nadia : Sara

Ellie Suriati : Mak Su

Azri Iskandar : Ustaz Amin

Rozita Che Wan : Doktor Lisa


Jangan Tegur, sebuah lagi filem terbitan Metrowealth yang mengetengahkan genre seram. Metrowealth sekali lagi mengangkat genre ini kerana yakin dengan kehendak penonton yang gemarkan filem seram. Jangan tegur merupakan filem ke-27 terbitan Metrowealth (MIG).


Jangan Tegur dihasilkan pengarah Pierre Andre bersama barisan krew yang sama menghasilkan Jangan Pandang Belakang dan Congkak seperti pengarah fotografi Indra Che Muda, pengarah seni, pengarah muzik dan bunyi serta penolong pengarah. Pengarah juga mendapat khidmat nasihat dari pengarah berpengalaman iaitu Ahmad Idham. Kolaborasi ini menyakinkan pihak Metrowealth (MIG) terhadap filem ini.

Barisan pelakon yang menjayakan filem Jangan Tegur ini terdiri daripada pelakon-pelakon yang hebat seperti Julia Ziegler, Nadia Mustafar, Ellie Suriati, Azri Iskandar, Pierre Andre, Almy Nadia, Rozita Che Wan, Kaza, Abu Bakar Juah dan ramai lagi. Pemilihan pelakon ini dibuat berdasarkan kesesuaian watak dan kehendak skrip selain kekuatan mereka menangani watak yang diberikan.

Kelebihan Jangan Tegur adalah jalan ceritanya yang menarik dengan unsur-unsur ’suspen’ dari awal hingga ke akhir cerita. Jangan Tegur telah menjalani pengambaran sepenuhnya di sekitar Lembah Kelang bermula 16 Mac 2008 lalu.

Jangan Tegur akan ditayangkan di Singapura bermula 30 April ini dan berdasarkan penerimaan mereka terhadap filem Jangan Pandang Belakang dan Congkak yang pernah ditayangkan di sana, MIG yakin Jangan Tegur juga akan mendapat sambutan.

Di Malaysia Jangan Tegur akan mula menemui peminat filem seram pada 9 April ini.




Kamal : Apa sebenarnya sakit isteri saya, doktor?

Doktor Lisa : Isteri Encik Kamal sakit hati sebab dia nampak kita berdua-duaan kat sini.

Kamal : Gatai sungguh doktor ni (dalam hati)


Kalaulah semua doktor cun macam girlfriend aku ni, hati semua pesakit mesti tenang sebab boleh tengok muka dia tiap-tiap hari.





Aku suka lakonan Nadia.



Mak Su : Kau ni kenapa bai?

Baizura: Mak Su! Ada habuk masuk kat mata bai. Tiup sikit, Mak Su...

Pak Su: /.,*&^%$#@!




Lepas tu, aku melantak KFC. Dinner plate 3 set bawa balik...


Sekali Sekala Puji Diri





Aku tidak pandai untuk menari, berlakon atau pun menyanyi walaupun aku punyai paras rupa(ada nada-nada poyo di situ).

Walaupun aku lebih cenderung ke bidang penulisan namun aku takkan sesekali melupakan apa yang telah aku pelajari ketika berada di UNITEN kerana aku juga telah jatuh cinta dengan bidang perakaunan, juga bidang yang sangat menarik untuk dipelajari.



Penulisan+perakaunan adalah dua bidang yang sangat berbeza. Satu melibatkan huruf dan satu lagi melibatkan nombor.


Huruf dan nombor menuntut kita sama ada menggunakan otak kiri atau otak kanan. Entah kenapa aku meminati kedua-dua bidang ini.




Pertama; mungkin juga disebabkan oleh sifat semulajadi aku yang suka berangan lalu aku tafsirkan angan-angan itu berbentuk penulisan dan akhirnya ia menjadi sebuah cerita. Melalui cerita itu tadi, ianya boleh jadi sebuah karya jika kita pandai mengolah dan menyelitkan unsur-unsur yang dapat menarik minat pembaca. Mungkin juga…



Kedua; faktor aku melibatkan diri dalam perakaunan ialah mungkin aku amat sukakan duit. Duit bukan segala-galanya tapi segala-galanya memerlukan duit. Weh, masuk toilet pun kena bayarlah. Siapa yang tak suka duit? Ya tak? Mungkin juga kerana sifat aku yang satu ini telah mengheret aku untuk mempelajari bidang perakaunan. Tapi ini bukan bermaksud aku bermata duitan, ok? Mungkin juga…

