Yeah, yeah, esok raya. Hah. Hari ini, hari terakhir kita berpuasa. Hari ini juga, bermulalah episod Hari Raya. Di sini, Azri Azlan ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN buat pembaca “DIARI HATI AZRI AZLAN”. Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang sudi menjengah ke blog aku yang tak seberapa ini. Diharap, ikatan ukhwah yang terjalin di alam maya ini berkekalan hendaknya.
Selari dengan konsep “DIARI HATI AZRI AZLAN”, aku tidak menghadkan ungkapan kata maaf ketika hari raya saja. Sebaliknya, bagi aku ungkapan maaf haruslah dilakukan setiap hari. Oleh itu, awal-awal lagi aku sudah meletakkan ‘description’ di atas blog aku iaitu:
DUKA DAN LARA HATI INI TIDAK SIAPA YANG TAHU. LAHIRNYA DIARI HATI AZRI AZLAN KE ALAM MAYA ADALAH UNTUK BERKONGSI CERITA, BUKAN UNTUK MENDABIK DADA DAN MENINGGI DIRI. ANDAI KATA ADA SALAH DAN SILAP, MAAFKANLAH DIRI INI YANG LANGSUNG TIDAK SEMPURNA...
Macam mana? Cara tak? Hahaha.…
Aku balik Batu Pahat, Johor pada hari Rabu, 16 September 2009. Aku terpaksa ponteng kelas Malaysian Taxation 1 pada hari Khamis. Ah, apakan daya? Aku mahu pulang ke kampung halaman lebih awal. Tapi tak apa. Nak bodek pensyarah punya pasal, aku sudah layangkan kad ucapan Selamat Hari Raya kepada semua pensyarah yang mengajar aku untuk semester ini sehari sebelum itu. Hah, ini lagi cara. Lepas ni, memang semua A la gamaknya keputusan kau untuk semester ini. Itu kata Ariff. Tapi bukan kata aku, okeh?
Aktiviti semalam;
Sebelah siang, pergi ke Parit Raja menemankan ibu membeli kerepek dan juga kacang. Harap maklum. Kepada sesiapa yang datang beraya ke rumah saya pada tahun ini, anda sangat beruntung kerana ibu saya ada menyediakan segala macam jenis kacang. Hahaha…
Sebelah malam pula, pergi Batu Pahat Mall untuk membeli baju raya Iqa dan juga kasut raya Adib dan Amir. Masyallah, umat manusia punyalah ramai. Jangan kata Melayu yang nak sambut raya, kaum lain pun turut membeli-belah. Mungkin ini peluang terbaik untuk mereka mendapatkan discount yang tinggi kerana kebiasaannya harga barang seperti pakaian dan lain-lain akan turun ketika musim perayaan menjelang. Tapi AWAS! Jangan tertipu dengan tanda discount 70% atau berapa pun yang penjual tulis. Aku pernah kena sebelum ini di kedai kasut B**A. Harga selepas discount 70% kedai kasut itu jauh lebih tinggi jika mahu dibandingkan sebelum discount. Sebagai contoh:
Sebelum raya, aku beli kasut A berharga RM29.90. Tapi selepas “discount”, harga kasut A itu tadi naik kepada RM49.90 ketika musim perayaan. Pandai bukan mereka?
Tengah malam, aku dan yang lain-lain (Kak Ngah, Iqa, Adib, Amir, Jiha & Biha) mengemas rumah manakala ibu pula sibuk menjahit langsir. Raya ni, Jiha & Biha sibuk. Mulut mereka macam bertih jagung. Pot pet pot pet. Orang mengemas, dia nak mengemas. Bila tengah kemas, Jiha sebut atai=gatal sebab tangan dia kena habuk. Jadi, Biha sebut wik=Viks tanda suruh sapu ubat itu kat tangan Jiha. Hahaha, makin membesar rupanya adik kembar aku ni.
Aktiviti hari ini;
Siang mungkin akan sambung kemas rumah. Masih tak siap kemas rumah lagi. Langsir pun masih belum siap lagi. Malam raya kot baru pasang. Atuk dah bising. Banyak kali telefon suruh datang. Minta aku tolong rebus ketupat dan juga lepat. Alah, tak jauh mana rumah aku (Taman Bukit Perdana) dengan rumah atuk aku (Kampung Linau Kecil). Dalam 15 minit perjalanan menaiki kereta, setengah jam perjalanan menaiki basikal dan mungkin 3-4 jam perjalanan menaiki kaki.
Sebelah petang pula, aku dan Kak Ngah nak turun Johor Bahru. Kak Long baru nak balik katanya. Minah ni sangat pengelat tahu? Setiap tahun, selama 4 tahun berturut-turut, dia dah tak tolong kemas rumah. Mana tak. Malam raya baru balik Batu Pahat. Kalau pandai balik sendiri tak apa juga. Ni dia suruh aku dan Kak Ngah turun JB untuk teman dia balik. Takut memandu seorang diri konon. Hah, alasan semata-mata. Aku ke JB naik bas, balik pula naik kereta Kak Long. Tapi tak apalah. As long as dia nak belanja aku dengan Kak Ngah buka puasa nanti. Hahaha…
p/s: aku tidak disenarai hitamkan oleh ayah dan ibu. Petang semalam, aku memandu ke Parit Raja dengan menaiki kereta ayah. Yeah! Kerosakan akibat kemalangan kelmarin, sudah dibaiki semula. Best! Aku tahu, ibu dan ayah aku sangat baik hati.