Berhibur? Oh, tidak. Cuti hujung minggu yg lalu, aku tidak luangkan dgn berhibur. Ajakan teman serumah utk ke Kuantan terpaksa aku tolak dgn baik. Bknnya apa, mood utk itu terpaksa aku tukar dgn mood belajar kerana minggu ni ada 2 kuiz dan 1 midterm yg bakal aku tempuhi. Ah, sukarnya menjalani kehidupan sbg seorang pelajar universiti. Ianya bukan indah spt yg aku bayangkan suatu ketika dulu. Dan aku masih lagi dibelanggu rasa bersalah dgn diriku sendiri. Entah kenapa aku perlu berasa sedemikan rupa. Jawapannya tiada pada diriku.
Aku kini dalam kerinduan. Aku rindu pada keluarga yg tercinta. Ah, mereka semua seringkali bermain di mindaku. Lebih-lebih lagi dua orang baby kesayanganku, iaitu adik kembarku yg sangat comel lote. Rindu! Minggu ni, hampir 3 minggu aku tak pulang ke rumah. Aku bagaikan diserang ‘home sick’. Hatiku ini membara ingin pulang namun aku ada tanggungjawab yang perlu aku selesaikan di sini. tak mungkin aku akan mnyerah kalah dgn rasa rindu yg membuak-buak ini. Jiha dan biha, jgn nakal2 ye? Hehehe…
Cuti sempena Tahun Baru Cina semakin menghampiri. Seminggu aku akan bercuti. Ah, alangkah seronoknya jika aku kini berada di rumah!
p/s: esk aku blk!!!
No comments:
Post a Comment