April 16, 2009

Reunion? Malas Nak Pergi Lagi

Reunion? Kau orang pernah pergi reunion tak? Mestilah pernah, kan? Aku? Macam hampeh aje kalau hal yang melibatkan reunion nih. Aku sekarang dah malas nak wat reunion(Im not a good planner maybe). Bukan merajuk tapi memang sakit hati tahap cipan jantan+cipan betina.
Aku sanggup hubungi kawan-kawan lama semata-mata nak buat reunion. Habis credit aku buat telefon dan mesej dia orang. Kalau aku tahu begitu jadinya, baik aku bergayut. Tapi langsung tak ada respon. Kalau kau orang, sakit hati tak? Tak payah cakap, memang dah tau, kan?

Last aku buat reunion dalam bulan 7@8 tahun 2008(dah tak ingat pun tarikhnya). Yang datang, cuma ni ajelah.


Dari kiri: Firdaus, Hanim, Syida, Athirah. Mamat handsome yang pakai baju hitam tu pulak, is the owner of this blog. Syahmi(baju putih)

Ni kali ke tiga aku buat. Kali pertama dengan kedua, muka ni jugak. Muka yang sama. Yang lain, pergi mana? Hidup lagi atau sudah mati? Maaflah kalau aku emo tapi memang patut pun aku berperasaan macam ni. Cuba baca mesej yang dia orang hantar.

“Maaflah, Azri. Aku busy la hujung minggu ni. Kau kirim salam ajelah kat member-member kita”.


Seorang kawan aku reply. Dalam hati aku “Kirim salam la. Lepas ni, jangan harap aku nak ajak kau lagi. Boleh blah”.

“Sorry, tak dapat join”. Aku cakap “Mampus kaulah”.

“Siapa lagi yang ada?”.


Aku reply balik “Kau nak artis mana datang? Meh sini aku jemput”.

Bodoh ek dia orang ni? Dah tentu reunion kawan-kawan lama, mestilah kawan lama yang ada. Bodoh sungguh!

Bukan aku aje yang sakit hati. Minah ni pun berbulu dengan sikap dia orang yang macam cipan tuh. Betul tak Hanim? Klik di sini untuk berkenalan dengan kawan saya ni. Yang berbaju putih tu, Ayisy Syahmi nama dia. Nak berkenalan dengan dia, klik di sini.

Yang ni pun geram jugak. Kan Syida? Kau yang form 4 & form 5 dah pindah ke MRSM pun sanggup turun padang. Dia orang ni memang tak sedar dirilah nampaknya.

Hari tu, aku pergi dengan minah ni la. Athirah nama dia.

April 14, 2009

Earth Hour Di Uniten Muadzam Shah



Aku pun dah sain kat banner ni(dua kali lagi tau). Tapi masa aku sain, tak ada siapa-siapa nak tangkap gambar. Takpalah, yang penting dua kali. Kau ada?

Asal ek muka aku macam tuh? Makin gemuks, makin berisi pulak tu.
Aku bergambar dengan Muz aka Miss Bun. Muz ni girlfriend Ariff, roomate aku...

Aku tak janji pun dengan dia orang. Alih-alih aje, jumpa kat sini. Dia orang ni(perempuan) ialah classmate aku. Yang lain, aku tak tau. Saje nak interframe agaknya. Ahaks. Takpe, kau orang boleh interframe.
Dari kiri: Muzrifah, Farhana, Tika dan Bella (Senior). Hahaha, yang kembar ni aku confused sikit. Nama mereka berdua ialah Amira(kakak) dan Aisyah(adik)

Inilah dia, housemate aku. Apiz nama dia. Dia ni lebih suka kalau orang kenal dia sebagai shinbi. Entah, aku pun tak tau kenapa. Haisy, macam-macamlah orang tua nih. Hahaha

Tema = hijau + putih

Yang Aku Suka

Maya Karin Roelcke dilahirkan pada 29 October 1979 merupakan pelakon dan penyanyi wanita Malaysia. Dikenali sebagai Maya Karin, beliau sangat dikenali selepas memegang watak utama dalam cerita seram seperti PHSM.



Kristine Hermosa Orille dilahirkan pada September 9, 1983 di Quezon City, Filiphina. Kristine Hermosa merupakan pelakon dalam siri Pangako Sa 'Yo (2000) dan Sana'y Wala Nang Wakas(2003) yang masing-masing memegang watak sebagai Ynamorata Macaspac atau Yna dan Arabella Grace Garcia atau Ara.

