June 30, 2009

Sharing is Caring, Babe...


Sambutan Hari-Hari Khas Kesihatan


Bil

Hari

Tarikh Sambutan

1

Hari Tibi Sedunia

Actions for life: towards a world free of tuberculosis
A focus on the Global Plan to Stop TB 2006-2015

24 Mac

2

Hari Kesihatan Sedunia
Working together for health

7 April

3

Minggu Tanpa Tembakau Kebangsaan

31 Mei - 6 Jun

4

Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia

1 - 7 Ogos

5

Hari Jantung Sedunia

26 September

6

Hari Kesihatan Mental Sedunia

10 Oktober

7

Hari Diabetes Sedunia

14 November

8

Hari AIDS Sedunia

1 Disember


Diambil daripada laman web rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia


Bila Manusia Tak Sedar Diri



Hello dunia! Salam sejahtera!


Kali ini, aku nak lepaskan sikit geram di atas muka surat diari fantasi aku ini. Hari ini 7 Rejab (kalau aku tak silaplah. Aku hafal okay, bulan-bulan dalam Islam. Cuma tak mengikutinya saja. Aku tau, kau orang pun macam tu juga, kan? Eleh, tak nak mengaku pula. Ahaks…). Tak lama lagi, bulan Syaaban dan menyusul pula bulan Ramadhan. Selepas Ramadhan, kita beraya (Syawal) sakanlah, ya tak?

Hah, okay. Sebenarnya, aku nak cerita sikit tentang hamba ALLAH ni yang pada aku sangat melampau dan suka mengambil kesempatan! Ah, siot je. Ada ke patut dia nak ambil bibik (orang gaji) tapi dia suruh ayah aku+yang lain-lain bayarkan? Hah! Kalau kena kat batang hidung kau orang, kau orang geram tak?

Ibu dah mengamuk sakan. Tapi bukan secara direct sebab aku dengan Kak Ngah yang kena tahan telinga mendengar. Sejak zaman Kak Long hingga zaman Jiha & Biha, ibu jaga anak dia tak pernah menggajikan orang. Balik kerja, ibu masak, basuh, buat susu anak-anak, kemas rumah dan yang lain-lain semuanya atas usaha dia sendiri. Bila dengar dia cakap hari tu, rasa nak menangis pun ada. Tiba-tiba hamba ALLAH ni minta orang gaji atas alasan dia jaga nenek yang sihat walafiat tanpa keuzuran+bulan puasa tak ada yang nak masak selepas atuk meninggal baru-baru ini.

Yalah, siapa yang tak geram. Nak orang gaji tapi mengharapkan orang lain yang bayar. Kalau gaji besar macam menteri tak apa juga tapi dia tak ada gaji yang tetap. Ibu cakap dia berangan nak jadi maam besar! Dan aku juga rasakan benda yang sama! Weh, tolonglah. Kalau nak buat baju, ukurlah kat badan sendiri. Kalau dah tak mampu, buatlah cara tak mampu. Jangan nak berlagak macam orang kaya. Padahal, habuk pun tak ada. Rumah nenek kau dapat, kau cuma duduk free aje kat sana. Aku nak semua orang tau, ada juga manusia yang macam kau kat muka bumi ni.

Weh, aku geram siot dengan hamba ALLAH ni. Mak kawan aku bergelar ‘Datin Seri’ tapi dia tak ada orang gaji. Bila aku datang rumah dia, bersih aje. Kemas dan teratur. Apa maknanya itu, wahai kawan-kawan?


June 28, 2009

Shawn Tag Aku

Shawn tag aku. So, ni adalah jawapannya.

4 names that friends call you

Azri saja okay. Aku tak ada nama lain selain nama ni…

4 things you’ve done in the last 30 minutes:
beli barang kat carrefour
drive
kemas barang
solat Zuhur

4 gifts you would like to receive


Honda City (siapalah yang baik hati nak belikan aku kereta? Ah, beli sendirilah nampaknya)


Telefon bimbit(Tak kisah yang mana satu asalkan blackberry saja okay)



Vaio

Rumah. Tak perlu besar seperti istana. Cukuplah rumah teres setingkat. kalau nak lebih afdal, yang dua tingkat. Hahaha…

4 of your favourite hobbies:

Chatting



Gosip dengan geng puaka. Amboi amboi amboi(Aku, Aliff, Ariff, Salam, Nik)


Melepak


Window shopping

4 places you want to go for vacation:


Makkah

Spain

Pulau Sipadan

7 Wonders of The World. Aku teringin nak tengok dari jarak dekat...

4 things always found in your bag:






Top 4 you love so much:

Kawan-kawan yang pernah hadir dalam kehidupan aku(gambar tidak diperlukan aku rasa kerana ramai oh)



Top 4 things special for you:

Sama seperti di atas


Top 4 who you would like to answer this survey: