January 28, 2009

Apabila cinta diuji...

Sudah hampir setahun aku membiarkan diri ini memegang title ‘single’. Pejam celik, pejam celik, aku sudah lama menyepikan diri dlm dunia percintaan. Bak kata org tua-tua, darah masih muda. Kadang-kadang tu, timbul rasa cemburu tatkala melihat teman-teman lain asyik masyuk bercinta. Ke sana dgn teman wanita, ke sini juga bersama teman wanita. Aku pula? Aku pula masih lagi sendirian dan setia pada yg satu. Entah sampai bila, aku sendiri pun tak tahu. Kepada ALLAH aku berserah segala-galanya.

Siapa yg tak nak bercinta? Ada pasangan, ada teman berbual saat suka atau duka, siapa yg tak nak? Aku tak nak cerita sebab apa kami putus sebab masing-masing ada salah sendiri. Tu aje yg boleh aku cerita. Kalau aku cerita lebih-lebih, takut mengaibkan pulak. Ya tak?

Selepas si dia, aku masih lagi belum bertemu dgn mana-mana manusia yg bisa membuatkan jantung ini bergetar. Ya, bergetar! Satu perkataan yg boleh mentafsirkan cintanya. Bergetar saat bertemu dgnnya, berdebar saat bertentangan mata dgnnya, gugup apabila berkata-kata dgnnya. Ah, indahnya saat itu. Saat ini, aku masih lagi terkenangkan si dia! Tak mungkin cinta itu akan terpadam dgn mudah.
Kenangan lalu, tak bisa aku lupakan dari ingatan. Memori itu terlalu indah buat diriku. Dan biarlah memori itu aku jadikan kenangan yg menjadi milik kekal kami berdua. Walaupun hubungan kami setakat itu sahaja namun aku tetap sygkan si dia. Dan aku tau dia juga begitu. Orang cakap, first love memang susah nak lupakan. Mungkin ada benarnya kata-kata itu sebab aku dah pernah alaminya sendiri.
Bercakap tentang cinta, aku sudah ada pilihan hati aku sendiri sekarang ni. Tapi kami berdua tak ubah macam orang asing. Mungkin sebab masing-masing sibuk dgn rutin harian sampai nak bertanya khabar pun susah. Kalau aku msj@call dia, dia tak jawab. Begitulah sebaliknya. Adoiyai, aku rasa mcm dah malas pulak nak bercinta sampai satu tahap, aku anggap ‘love is nonsense’, ‘love make my life complicated’.
Tapi, bila difikirkan balik, mungkin ada hikmah disebalik semua yg terjadi. Aku tau ALLAH tu maha adil, maha penyayang pada hamba-Nya. Sebab tu Dia uji aku dgn perkara yg kecil mcm ni. Kalau benda kecil ni pun aku tak boleh nak handle, mcm mana aku nk jadi hamba-Nya yg bertaqwa? ALLAh telah memberikan nikmat secara adil pada setiap hamba-Nya. Mungkin aku tak bernasib baik dlm hal-hal yg melibatkan cinta. Siapa tau aku diberikan kelebihan lain?

1 comment:

aqilahkamal said...

aduh3...
ayatmu cukup syahdu yg bisa menyentuh sendu..
hahaha
mcm baca novel seyh..
u go dude!!!!