Aku kenal Kristine Hermosa masa aku tonton cerita Sana'y Wala Nang Wakas yang ditayangkan di TV2 satu masa dahulu. Cerita ini merupakan siri drama kegemaran aku pada waktu itu kerana aku dah jatuh cinta pada Kristine Hermosa pada pandang pertama. Hahaha…





Beyoncé Giselle Knowles dilahirkan pada 4 September 1981 dan membesar di Houston, Texas. Beliau lebih dikenali sebagai Beyoncé, merupakan artis serba boleh di Amerika (penyanyi R&B, penulis lirik, producer rakaman dan pelakon).





Enrique Miguel Iglesias Preysler lahir pada 8 May 1975 di Madrid, Sepanyol. Beliau lebih dikenali sebagai Enrique Iglesias dan merupakan penyanyi, penulis lirik, model dan juga pelakon Sepanyol.

Lagu-lagu popular beliau yang sangat aku minati;
Could I Have This Kiss Forever(feat. Whitney Houston)
Ring My Bell
Hero
Be With You
Do You Know





Marcus Lodewijk Schenkenberg van Mierop, atau lebih dikenali sebagai Marcus Schenkenberg di lahirkan pada 4 August 1968 di Stockholm, Sweden, merupakan seorang model, pelakon, penyanyi, penulis, dan personaliti TV. Beliau mempunyai dua kewarganegaraan iaitu Sweden dan juga Netherlands.

April 13, 2009

Keajaiban Yang Maha Esa

video

Kawan-kawan, lihatlah sendiri kejaiban haiwan ni dengan keterujaan(ada ke perkataan ni). Aku pun tak pasti apa nama haiwan ni tapi korang sendiri boleh pastikan betapa besarnya nikmat yang ALLAH berikan padanya. Walaupun ia hanyalah seekor haiwan yang tidak berapa penting dalam kehidupan kita sehari-harian, ALLAH tetap mengurniakan ia anugerah yang langsung tiada pada manusia. Oeh sebab itu, kita tak boleh rasa yang kita ni cukup sempurna sebab kita tak boleh buat macam yang haiwan ni buat. Ok?

p/s: diambil dari www.alaf21.com.my

Lelaki Juga Perlu Bijak Bergaya

Pernahkah anda menghadiri majlis, parti atau makan malam yang dianjurkan rakan-rakan mahupun oleh syarikat tertentu? Tentu tetamu hadir dengan pelbagai gaya tersendiri. Dalam ramai-ramai mungkin ada seorang dua lelaki yang begitu bergaya dan penampilannya hebat. Mungkin dia seorang metroseksual. Anda mahu bergaya sepertinya? Jika mahu, anda pasti tampil lebih menarik dengan pakaian yang dikenakan, syaratnya ikuti panduan ini.

1. Grooming
Sebelum mengenakan pakaian, anda perlu melakukan grooming terlebih dahulu. Biasanya lelaki metro mengambil berat soal rerambut pada tubuh mereka. Rambut perlu dipotong kemas. Mereka cukur malah wax rerambut di wajah mahupun di bahagian lainnya. Menyakitkan? Ya, tapi hasilnya memuaskan.
2. Tekstur
Tekstur juga perlu diambil kira dan ia sangat penting. Jangan pilih fabrik yang menampakkan kualiti yang tidak bagus. Sebaliknya jika ingin memilih pakaian bertekstur, anda perlu memilih fabrik cashmere untuk sweater dan t-shirts, atau fabrik kapas berkualiti tinggi. Kemeja anda perlu kelihatan lembut dan potongannya bersesuaian dengan saiz tubuh anda.
3. Potongan
Lelaki metro amat mementingkan soal potongan setiap pakaian yang dipakai. Mengapa? Alasannya mereka mahu kelihatan sharp atau kemas. Bagi seorang profesional seperti anda, pilih sut berpotongan klasik yang bakal memberikan impak positif kepada orang lain terhadap anda. Untuk pakaian biasa, pilih t-shirt yang bersesuaian (tidak terlalu besar dan tidak terlalu ketat) serta jeans berkualiti.
4. Stail
Lelaki metro amat peka terhadap perkembangan fesyen terkini. Jadi, apa yang perlu anda lakukan, rajin membelek majalah fesyen lelaki atau kunjungi butik-butik pakaian berjenama yang menyediakan ruang ‘stail’ atau pakaian yang digayakan pada patung. Dengan cara ini, anda pasti sentiasa berada di atas dengan semua trend fesyen terkini.

5. Pewangi
Tidak lengkap ciri-ciri seorang lelaki metroseksual tanpa pewangi (minyak wangi) yang berkualiti. Pilihlah minyak wangi yang bersesuaian dengan personaliti anda. Minyak wangi paling sesuai untuk lelaki memiliki haruman sensual, oriental dan musky. Jika anda seorang yang gemar melakukan aktiviti luar, pilih minyak wangi yang menyegarkan.
6. Aksesori
Untuk bergaya, anda juga perlu melengkapi stail anda dengan memakai beberapa aksesori. Untuk permulaan, pakailah seutas jam yang menarik dan mewah. Pilih sama ada berwarna perak atau emas. Tali jam kulit juga amat menarik dan bergaya. Kemudian anda boleh memakai rantai yang sesuai dengan warna kulit. Gelang atau cincin sesuai jika perlu.
7. Kasut
Jangan abaikan soal pemakaian kasut. Ia pelengkap kepada gaya dan sangat penting. Anda boleh pilih sama ada mengenakan kasut klasik atau trendy, apa yang penting ia kelihatan menarik dan sesuai. Pastikan kasut yang dipakai sentiasa dikilat dan bersih. Jangan sesekali rosakkan penampilan dengan kasut yang tidak bersesuaian atau ‘buruk’.
8. Go Digital
Kebiasaanya lelaki metro mempunyai beberapa jenis barangan digital. Ini termasuklah telefon bimbit yang terkini, MacBook yang memuatkan software canggih serta iPod yang memuatkan video serta muzik kegemaran mereka.
9. Barangan kulit
Anda memerlukan sebuah beg kulit yang berkualiti untuk memuatkan barangan penting. Pilih beg yang berkualiti, tahan lama dan lasak yang boleh digunakan setiap hari. Pastikan beg kulit itu mempunyai ruang untuk meletakkan laptop kesayangan dan barangan lain.
10. Maintenance
Setelah anda menggayakan pakaian bersama, anda perlu mengekalkannya. Jangan hanya untuk acara tertentu sahaja. Kalau boleh tampil bergaya setiap hari. Selain itu, anda juga perlu melabur sedikit untuk produk penjagaan wajah seperti pencuci, penyegar dan pelembap. Jangan takut untuk mendapatkan rawatan manicure untuk jari jemari.

April 8, 2009

Menarik Tentang Negeri Johor


Asal Usul Nama Tempat

Wujudnya nama sesuatu tempat bergantung kepada beberapa sebab. Adan yang berpunca daripada kepercayaan atau cerita-cerita lisan (Kampung Batu Badak). Ada yang berasal daripada alam semulajadi seperti keadaan sekitar (Kukup), haiwan (Rengit) atau tumbuh-tumbuhan (Gunung Pulai) dan ada mengambil sempena nama tokoh-tokoh tempatan (Tenang). Sesetengah nama tempat pula lahir daripada peristiwa yang berlaku di tempat itu (Gelang Patah). Suatu hal yang menarik ialah perubahan yang berlaku kepada sebutan nama sesuatu tempat itu. Ada kalanya ia merupakan singkatan kata, pengubahan bunyi atau kepilatan sebutan.

Batu Pahat

Nama Batu Pahat dikatakan dari peristiwa memahat batu untuk mendapat bekalan air tawar di pantai Minyak Beku yang terletak di Kuala Sungai Batu, Batu Pahat. Kerja ini dilakukan oleh angkatan tentera Siam (Orang-orang Muslim Pattani Siam ) di bawah pimpinan Awi Dicu dalam abad ke-15 sewaktu hendak menyerang Melaka. Kesan pahatan tersebut masih terdapat hingga sekarang. Kesan ini dikenali sebagai Perigi Siam atau Perigi Batu Pahat. Pusat bandar bagi daerah Batu Pahat ialah Bandar Penggaram. Nama Penggaram itu dikatakan berasal daripada ‘pangkal jeram’, kerana terdapat jeram di sebuah sungai kecil yang mengalir dari bukit belakang bandar tersebut.

