Malam Tahun Baru Cina yang lalu, aku ada menonton sebuh cerita yang jarang-jarang sekali ditayangkan di kaca televisyen. Malangnya, tajuk cerita terebut aku sudah lupa. Sebuah cerita di NTV7 tentang seorang ibu tunggal yang bekerja sebagai tauke restoran nasi ayam Hainan dan juga tiga orang anak lelakinya. Kenapa aku kata jarang-jarang ditayangkan di kaca televisyen? Aha, kerana ketiga-tiga anak lelakinya itu adalah homoseksual. Cerita sebegini dapat menarik perhatian aku untuk menontonnya.
Pada permulaan cerita, si ibu telah memperkenalkan semua anaknya kepada penonton. Daniel yang sulung, Harry yang kedua dan Leo yang bongsu. Kasih sayang si ibu lebih sedikit pada anaknya yang bongsu memandangkan Leo masih lagi sekolah dan tinggal bersamanya. Dia juga turut bercerita tentang restoran nasi ayam Hainan miliknya yang terkenal dan juga perasan kecewanya terhadap anak-anak. Si ibu tau anaknya pengamal homoseksual tapi dia tidak boleh buat apa-apa melainkan berdoa dan menilik nasib, dengan harapan si anak berubah menjadi lelaki normal. Si ibu juga cemburu apabila melihat seorang kawannya yang sudah menimang cucu.
“Suruhlah anak kau kahwin cepat-cepat. Kau kan ada tiga orang anak lelaki. Aku ni ada seorang saja anak lelaki. Kau lebih beruntung”.
Daniel bekerja sebagai seorang pramugara. Daniel ni tersangkut pula dengan seorang lelaki Inggeris. Harry pula berpasangan dengan Tim, seorang lelaki tempatan dan Leo jatuh cinta pada Batman, teman baiknya. Selepas itu, bermulalah konflik apabila si ibu telah berusaha untuk merubah kecenderungan Leo dengan mengajak Sabine (seorang gadis Perancis) supaya tinggal dengan mereka. Kehilangan Sabine tidak membawa apa-apa erti pada Leo sebaliknya, penghijrahan Batman ke luar negara benar-benar membuatkan Leo sebak. Berita Daniel akan berkahwin dengan lelaki Inggeris itu juga telah menimbulkan konflik dan tercetusnya pergaduhan antara ibu dan anak.
Akhirnya, si ibu terpaksa menerima ketiga-tiga anak lelakinya itu seadanya kerana soal hati dan perasaan tidak boleh dipaksa-paksa. Daniel juga telah membatalkan perkahwinannya dengan lelaki Inggeris tersebut demi menjaga hati ibu tersayang namun dia masih lagi meneruskan hubungan tersebut. Begitu juga Harry dan Leo.
Ianya boleh dijadikan panduan dan juga dapat mengenal mereka dengan lebih dekat. Aku tak mahu kondem golongan sebegini kerana mereka juga ada hati dan perasaan. Mungkin amalan hidup mereka telah terpesong jauh daripada landasan dan batas-batas norma kehidupan namun kita boleh membimbing mereka ke jalan yang diredai. Siapalah aku untuk menghakimi mereka…
No comments:
Post a Comment