bukan tiada yang datang menjengah
tapi cinta ini masih lagi teguh walau ditegah
kerna ianya masih belum punah
bukan tiada yang cantik di mata
tapi hati ini masih lagi setia
pada si dia yang kucinta
bukan aku tak rindu
hanya ALLAH yang tahu isi hatiku
kenapa hati ini masih keras seperti dulu
bukan aku tak cuba melupakan
sudah banyak kali aku lakukan
tapi akhirnya aku tewas di tangah jalan
kuharap bahagia di hujung hayat
kekal abadi di alam akhirat
supaya tenang hatiku tanpa berselirat
hanya padaMu ALLAH kupanjatkan doa
supaya tenang dan sejahtera hendaknya
kekal bahagia bersama bidadari syurga
Salam!
Hari ini, aku nak umumkan satu berita baik buat kalian semua. Aku mahu menganjurkan satu pertandingan sempena hari baik dan juga bulan ini. Eh, tak ada kena mengena. Bulan ini buka hari jadi kau. Ulang tahun perkahwinan kau pun bukan. Habis, bulan ni bulan apa? Hahaha, tak ada apa-apa. Aku saja-saja aje nak buat sebenarnya. Tak ada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah meninggal dunia.
Ok, macam ni. Pertandingan ini akan berlangsung selama sebulan, iaitu dari 8 Januari 2010 hingga 7 Ferbuari 2010. Dalam tempoh tersebut, aku layak untuk mempercepat, melanjutkan atau membatalkan tempoh pertandingan (matilah aku kalau aku batalkan pertandingan ni. Mesti kau orang maki aku kan lepas ni?) Ok, tak nak batal. Lupakan aje pasal ayat batal itu.
Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut;
- mempunyai blog, friendster,myspace atau facebook(tagged tidak diterima sebab aku dah delete akaun tagged).
- sila pastikan anda adalah follower atau pun rakan aku dalam senarai laman social tersebut. Jika bukan, anda perlu add aku sebagai kawan atau menjadi follower aku terlebih dahulu.
Apa yang anda perlu lakukan hanyalah;
- hantarkan e-mel salam perkenalan dan juga link blog, friendster, myspace atau facebook anda ke azri151089@yahoo.com.
Contoh: hai, nama aku azri azlan. Aku dah join contest kau. Ni alamat blog/friendster, myspace/facebook aku, www.azriazlan.blogspot.com. Jangan lupa view ok?
Kiriman e-mel yang ke-100 dan ke-200 layak menerima hadiah daripada aku. Anda boleh menghantar seberapa banyak e-mel yang anda mahu asalkan isinya tidak sama seperti yang sebelumnya. Kau orang goreng aje apa-apa ayat. Kalau dah tak boleh fikir, kau orang nak terbalikkan ayat pun boleh. Hehehe…
Contoh 1= hai, nama saya azri azlan. Saya dah join contest awak. Ni alamat blog/friendster, myspace/facebook saya, www.azriazlan.blogspot.com. Jangan lupa view ok?
Contoh 2 = salam, saya azri azlan. Sila lawat www.azriazlan.blogspot.com untuk mengenali saya sebab saya dah join contest awak. Terima kasih.
Sangat senang, bukan? Apa lagi? Joinlah sekarang. Hadiahnya akan diumumkan pada entri yang akan datang. Dan hadiah tersebut bukan aku beli ok. Aku sendiri yang akan membuatnya. Nak tahu apa? Tunggu aje ok…
Insyallah, kalau tak ada aral nama pemenang akan diumumkan pada 7 Februari 2010.
p/s: aku terpaksa buat akaun facebook sebab lecturer Macroeconomics aku akan update pasal pelajaran melalui facebok termasuklah tips untuk quiz, midterm dan juga tutorial. Harap maklum.
Salam, semua. Aku rasa rindu nak berblog. Baiklah, mulai hari ini, aku akan hanya mencatatkan cerita-cerita tentang diri aku sendiri mahupun keluarga aku sahaja. Nah, lepas ni kalian akan berasa bosan membaca kisah-kisah kehidupan aku yang langsung tak menarik untuk diceritakan pada umum. Ah, lantak.
Hari rabu lepas, aku ada derma darah. Yelah, buat amal jariah la sikit sebab dah selalu buat dosa. Uh? Poyo. Hehehe…
**seperti biasa, terpaksa disensoredkan sebab tak mencapai piawaian. Nah, tengok gambar aje. Malas nak taip banyak-banyak.
Sekarang, aku dah tak rajin untuk menaip macam dulu-dulu. Mesti kamu kamu kamu semua berasa hairan kenapa aku bersikap seperti ini. Ya, aku tidak rajin. Tidak rajin bukan bererti aku malas atau sudah tak ada idea untuk menaip tapi semua entry aku dibaca oleh orang yang agak rapat dengan aku baik di rumah mahupun di universiti. Kebanyakan entry aku berkisar tentang apa yang aku rasa, apa yang aku lihat, apa yang aku dengar. Pendek kata, semuanya tentang kehidupan yang aku jalani sehari-harian.
Ada satu entry tu, member aku terbaca. Walaupun aku kat tunjuk pada sesiapa ataupun menyebut nama dia, dia kata, dia terasa dengan apa yang aku coretkan. Dan aku tidak boleh berkata tidak untuk mencoretkan apa yang dah berlaku di dalam diari ini. Ianya sudah sebati dengan aku. Walaupun aku sudah lama tidak mengupdate blog, serius aku katakan yang aku ada menulis di dalam Microsoft word dan aku simpan di dalam folder ‘entry’. Tulisan itu aku mahu publishkan di dalam diari ini tapi sejak peristiwa itu berlaku, aku perlu berfikir sejuta kali jika mahu menulis apa-apa yang berkisar tentang hidup. Yalah, isu ini aku kira sangat sensitive.
Sejujurnya, aku rasa bersalah dengan dia. Sangat bersalah dan aku ada menerangkan pada dia yang aku sedang marah ketika itu. Dan dia juga sudah meminta maaf atas apa yang dia sudah buat.







