June 21, 2009

Rindu Pada Si Dia

Aku susun ayat ini khas untukmu, sayang

Sebagai bukti betapa aku cinta dan sayang padamu

Oh, dunia

Dengarkanlah

Saksikanlah

Bisikkan hatiku ini...

Sayang,

Ku akui, kau bukan wanita pertama

Yang berjaya menakluki hati ini

Namun, janganlah kau gusar dan gentar

Kerna hatiku ini sudah menjadi milikmu sepenuhnya

Tulus dan ikhlas aku katakan

Aku sudah bersedia

Untuk kita menyulam cinta bersama-sama

Dan juga melupakan kisah dukaku yang lalu

Kerna aku tahu kau lebih istimewa daripada yang lain

Aku berjanji wahai sayang

Akan aku baja benih cinta ini untuk kita berdua

Supaya ianya mekar sentiasa

Aku berjanji tiada yang lain selain kau

Juga tiada yang lain selain aku

Kini, aku sudah mula rasa rindu

Rindu pada kau, wahai sayang

3 comments:

Lil^GriZzLe A said...

siapa sayang kamu? *wink *wink busy body mau tau. hehe

yaziith su anaz said...

oke sayang.



haha.
gurauje oke.




gudluck 4both of u.
:DDD

aZRi aZLaN said...

Lil^GriZzLe A;
hahaha, its oke. sys sy terpaksa dirahsiakan. hehehe...

yazith su anaz;
kmo kan dh ada syg. mana boleh bnyk2 syg ni...