Jika dilihat di dada akhbar, rata-ratanya bercerita tentang keganasan yg dilakukan oleh tentera Israel terhadap org awam Palestin(mereka kata serangan itu utk tentera Hamas tp akal kita boleh tafsirkan sebaliknya) . Gambar-gambar mangsa perang terlihat di sana sini hinggakan kita sendiri berasa ngeri utk menatapnya. Sekadar melihat saja sudah mampu merobek hati naluri, inikan pula rakyat Palestin. Mereka menanggung sendiri semua penderitaan itu. Boleh bayangkan?
Ah, dunia kini semakin mengganas. Mayat yg bergelimpangan itu adalah perhiasan bagi mereka (Israel dan sekutunya). Esak tangis kanak-kanak dan wanita adalah irama dan lagu bagi mereka. Pertumpahan darah bagaikan air yg mengalir tanpa apa-apa makna. Di mana letaknya hati dan perasaan mereka? Di mana letaknya sifat-sifat kemanusiaan mereka? Kenapa manusia hari ini semakin kejam? Mengapa? Apa sebabnya? Jawapannya, ada pada kita dan kita mampu berfikir tentang itu.
Umat Islam kini bagaikan buih-buih dilautan. Benarlah seperti apa yg disabda oleh Rasulullah. Kuantiti umat Islam yg ramai tidak mampu menepis bilangan mereka yg hanya beberapa kerat. Sekadar melihat dan tak mampu melakukan apa-apa utk membela diri hatta mempertahankan nama baik Islam. Kerana takutkan mereka, kita berdiam diri dan hanya terus mendiamkan diri tanpa usaha dan langkah berjaga-jaga. Mungkin kita perlu memuji langkah yg dilakukan oleh kerajaan dgn menyeru rakyat Malaysia supaya memerangi keganasan melalui khutbah Jumaat yg telah dilakukan selama dua minggu berturut-turut. Syukur…
Dunia kini semakin menggila. Sudah lama kita disogokkan dgn anasir-anasir negative mereka. Hanya kita saja yg tidak sedar akan hal itu. Tidak dapat lakukan dgn cara kasar, mereka lakukan dgn cara halus pula. Sedikit sebanyak, kita sudah terpengaruh tanpa kita sedari. Ah, begitu mudah sekali kita ditipu. Dan mereka pula, bertepuk tampar dan ketawa riang melihat kita umat Islam terpengaruh dgn pengaruh yg mereka bawa.
Saudara-saudaraku sekalian, kita tak mampu lakukan apa-apa. Sedakar menghulurkan derma, apalah sgt. Memberikan bantuan ketenteraan, jauh sekali. Kita bukan pemimpin, bukan sesiapa. Kita hanya ada kuasa utk menjatuhkan melalui ekonomi spt memboikot barangan Israel dan sekutunya. Jika ekonomi jatuh, mereka boleh jatuh tersungkur. Dgn ekonomi yg kukuh dan mantap, umat Islam pernah dijunjung dan disanjung suatu ketika dulu. Siapa kata kita tak boleh kembalikan zaman kegemilangan Islam? Siapa kata kita tak boleh kuasai ekonomi dunia? Semuanya tidak mustahil tapi dgn syarat, umat Islam harus BERSATU!

No comments:
Post a Comment