Muar

Muar lahir daripada perkataan ‘muara’ iaitu kuala sungai. Ini disebabkan oleh penempatan awal di kawasan tersebut terletak di muara Sungai Muar. Sungai Muar terkenal sejak zaman silam kerana sungainya yang lebar membolehkan para pelayar berlindung di musim gelora. Pelarian Raja Iskandar Syah (Parameswara) dari Singapura setelah dialahkan Majapahit pada awal abad ke-15 menggunakan sungai ini. Demikian pula apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511, raja dan para pembesar Melaka melarikan diri melalui Sungai Muar.

Versi lain mengenai kewujudan nama tersebut ialah daripada perkataan ‘muak’ (jemu dan ‘mu-aru’ (Bahasa Tamil) bermaksud tiga sungai. Bandar Maharani yang menjadi pusat bandar utama daerah Muar mendapat nama sempena nama Permaisuri Maharaja Abu Bakar pada 12 Ogos 1887. Oleh kerana pada masa itu Sultan Abu Bakar masih memakai gelaran Maharaja, permaisuri baginda memakai gelaran Maharani. Bandar itu dinamakan atas nama permaisuri yang megiringi Baginda dalam upacara perasmian bandar itu, Maharani Fatimah.

Mersing

Mersing mendapat nama daripada peristiwa penahanan buang daerah seorang pesuruh Sultan Pahang berbangsa Sikh, kerana melakukan kesalahan yang berat. Penahanan ini berlaku sewaktu Mersing belum ramai penduduk. Pekerja tersebut bernama Amer Singh, dan namanya menjadi terkenal di kawasan tersebut hingga menyebabkan tempat itu dikenali dengan nama Mersing.
Cerita lain yang membawa munculnya nama Mersing ialah dari peristiwa seorang dara bernama Mersing mencintai teruna perantau dari Pahang bernama Awang. Oleh kerana Mersing diminati oleh anak penghulu, bapa Mersing memilih anak Penghulu bakal menantunya.

Untuk memisahkan di antara Mersing dengan Awang, timbullah fitnah. Tetapi Awang berjaya membuktikan kesuciannya dengan menghapuskan fitnah tersebut. Akhirnya bapa Mersing bersetuju menerima Awang menjadi suami anaknya. Namun Awang tetap keras hati lalu meninggalkan keluarga Mersing dan penduduk di situ dalam keadaan menyesal. Dari nama dari itu lahirnya nama Mersing dan didendangkan kisahnya dalam lagu Seri Mersing.

Segamat

Nama Segamat berasal dari ungkapan kata ‘segera amat’ atau ‘segar amat’. Kata-kata itu lahir dari mulut Bendahara Tepok dalam pelariannya ke hulu Sungai Muar setelah Melaka ditawan Portugis. Bendahara Tepok yang mengalami penyakit lumpuh terpaksa diusung ke perahu. Ketika sampai ke Lubuk Batu, menurut beliau, segera amat sampainya angkatan pengiring-pengiringnya ke tempat yang selamat, jauh dari ancaman Portugis. Oleh kerana pada hari itu cuaca agak panas, Bendaraha Tepok pun mandilah di situ. Kata Bendahara Tepok setelah mandi, “Segar amat rasa badan ini” kata-kata Bendahara Tepok ini menjadi sebutan ramai pengikutnya hingga kemudiannya menamakan petempatan yang mereka duduki dengan nama Segamat.

Pontian

Perkataan Pontian dikatakan berasal dari kata ‘Perhentian’. Perhentian yang dimaksudkan itu ialah Sungai Pontian Besar, tempat berteduh dari gelora Selat Melaka bagi kebanyakan para pelayar yang hendak ke Singapura atau ke Melaka. Ada yang menyebutnya sebagai tempat perhentian para lanun untuk menunggu mangsa yang melintasi kawasan tersebut. Walau bagaimanapun, kuala Sungai Pontian Besar adalah tempat perhentian nelayan memunggah tangkapannya, sementara Pontian Kecil menjadi Bandar utama bagi daerah Pontian.

Kota Tinggi

Kota Tinggi mengambil nama daripada kota yang dibina di atas kawasan tinggi di tebing Sungai Johor. Pembinaan kota tersebut untuk menangkis serangan Portugis yang berusaha hendak melenyapkan kuasa Kesultanan Melayu yang telah dialahkannya di Melaka pada tahun 1511.
Oleh Kerana Sungai Johor adalah kawasan yang selamat untuk berteduh dari gelora Laut Cina Selatan , ia telah menjadi tumpuan para pedagang sejak zaman silam lagi. Zaman Ptolemy kawasan tersebut dikenali dengan nama Palanda. Banyak tinggalan lama seperti manik dan permata dari zaman Han (SM200 - TM20) dan zaman Empayar Rom pernah ditemui di Kota Tinggi.

