May 30, 2009

Seperti Yang Dijanjikan

Cuma ini saja gambar yang kami tangkap ketika berada di Sunway Lagoon.

Pintu masuk...

Mungkin kerana aku yang paling tinggi di antara mereka, sebab itulah aku berada di belakang sekali. Azri, Ariff, Aisyah, Izyan, Fana dan Tika. Muz pula menjadi jurugambar kami...

Maaflah, kami mahu berseronok ketika itu. Tak sempat nak tangkap gambar banyak-banyak sebab masing-masing meletakkan handphone ke dalam locker...



May 24, 2009

Terkejut Seh...




Banyak lagi sebenarnya. Aku malas nak search la sebab kau orang mesti dah tahu...

Aku terkejut bila baca entry daripada seorang blogger ni. Dia ada beritahu tentang horoskop yang selalu kita(dan mungkin juga aku) percaya. Mengikut apa yang aku baca, kepercayaan ini ternyata salah sama sekali. Dan ia juga salah di sisi Islam.

Akhirnya...


Masa : Jam 5.00 ptg

Tarikh : 23 Mei 2009
Lokasi : Charlie cawangan Jalan Abu Bakar, Batu Pahat, Johor
Bersama : Kak Ngah
Akhirnya, Lumix FS15 berwarna biru menjadi milik aku. Sangat teruja dengan gadget terbaru ini.
Sekarang, aku sedang memikirkan pula untuk membeli mp4…
p/s: Aku harap kamera ni tak hilang macam handphone aku yang dulu. Sial punya pencuri. Kalau nak, beli la sendiri. Nak curi orang punya pula...

May 23, 2009

Tentang Hati Part 2

Beberapa minggu selepas itu, kami bertiga(aku, ariff dan muz) minum petang di sebuah kedai makan yang dipanggil CRK di kalangan penduduk tempatan. Ketika itu, kami baru saja habis exam…

Azri : Muz, kau carikanlah aku girlfriend.

Kata aku tiba-tiba. Dia yang sedang makan, berhenti seketika.

Muz : Betul ni? Hah, aku kenenkan kau dengan A nak tak? Dia pun suruh aku carikan teman lelaki. Kau orang memang ada jodohlah.

Azri : Hah? Dia tak ada boyfriend?

Aku terkejut. Mana mungkin gadis sempurna macam dia masih lagi memegang title single.

Muz : Ya, dia cakap dengan aku semalam. Kalau kau tak percaya, kau tanya Ariff.

Ariff : Betul. A memang cakap macam tu kat Muz. Aku sendiri dengar.

Azri : Hah, kalau macam tu kita orang kawan ajelah dulu. Muz, kau ada nombor phone dia? Bagi
kat aku. Tapi aku kawan dulu tau dengan dia.

Muz : Ok

Dengan senang hati, Muz pun bagi nombor telefon P N A kat aku. Pada mulanya, aku takut-takut nak hubungi dia. Tapi entah macam mana. Satu malam. Aku hantar mesej kat dia. Ketika itu, hanya ALLAH saja yang tahu. Hati aku bergetar dan berdebar. Macam-macam dah bermain di fikiran aku. Apa reaksi dia?

5 minit.

10 minit.

30 minit.

Mesej itu tidak berbalas. Aku sedikit hampa.

May 22, 2009

Tak Sengaja

Petang tadi, aku pergi ke pusat beli-belah bersama-sama Kak Ngah untuk survey harga camera atau handphone. Tak banyak kedai camera di sini dan yang kami pergi hanya dua kedai saja. Itu pun kedai yang sama(Charlie) cuma lokasinya saja yang berbeza. Satu di Batu Pahat Mall dan satu lagi di Summit Parade.

Jalan punya jalan, bukan gadget yang aku beli tapi cardigan(betul ke nama baju ni cardigan?) aku hentam saja panggil baju sebab tak tahu pasal perkembangan fesyen. Mulanya, aku belek-belek T-shirt kat satu kedai. Nama dia Izumen. Then, aku belek pula cardigan ni.



