August 11, 2009

Sepetang Di Summit

Anda tahu bukan sekarang ini aku sedang bercuti? Okeh, aku tak mahu ulang banyak kali. Takut ada orang cemburu sebab aku dapat cuti selama 2 minggu. Sepatutnya seminggu saja(sebab selesema babi) tapi seminggu lagi memang cuti pertengahan semester mengikut kalendar UNITEN. Memang HEAVEN gila sampai aku bosan duduk di rumah. Kata ibu;

“Nasib baik ada adik kembar kau dua orang ni. Kalau tak, termangu-mangulah kau seorang diri di rumah”.

Jiha dan Biha tidur dalam buaian. Tak tahu apa yang perlu dilakukan, aku keluar rumah pada pukul 5.30 petang. Sekadar jalan-jalan. Tambahan pula, hari ini aku dah target nak beli external hard disk di Summit Parade. Semalam aku dah pergi survey. Ada satu kedai ni murah. Tak adalah murah gila tapi aku pelik. External hard disk dia jual 320GB untuk RM220(aku namakan kedai ni kedai A). Sebenarnya, dah lama sangat aku survey benda ni. Nak beli tapi berkira-kira pula. Yelah, budget dahlah ciput sebab baru 2 minggu lepas aku beli handphone. Bukan handphone yang aku idam-idamkan okeh.

Tibalah masanya aku ke kedai A. Bila aku masuk, akak semalam yang layan. Senyum-senyum kat aku. Aku pun senyumlah balik kat dia.

“Oh, adik nak beli ke external hard disk semalam?” akak tu tanya.

“Aah. Akak ingat lagi?”.

“Ingatlah. Adik nak yang berapa GB?”.

“Yang 320GB. Berapa, kak?”.

“Hemm, RM258” katanya selepas menekan kalkulator.

“Eh, semalam kata bukan RM220 ke?”. Aku pelik. Akak ni M ke I? Kata aku dalam hati. Hahaha…

“Semalam tu, yang 290GB punya”.

“La, yeke? Tapi semalam saya tanya yang 320GB, bukan yang 290GB”.

“Hah, takpelah kak. Thanks!” balas aku. Dalam hati menyumpah akak tadi.

Aku terus blah dari situ. Rasa sakit hati dengan akak tu. Semalam kata lain, tadi kata lain. Hah, geram sungguh. Aku pun jalan-jalanlah kat floor tuh. Dengan harapan ada kedai computer yang lain. Nasib baik. Aku ingat ada sebuah kedai computer di sebelah POPULAR. Malangnya kedai computer di situ tutup.

Aku masuklah sekejap POPULAR sebab dah lama rasanya aku tak beli buku atau pun novel. Membership card aku pun akan tamat tak lama lagi. Memang aku nak hentam banyak-banyaklah sebab aku boleh dapat discount sehingga 20%.

5 buah buku cukup. Habiskan baca satu persatu. Ada novel, ada yang tentang perniagaan. Hahaha, gila kan aku? Memang sewel. Ini merupakan kali pertama aku beli buku terbitan NBKara SDN. BHD. Sebelum ni, aku hanya setia pada ALAF21. Sejak peristiwa tut tut, aku dah malas nak beli lagi dah. Tapi tadi masa jalan-jalan aku ternampak novel Damya Hanna. Memang tak boleh nak kata tidak. NBKara pun best juga. Aku dah baca NOTA CINTA BUATMU karya Norhayati Berahim terbitan ALAF21. Memang best. Aku nak jadi macam beliau!


Lepas beli buku dan novel di POPULAR, aku teringat sebuah kedai saranan member aku, Ayisy Syahmi. Silalah ke blog beliau. Ada satu kedai ni beliau kata murah. So, aku geraklah ke kedai tu yang terletak di tingkat 1. Inilah dia hasilnya. 320GB dengan harga RM230. Aku nak minta kurang tak dapat. Siap dia tulis lagi kat situ.

“Kepada staff NOVOTECH SDN BHD, harga adalah tetap. Tidak boleh dikurangkan”.

Hah, ambil kau. Dan yang berwarna biru itu adalah mouse yang berharga RM17. Keypad aku pun macam dah nak rosak sebab dah lama aku tak guna mouse.


Sebelah kiri adalah handphone yang aku beli 2 minggu lepas. Jenama BM Mobile. Entah jenama apa pun aku tak tahu. Main beli aje sebab aku tertarik dengan fungsi dual simcardnya.

Proses pemindahan yang baru saja dilakukan. Lepas ni, laptop aku boleh berjalan dengan laju dan bongkak sebab dah tak berat dengan segala macam movie dan lagu yang aku download.

And below are the receipts;




3 comments:

ayisy said...

Ahah! Aku macam tau jek kedai yg aweks berbual taik tu. Hak3!!! Papepun, tahniah dgn gajet terbaru kau. Beli external mmg mahal tp berbaloi giler. Huhu

Deqna said...

Aku rase akak tu penin lahh ,sbb myb ramai sgt custoumer yg bertanye, pastu x jadi nak beli..

ehehehe...

;PP

aZRi aZLaN said...

to

ayisy;
tau ke? hampa memang power. mana-mana pon hampa tau noo..

deqna;
hahaha, mcm perli je deqna. survey la. bkn taj jadi beli. sebelum masuk saya dah cakap nak tanya dulu.