Tangkak

Nama Tangkak timbul daripada ‘tang merangkak’. ‘tang’ berasal dari perkataan tentang yakni tempat. Peristiwa itu berlaku ketika peneroka kawasan Tangkak, Long Mahmud tujuh bersaudara terpaksa merangkak naik ke tebing Sungai Tangkak menuju ke Bukit Tambak di kawasan Seri Makmur. Tebing-tebing sungai di kawasan Tangkak adalah lembut dan jerlus kerana paya ditumbuhi pokok-pokok resam, sendayan, pakis dan rembia.

Kluang

Bandar Kluang mengambil nama Keluang Kampung. Keluang sejenis kelawar besar pemakan buah. Ia memakan bunga durian dan buah-buahan seperti rambutan, rambai dan lain-lain. Penduduk kampung tersebut berjaya membunuh tupai yang datang ke dusun mereka, tetapi gagal menakutkan keluang yang begitu banyak setiap petang datang ke situ. Keluang yang banyak itu dikatakan datang dari sebuah bukit di belakang kampung mereka (bukit yang dimaksudkan mungkin Gunung Lambak). Akhirnya seorang pawang terpaksa mengadakan suatu upacara di bukit tersebut untuk memujuk keluang-keluang itu agar tidak datang ke dusun penduduk kampung tersebut.


Diambil dari portal rasmi Kerajaan Negeri Johor

Malaikat Juga Mendoakan Kita

Percaya kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.
Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.Kali ini, aku ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat. Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.
Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia".
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam
saf).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."
5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca... (ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal."Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"
9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak... '"
10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."
11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.

April 6, 2009

Lagu Aku Untuk Bulan Ini

Jason Mraz - Lucky

Do you hear me,I'm talking to you
Across the water across the deep blue ocean
Under the open sky, oh my, baby I'm trying
Boy I hear you in my dreams
I feel your whisper across the sea
I keep you with me in my heart
You make it easier when life gets hard

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Ooohh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh
They don't know how long it takes
Waiting for a love like this
Every time we say goodbye
I wish we had one more kiss
I'll wait for you I promise you, I will

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Lucky we're in love every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

And so I'm sailing through the sea
To an island where we'll meet
You'll hear the music fill the air
I'll put a flower in your hair
though the breezes through trees
Move so pretty you're all I see
As the world keeps spinning round
You hold me right here right now

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
I'm lucky we're in love every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday
Ooohh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh
Ooooh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh

April 2, 2009

Ada ke patut?



Hahaha, entry ni tak ada apa-apa maksud sebenarnya. Aku just nak beritahu, sekarang ni Biha(berbaju biru) dah pandai cakap sikit-sikit. Korang nak tau dia panggil aku apa? Dia panggil aku ayah. Ada ke patut? Yang ayah aku pulak, ketawa bila dengar Biha panggil aku ayah. Ada ke patut? Ish100x...

"Yah" panggil si kecil sambil menarik-narik lengan baju aku.
"Hah? Apa?" jawab aku terkejut beruk.
"Yah".
"Bukan ayahlah, sayang. Abang".
Hahaha...

April 1, 2009

Sekadar Berkongsi Cerita

Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang ke barat'.

Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri.Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.

Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil.

Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.

Pendapat aku;

Tak payahlah sambut benda-benda macam nih. April Fool ke Velentines Day ke atau apa-apa jelah yang sewaktu dengannya. Dah jelas, semua ni merupakan salah satu cara mereka nak kelirukan atau menyesatkan umat Islam. Masih banyak lagi perayaan yang boleh kita sambut. Sebagai umat Islam, kita boleh sambut Maal Hijrah, Maulidur Rasul dan banyak lagi. Ok kawan-kawan?

Permulaan April


Yeehaaaa
Dah habis exam
Boleh cuti, rilek-rilek
Boleh balik Batu Pahat
Jangan jeles ye kawan-kawan
Esok pagi-pagi lagi ayah datang ambil
Tak sabarnya nak jumpa Jiha & Biha
Lega hati aku bila dah habis exam
Tapi takut nak tunggu keputusan
Kalau pointer aku turun, mati la
Malu seh dgn kawan-kawan
Berdoa je la Azri