July 22, 2009

Macam-macam Hal

Salam. Selamat datang ke Diari Hati Azri Azlan (DHAA). Jutaan terima kasih aku ucapkan kepada semua pembaca DHAA. Walaupun kalian adalah ‘silent readers’, kalian layak mendapat pujian dan ucapan terima kasih ini.

Isnin 20 Julai 2009;

Kod etika berpakaian di universiti tempat aku belajar adalah eksekutif iaitu bagi lelaki dikehendaki berkemeja dan berseluar slack. Berkasut kulit dan juga bertali leher. Berbaju Melayu boleh tapi setakat ni tiada yang berani pakai. Tak lupa juga, memakai kad ID pelajar. Bagi perempuan Melayu, berbaju kurung lebih elok manakala bukan Melayu berkemeja, blaus serta slack atau gaun.

Hari itu aku pakai kemeja. Tapi kemeja lengan pendek. Selalu okeh aje berlengan pendek tapi hari itu memang suwei. Entah apa malang nasib aku, nama aku diambil dan no. ID aku dicatat oleh makhluk perosak. Kenapa aku gelar makhluk perosak? Suka hati akulah ye nak gelarkan dia apa. Makhluk asing pun okeh juga. Tapi tak berapa sesuai kerana dia sudah tua. Sengal betul orang tua tu. Dia pun pakai lengan pendek. Tak pakai tie pula tu. Aku hangin satu badan. Ada peribahasa yang sesuai untuk dia. Bagaikan ketam megajar anaknya berjalan betul. A Tapi aku bukan anak dia. Aku adalah bos dia sebab customer is always right.

Siyes weh. Dah dua tahun aku belajar di sini. Aku tak tahu pun (malas nak ambil tahu sebenarnya) tak boleh pakai kemeja lengan pendek pada hari Isnin. Bila aku tanya Ariff (my roomate), dia pun tak tahu. Dah dua tahun say, kalau dua bulan tak apa juga. Nampak sangat sistem kawalan yang tidak ketat. Makan gaji buta. Patutlah perut buncit macam perempuan hamil 9 bulan. Perut makcik aku yang tengah sarat tu pun, tak adalah besar sangat macam perut kau!!!

Lepas nama dan no. ID aku diambil, aku pandang sekeliling. Ramai doh yang pakai lengan pendek. Ariff pun pergi kelas pakai lengan pendek. Lagi la aku hangin. Aku rasa, aku memang suwei hari tu.

p/s: Kau ambil nama dan no. ID aku, ada aku kisah? Aku bayar yuran, pergi kelas. Apa masalah kau ni nak cari pasal dengan aku? Orang atasan tak bayar gaji kau ke? Kalau nak bagi orang baca buku panduan, buatlah elok-elok. Jadikan buku. Ini tak. Kau photostat then kau stapler. Siapa yang nak baca?


4 comments:

.Gha A. said...

kadang-kadang orang yang buat peraturan sendiri keliru dengan peraturan mereka. bengong betul.huh.

Deqna said...

ish35x..ngok & NGEK tol org tersebut..

sabaww ea sahabatt..

=)

Jo said...

wah marah.
;)




saya penah lalu kat uniten muadzam tuh.
dan err.


memang best ouh.
hee~~

aZRi aZLaN said...

to

lil^
mmg pun. sgt tak suka dgn org itu.

deqna,
dah saba dh ni. kalo x, lama kena maki org itu (ckp mcm berani je).

yazith,
ada nada2 perli di situ. saya paham maksud tersirat anda. hahaha