July 6, 2009

Oh, Semester Baru!!!


Salam dan hello dunia!

Hari ini bermulalah kehidupan aku sebagai seorang mahasiswa di Universiti Tenaga Nasional bagi semester ketiga untuk sesi 2009/2010. Ada lima semester lagi yang perlu aku hadapi okeh. Agak lama aku di sini! tak sabar rasanya mahu menamatkan pengajian dan akhirnya aku bebas untuk berkarya!

Kau orang mesti busy kan? Aku pun sama juga lebih-lebih lagi ketika di awal semester seperti sekarang. Huh!

Semalam, kesemua ahli keluarga aku (kecuali Kak Long + Kak Ngah) menghantar aku ke Muadzam Shah City (MSC). Ketika aku turun daripada R0$!@n (aku menamakan jentera keluarga kami sebagai R0$!@n sempena nama ibu+ayah aku. Hahaha, sesuka hati aje kan aku?), Biha dah mula menangis kerana tak nak melepaskan aku pergi. Sedih, sedih. Ketika itu, aku lihat mata ibu merah. Rasanya macam terlalu berat untuk mereka. Begitu juga aku. Lepas aku cium dan peluk erat, Biha mahu bersalam tapi dia masih lagi menangis. Jiha pula tidak begitu emosi seperti kembarnya. Dia sekadar minta dicium dan dipeluk oleh aku. Ah, terlalu berat rasanya ketika itu dan kemudian, aku katakan pada ayah “Pergi aje, yah. Tak payah berhenti lagi”. Dan ayah pun terus meluncur pergi.

Dan sekarang, inilah jadual pembelajaran aku untuk semester ini

Monday

FICB213 FICB213 AFRB223 AFRB223 AMAB223 AMAB223

Tuesday

ECMB223 ECMB223 AMAB223 AMAB223 AFRB223 AFRB22

FICB213 FICB213

Wednesday

ATXB213 ATXB213 ECMB223

Thursday

ISSB232 ISSB232 ATXB213 ATXB213

5 comments:

lepat said...
This comment has been removed by the author.
ayisy said...

aku bkn tau sgt pasal internet.. huhu.. google adsense tu slah satu cara buat duit melalui pengiklanan. bile kau join adsense, google akan kasik iklan di blog kau. bile org klik iklan tu, kau dpt duit ikut keadaan. slalu aku dpt satu klik dlm usd0.20. tp adsense hanya utk blog bahasa inggeris. blog bahasa melayu tidak diterima. utk blog bahasa melayu, boleh guna nuffnang tp stkat ni mmg hampeh nuffnang. huhuhu... benda ni tak bleh wat kita kaya melainkan blog kau satu hari beribu-ribu org dtg. hahaha..klu beribu org dtg, kompom dlm sehari kau boleh dpt dlm usd10-usd100. :)

yaziith su anaz said...

weh,






tua la kamu kat situ.
ahaks.
:DDD



selamat menempuh semester baru oke.
:)))

deqna =D said...

azri,,happy new sem~!! =)))

aZRi aZLaN said...

to
ayisy;
okeh. thanks di atas penerangan itu...

yazith;
tenkiu yazith. kamu juga. selamat menempuh semester baru...

deqna;
thanks, deqna. kamu juga. haapy new sem!!!