June 30, 2009

Bila Manusia Tak Sedar Diri



Hello dunia! Salam sejahtera!


Kali ini, aku nak lepaskan sikit geram di atas muka surat diari fantasi aku ini. Hari ini 7 Rejab (kalau aku tak silaplah. Aku hafal okay, bulan-bulan dalam Islam. Cuma tak mengikutinya saja. Aku tau, kau orang pun macam tu juga, kan? Eleh, tak nak mengaku pula. Ahaks…). Tak lama lagi, bulan Syaaban dan menyusul pula bulan Ramadhan. Selepas Ramadhan, kita beraya (Syawal) sakanlah, ya tak?

Hah, okay. Sebenarnya, aku nak cerita sikit tentang hamba ALLAH ni yang pada aku sangat melampau dan suka mengambil kesempatan! Ah, siot je. Ada ke patut dia nak ambil bibik (orang gaji) tapi dia suruh ayah aku+yang lain-lain bayarkan? Hah! Kalau kena kat batang hidung kau orang, kau orang geram tak?

Ibu dah mengamuk sakan. Tapi bukan secara direct sebab aku dengan Kak Ngah yang kena tahan telinga mendengar. Sejak zaman Kak Long hingga zaman Jiha & Biha, ibu jaga anak dia tak pernah menggajikan orang. Balik kerja, ibu masak, basuh, buat susu anak-anak, kemas rumah dan yang lain-lain semuanya atas usaha dia sendiri. Bila dengar dia cakap hari tu, rasa nak menangis pun ada. Tiba-tiba hamba ALLAH ni minta orang gaji atas alasan dia jaga nenek yang sihat walafiat tanpa keuzuran+bulan puasa tak ada yang nak masak selepas atuk meninggal baru-baru ini.

Yalah, siapa yang tak geram. Nak orang gaji tapi mengharapkan orang lain yang bayar. Kalau gaji besar macam menteri tak apa juga tapi dia tak ada gaji yang tetap. Ibu cakap dia berangan nak jadi maam besar! Dan aku juga rasakan benda yang sama! Weh, tolonglah. Kalau nak buat baju, ukurlah kat badan sendiri. Kalau dah tak mampu, buatlah cara tak mampu. Jangan nak berlagak macam orang kaya. Padahal, habuk pun tak ada. Rumah nenek kau dapat, kau cuma duduk free aje kat sana. Aku nak semua orang tau, ada juga manusia yang macam kau kat muka bumi ni.

Weh, aku geram siot dengan hamba ALLAH ni. Mak kawan aku bergelar ‘Datin Seri’ tapi dia tak ada orang gaji. Bila aku datang rumah dia, bersih aje. Kemas dan teratur. Apa maknanya itu, wahai kawan-kawan?


3 comments:

Mira Azlan said...

uuiittt2.....hahahaha.....

Jo said...

oke.




saya penah rasa saket itu.
menyampah ouhh.


huh.

**dekat hamba allah tu lah.
:)

aZRi aZLaN said...

to;
mira azlan
kita sabar je la ek, ngah?

yazith
mmg nyampah. nak kena sumpah agknya...
huhu