August 1, 2009

Zero dan Kosong

Menaiki kereta

Batu Pahat – Yong Peng – Segamat – Muadzam Shah = 2 jam 30 minit

Menaiki bas

Muadzam Shah – Segamat – Muar - Batu Pahat = 4 jam

Salam semua. Sekarang aku berasa di Batu Pahat, Johor. Aku balik dari Muadzam Shah pada hari Khamis dengan menaiki bas **pat Ekspress. Aku rasa, bas ini perlu menukar mananya kepada Lambat Ekspress kerana tiket aku pukul 6.00 petang tapi bas itu sampai ke Station Bus Muadzam Shah pada pukul 6.45 petang. Menyakitkan hati tahu? Bukan sekali dua tapi dah banyak kali dah aku kena. Setiap kali balik, mesti perkara yang sama berlaku. Aku rasa, syarikat bas ini memerlukan tranformasi supaya dapat terus beroperasi dengan jayanya. Aku pilih bas ni sebab dah tak ada pilihan lain. Hanya bas ini saja yang ke Muadzam Shah. So, tak dapek den nak menolong. Kena hadap juga walaupun perit.

Bila dah sampai dan selamat naik bas tu, ingatkan bolehlah senang lenang+membuta. Tapi kuharapkan panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengahari. Nak tahu apa yang berlaku? Tempat duduk aku penyandarnya tidak boleh nak ke hadapan atau ke belakang. Sangat static sepeti robot. Sakit badan oh. Ce**ka punya bas. Brader India kat sebelah aku ni buat tak tahu je. Aku tau dia tukar seat dengan aku. Aku malas nak cari gaduhlah. Dahlah ***ia. Kalau dia bawa geng dia, mati aku.

Dalam sakit hati tu, betul-betul kat depan aku ni adalah sepasang merpati dua sejoli yang asyik masyuk berpeluk sakan. Bercium bagai nak beromen kat depan aku. Wei, bajet-bajet la bro. Awek lu tu dahlah bertudung litup. Kalau nak raba-raba pun, suruhlah driver bas tu tutup lampu. Takkan hal dalam kelambu lu pun lu nak tunjuk kat gua? Dahlah bas ni penuh. Nasib baik semuanya orang besar. Kalau budak-budak, siap lu. Ni yang gua naik angin. Tapi lantak lulah bro. Lu bukannya sedara gua. Yang untung gua juga. Dapat tengok wayang free.

Dalam perjalanan dari Muadzam Shah ke Segamat mengambil masa selama 1 jam. Oleh kerana driver bas itu lembap+sengal+menyakitkan hati, perjalanan menjadi 1jam 30minit. Badan aku dah sakit sebab penyandar kerusi tak boleh diadjust ke belakang. Hanya mampu duduk tegak.

Sampai Segamat, hampir separuh orang turun. Brader India yang duduk sebelah aku tadi pun turun. Fuh, selamat. Aku tukar duduk kat seat sebelah. Baru lega dapat ke belakangkan penyandar. Hah, baru aku perasan. Merpati dua yang tak berapa nak sejoli depan aku tadi pun turun. Tapi beg mereka masih ada. Ah, mungkin mereka turun beli makanan atau minuman. Kata aku dalam hati.

“Eh, Azri! Azri ke?” tegur satu suara. Agak kuat dan kasar cara dia menegur.

Aku dah geram sebab masa tu aku baru nak lelapkan mata. Rupa-rupanya, lelaki yang buat wayang kat depan aku tadi yang tegur. Guess what? Dia adalah SEPUPU AKU. Hahaha… nak tergelak aku dibuatnya. Adik sepupu sendiri yang buat wayang kat dalam bas. Umur baru 18 tahun. Baru lepas SPM katanya. Baru berjinak-jinak nak buat Diploma di Kolej Shahputra. Huh, manusia macam ni pun ada? Sorry, bro. Lepas ni kau tak layak dapat respect dari aku! Mak dia kalau bercerita, anak dia seorang saja yang baik, yang pandai, yang ter ter lagilah. Semuanya positif. Hah, lepas ni aku buat tak layan jelah sebab aku dah tau perangai anak kau yang sebenar. Pergi mam***.

p/s; Aku berceita bukan nak mengaibkan sesiapa atau pun membuka pekung di dada tapi aku nak ianya dijadikan pengajaran buat kita semua.

1. Umur masih muda, janganlah tergedik-gedik nak peluk anak dara orang. Seluar dalam pun mak bapak yang belikan, ada hati nak cium anak dara orang. Lupakan ajelah niat sedara tu.

2. Fikirkanlah pasal mak bapak kau. Susah-susah dia hantar kau belajar, kau buat perkara yang bukan-bukan. Kau pun bukan datang dari keluarga yang senang. Nak bibik pun minta ayah aku yang gajikan, apa cerita?

3. Wahai perempuan, jagalah kehormatan diri. Anda sudah cantik dan bertudung litup dan kena dengan selera aku. Aku mengaku kau memang cantik. Kulit putih, hidung mancung macam perempuan arab. Tapi tolonglah. Belum nikah lagi, kan? Bawalah bersabar. Kalau nafsu tu dah bergelora sangat, suruhlah dia masuk meminang.

4. Aku lebih hormatkan perempuan kat belakang aku ni. Tak pakai tudung+baju ketat tapi tak adalah nak buat drama sebabak untuk tontonan umum. Tapi perempuan ni pandai menggoda tau. Senyum-senyum kat aku macam kerang busuk. Sorry, gadis. Aku sudah berpunya.


5 comments:

ayisy said...

Biaselah, kenderaan awam.. Sabor jela.. Thakns Azri, aku dah ok... Huhuhu... :)

fiD said...

kesimpulan: semakin maju dunia,semakin haruk pikuk jadinye,, ayat tersirat niee..huuu,, azri,jgn la poyo ngan aku,,heee,,

deqna said...

hmm..itulah manusia..

pee ess: azri,deqna pegi pcfair hari sabtu ptg ritu,tp,x nampak kamoo pon..;P

Lil^GriZzLe A said...

biasalah budak2 zaman sekarang. kut iya nak buat wayang pergilah tempat lain kan, betul? :)

aZRi aZLaN said...

to

ayisy,
kenderaan awam bkn tiket utk buat drama. dorg ni xtau malu la...

fid,
aku xpoyo tahu. aku baik dan peramah. hahaha, kalo mcm tu, baik mesia xyah maju. bkn mcm tu.

deqna,
saya pergi. mgkin kamu xperasan saya dan saya xperasan kamu...

lil^
baik xyah buat wayang. lagi senang. xtanggung dosa. buat malu kaum je...