June 22, 2009

Program Anak Angkat



Tarikh : 14 - 16 Jun 2009

Nama : Program Rakan Muda Wawasan Desa IPT 2009

Tempat : Kampung Baru Teluk Gong, Pelabuhan Klang, Selangor.

Peserta : 26 orang pelajar UNITEN Bangi + Muadzam Shah


Sesi taklimat sehari sebelum bertolak (13 Jun 2009 di UNITEN Bangi)


Hari pertama:

Di hadapan Masjid UNITEN, kami semua bergambar (kumpulan di atas ini pergi ke Sabak Bernam manakala kumpulan aku ke Klang).



Waktu : Sekitar 1.00 petang

Sebaik saja turun dari bas, kami berkumpul seketika di sini.


Gambar atas : Banner yang telah siap dipasang oleh penduduk kampung.

Gambar bawah : Antara penduduk kampung yang telah mengambil bahagian dalam program anak angkat ini.





Petang itu juga, kami telah disuruh untuk melakukan sukaneka. Sangat seronok dengan sukaneka seperti ini.

Acara yang aku masuk:

1. Makan pisang sebanyk 3 biji kemudian tiup belon hingga pecah.

2. Tiup tepung di atas pinggan dan mengalihkan gula-gula yang ada di dalam dengan menggunakan mulut.

3. Membalut keluarga angkat dengan tisu tandas.

4.Boling kelapa.


Sebelum terlupa, ni gambar keluarga angkat aku. Aku panggil abah(bersongkok) dan mak(bertudung). Mula-mula rasa kekok tapi mereka dahulu yang bahasakan diri mereka sebagai abah+mak. So, aku ikut ajelah.

Hari kedua:

Gotong-royong membuat papan tanda untuk masuk ke kampung ini. Aku dan ahli kumpulan aku yang lain merasa bangga kerana dapat buat ini. Di belakang papan tanda ni, aku sempat menulis nama “Azri” sebagai kenangan-kenangan.


Pada sebelah petangnya pula, kami ditugaskan untuk memberikan motivasi untuk adik-adik di sekolah rendah agama ini. Objektifnya ialah untuk membuang sifat malu yang ada di dalam diri mereka disamping dapat membentuk mereka ke arah yang positif (cewah, ayat tak boleh blah). Aku mengajar mereka bermain “anak monyet”. Ternyata, mereka senang dan tidak berasa malu untuk melakukannya berkali-kali.


Malam kebudayaan pada sebelah malamnya pula.
Gambar atas kiri : Kumpulan 1A dan 1B sedang bersiap sedia untuk melakukan persembahan iaitu nyanyian secara medley lagu-lagu Kenangan Terindah, Gemuruh, Standing In The Eyes of The World, Gadis Ayu dan juga Desa Tercinta. Aku dalam kumpulan 1A.
Atas tengah : Tarian poco-poco ok? Bukan pocong-pocong…
Atas kanan : Ketika persembahan Kumpulan 1A dan 1B.
Tengah kanan dan kiri : Setelah selesai malam kebudayaan.
Tengah sekali : Pasti gambar tuan yang empunya blog ini berada di tengah-tengah.
Bawah kanan dan kiri : Ketika persembahan Kumpulan 1A dan 1B.
Bawah tengah : Kumpulan 2A dan 2B sedang melakukan persembahan.

Hari ketiga:
Lawatan ke sekeliling kampung…

Atas kiri : kandang kambing milik ayah angkat Tika. Sangat comel kambing-kambing itu.
Atas kanan : Di rumah Belalang(aku tak tahu nama sebenar mamat ni). Ayah beliau membela dan menjual arnab. Arnab-arnab ini juga sangat comel.
Bawah kiri : Di jeti.
Bawah kanan : Kolam ternakan ikan keli.

Comel kan mereka? Maksud aku arnab dan juga kambing itu. Bukan gambar yang ada di sebelah atas kiri. Hahaha…


Kenangan sebelum pulang…

No comments: