January 28, 2010

Cinta Yang Abadi


bukan tiada yang cuba dekat
tapi hati ini masih lagi melekat
pada si dia yang kuingat

bukan tiada yang datang menjengah
tapi cinta ini masih lagi teguh walau ditegah
kerna ianya masih belum punah

bukan tiada yang cantik di mata
tapi hati ini masih lagi setia
pada si dia yang kucinta

bukan aku tak rindu
hanya ALLAH yang tahu isi hatiku
kenapa hati ini masih keras seperti dulu

bukan aku tak cuba melupakan
sudah banyak kali aku lakukan
tapi akhirnya aku tewas di tangah jalan

kuharap bahagia di hujung hayat
kekal abadi di alam akhirat
supaya tenang hatiku tanpa berselirat

hanya padaMu ALLAH kupanjatkan doa
supaya tenang dan sejahtera hendaknya
kekal bahagia bersama bidadari syurga

2 comments:

Lil^GriZzLe said...

sabar..bahagia tu sentiasa ada :)

Miss Marquis said...

kahwin nanti jemput Fuza (: