Sekarang, aku berada di dalam perpustakaan bersama-sama seorang teman yang sedang menyiapkan assignmentnya. Aku sekadar menemani sambil membuka beberapa website di sudut perpustakaan itu. Mengemas kini friendster, tagged, myspace dan juga emel. Itu adalah kerja aku tatkala melihat pc yang banyak kosong di situ. Usai meng’approve’ dan men’reject’ di ruang kenalan sebentar tadi, aku lantas membuka utusan online. Sudah beberapa hari aku menyepikan diri daripada dunia luar. Surat khabar tidak dibeli, televisyen juga tiada di apartmen. Yang ada hanya internet yang semacam siput gaya pergerakkannya. Lambat mengalahkan siput babi.
Aku baru saja baca tentang pergolakan politik yang berlaku di Perak. Karpal singh nak saman Sultan Perak? WTF? Terkejut beruk aku mendengarnya. Hai, macam-macam dunia sekarang nih. Aku pun dah tak tau nak kata apa sementelah aku tidak mengetahui situasi yang sebenarnya. Nak mengetahui dgn lebih lanjut, internet pulak lambat. Hai, berserah ajelah. Moga pergolakan politik di Perak dapat diselesaikan dengan aman tanpa apa-apa masalah.
Aku bukannya nak hidup seperti katak di bawah tempurung namun aku terlalu sibuk dengan aktiviti harian dan juga mingguan. Sejak aku menjadi ahli persatuan seni silat gayong uniten, aku semakin sibuk. Latihan silat setiap hari khamis dan jumaat hinggakan hari minggu yang lepas aku banyak habiskan di atas katil kerana kepenatan. Selepas ini, aku akan bercerita pula tentang ahli keluarga aku yang baru dua minggu aku sertai. Aku berasa seronok dengan mereka.
1 comment:
mane cite pasal aku nih????? tak jumpa p0n.... haha~
Post a Comment