Kak Ngah : Kau tak nak beli ke? Cantik kalau kau pakai.
Azri bermonolog : Eleh, dah tahu cantik belikanlah. Ni tak…
Azri : Tak naklah. Kelakar. Nampak macam koya.
Kak Ngah : Apa yang koyanya? Lawalah.
Azri : Tak pelah. Aku try dulu.
Dah siap try, aku tunjukkan kat dia.
Azri : Tak nampak koya ke kalau aku pakai?
Kak Ngah : Taklah. Biasa aje aku tengok.
Dek pujian Kak Ngah yang tak seberapa tu, aku pun beli.
Hahaha, aku ni main beli aje tapi tak berani la nak pakai yang over-over macam ni. Entah-entah, cardigan ni bakal menerima nasib yang sama dengan aku punya mafla ni. Kesian dia. Asyik duduk tergantung dalam almari…



May 21, 2009

Tentang Hati Part 1



Hati aku sudah pandai merindu. Ya, merindu pada seorang gadis yang disatukan oleh teman-teman. Mereka(teman-teman) seboleh-bolehnya mahu melihat aku bahagia. Melihat aku gembira, melihat aku senang di samping gadis yang aku sayangi dan juga menyayangi aku. Mereka kata, kesian melihat aku yang masih lagi keseorangan(aku tak kisah keseorangan tapi kenapa mereka sangat kisah?) Jawapannya, kerana mereka sayangkan aku. Ya, aku tahu itu.

Dia seorang gadis yang luar biasa. Pada mata aku, dia sangat sempurna. Cantik wajahnya, manis senyumannya, putih kulitnya dan kecantikan itu dilengkapkan dengan lesung pipit di bahagian pipi kanan. P N A nama dia. Nama itu secantik orangnya…

Ceritanya begini…
Lokasi ; Auditorium UNITEN.

Acara ; Malam Kesenian dan Kebudayaan.
Masa ; 9.00 malam.


Aku menghadiri majlis ini bersama-sama roommate, Ariff dan juga kekasihnya, Muzrifah.


Muz : Azri, aku carikan kau girlfriend nak tak? Aku kesian tengok kau sorang-sorang.


Azri : Eh, tak naklah. Kau ni. Aku masih sayangkan dialah, Muz. Aku masih tak boleh lupakan dia. Sebab
tu sampai sekarang aku masih tak ada pengganti.

Muz : Ala, Azri. Sampai bila kau nak sorang-sorang macam ni? Kau tak jeles ke tengok kita orang?


Azri : Aku tak kisahlah, Muz (dalam hati; aku jeles tapi nak buat macam mana?)


Perbualan kami terhenti setakat itu saja. Bunyi bising bagaikan di disko membuatkan kami tidak selesa untuk menyambung perbualan. Tapi, sebelum keluar dari auditorium, Muz sempat bertanyakan soalan yang sama. Dan ketika itu, jawapan aku masih lagi sama iaitu tidak!

May 17, 2009

Jalan Lagi Kerjanya


9 Mei yang lalu, aku pergi Johor Bahru. Saja-saja aje lagipun. Jalan-jalan sebab tak ada kerja nak buat kat rumah. Aku pergi dengan family. Sambil jalan-jalan ke Johor Bahru, kita orang pergi la Secret Recipe Danga Bay untuk melawat Kak Long. Dia kerja kat sana…

















Biha : Kak Ngah, Biha nak kek. Belikanlah Biha Chocolate Cake…

Kak Ngah : Sabarlah, Biha. Kak Ngah nak posing ni. Ish, budak ni. Kalau bab makan, nombor satu…


Ibu : Bang, lepas ni kita nak pergi mana?

Ayah : Baliklah. Nak pergi mana lagi?

Ibu : Ala, kita pergi jalan-jalan la kat City Square.

Ayah : Kan dah beli handbag tadi. 3 biji lagi. Takkan nak pergi City Square pulak? Botaklah, kepala kalau macam tu…

May 14, 2009

New Gadget. Any Idea?


Sedang memikirkan untuk membeli gadget baru. Kena pilih salah satu sebab kekurangan bajet. Handphone or camera? Guys, any idea?

May 10, 2009

Selamat Hari Ibu!!!


Selamat Hari Ibu

istimewa buat ibu aku yang tersayang dan tercinta,

Puan Rosita Bt Abdul Rahim

dan kepada semua wanita yang bergelar ibu, ummi, mama, mummy, mak...
apa pun panggilan anda, ianya masih lagi sama...

May 8, 2009

Jalan-jalan Buang Duit


Petang tadi, dalam pukul 3.00 petang, aku, ibu, Kak Ngah(Mira Azlan), Iqa dan juga kembar ke pekan Ayer Hitam yang terletak kira-kira 35km dari rumah aku. Nak tau tak apa yang istimewa kat situ? Jom lihat gambar kat bawah…

Aku cuma pakai seluar pendek dan t-shirt saja untuk ke sana. Ibu cakap aku macam apek. Hahaha…



Jual, jual. 3 untuk RM 10. Murah, murah…


Nilah dia yang istimewa kat pekan ni. Pekan Ayer Hitam pernah keluar kat Majalah 3 kerana ianya terkenal dengan bantal, bear, pasu dan macam-macam lagi barangan rumah yang lain. Sediakan duit saja jika mahu ke sini…


Kakak aku yang senget, Mira Azlan. Aku tengah belek-belek bear, dia sibuk nak tangkap gambar dengan aku. Nah, ambik kau. Haish…


Dia pun nak jugak. Alahai, si senget. Hahaha…




Gambar Pooh kat sebelah atas tadi tak cukup besar? Nah, aku bagi kau orang Pooh yang paling besar kat kedai ni. Harga dia RM100++…




Yang ini harganya RM150.




Readers, please ignore my acne at my neck. I really hate it. Oh, God.



Back to the story, Biha dah terkam yang ini. Tapi Pooh jenis ni cuma ada seekor saja. Kalau aku belikan yang lain untuk Jiha, mesti dia orang jeles. So, tak jadi beli yang ini. Ok, sayang?



Biha dengan nyonya penjual. Dia sibuk nak bawa Pooh tu. Tapi Pooh tu lebih besar daripada badan dia. Kesian, kan? Tapi nyonya ni kata, Biha anak aku. Sengal punya nyonya. Hahaha...


Tengok sajalah gambar ni. Seboleh-boleh dia nak bawa. Lastly, dia terjerit-jerit kat situ suruh aku bawakkan.


At last, aku beri satu. Nak bawa dua-dua, dia tak larat. Yang kat tangan aku tu, untuk Jiha. Jiha tak ada kat dalam gambar sebab dia dah hilang dengan ibu. Ibu kat sebelah depan agaknya tengok pasu. No wonderlah Biha panggil aku ayah, kan?


Ini ibu dengan Jiha. Ibu terkejut tengok aku dah beli Pooh untuk Jiha dengan Biha. Dia kata, kat depan ada yang murah dan lebih besar daripada yang aku beli. Tapi aku dah tengok, kualitinya tak sama.


Lepas nampak Biha pegang Pooh, Jiha pun nak pegang juga. Aku dapat pegang plastik aje…



Ibu aim tempat duduk orang tu. Dia kata cantik. Cantik memang cantik tapi ibu kata bahaya sebab adik-adikku sungguh baik. Dia takut pecah. So, tak jadi beli…


Ibu: Cantik juga pasu yang orang tu duduk.
Aku: Memang cantik. Belilah, bu.
Ibu: Tapi kacalah. Takut pecah. Adik kau kan baik-baik belaka. Karang pecah. Tak payahlah…


Kak Ngah: Azri, kau tak nak ambil gambar kat situ ke?
Aku: Kat mana?
Kak Ngah: Kat situlah.
Aku: Ok, cepat-cepat. Iqa, kau jaga Biha kejap.
Dan inilah hasilnya…



Iqa. Dia ni suka berangan. Kata dia, dah besar nak jadi artis. Tapi tak pandai sebut ‘R’. Hahaha…


Jiha: Biha, kau tengok apa tu?
Biha: Aku tengah tengok Ultraman ni. Aku nak suruh abang belilah. Tapi aku takut nak cakap.
Jiha: Kalau kau nak, kau cakaplah kat abang. Mesti abang belikan. Tapi dua tau. Sebab aku pun nak jugak.



Jiha & Kak Ngah...



Aku ternampak key chain ni. Terus beli. Walaupun key chain yang lagi satu tu masih tak ada lagi pemiliknya, aku nak beli jugak. Tak kira. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Ahaks…

p/s: ada adik kembar ni, semuanya double. Tak boleh beli satu je. Tak adillah, kan?

Balik, Pulang. Go Back, Blah

Nama gadis ini ialah Farhana. Tapi aku panggil dia Fana. Orang Johor Bahru. Masih single lagi(kata dia). Dia ni sempoi. Kepala selamba. Boleh dilayan. Nak tau satu rahsia tak? Semester lepas, dia dapat 4 flat. Setiap semester dapat anugerah dekan. Hebat, kan? Kadang-kadang, jeles dengan si Fana ni. Kau makan apa eh, Fana boleh pandai? Nak jadi pandai macam kau, boleh? Ahaks...


Gadis ini pula bernama Atika. Aku panggil dia Tika. Tika & Fana ni roomate. Aku kenal Fana melalui dia la. Tika ni rajin skype dengan aku. Tapi tu dulu-dulu la. Sekarang kita orang dah malas nak skype. Kalau ada apa-apa, mesej atau telefon aje. Tika ni ok. Kepala selamba juga.



Dalam kereta api dari Segamat, Johor menuju ke Johor Bahru. Picture ni ditangkap oleh Tika. Rajin kau tangkap gambar aku, Tika. Tak payah aku upah jurugambar.


Masa ni tengah tunggu lif nak masuk/keluar(aku tak pasti). Dekat City Square, Johor Bahru. Kami macam budak skema, kan?