August 12, 2009

Program Motivasi

Salam dan selamat pagi dunia!

Sudah! Sudah! Jangan bersedih lagi. Jangan ditangisi dengan apa yang telah berlaku. Sudah berapa kali aku bilang jangan. Tapi kau berdegil. Degil. Tak nak dengar kata. Nah, sekarang rasakan sendiri. Jangan sentuh, jangan sentuh tapi kau nak sentuh juga. Padan muka kau. Menangis tak berlaku kau, Azri.

Tak ada mood nak cerita panjang. Nah, lihat saja foto aku semasa program motivasi “Menuju Menara Gading” yang aku war-warkan dalam entry sebelum ini. Ianya bermula pada hari Jumaat jam 4.30 petang dan telah berakhir pada hari Ahad jam 2.30 petang. Cuma dua perkataan saja yang dapat aku ucapkan tentang program itu. Sungguh menyeronokkan! Pengalaman yang tidak dapat aku perolehi di mana-mana.

Ini kali pertam aku melibatkan diri dalam program seperti ini. Amat mahal harga pengalaman ini okeh. Terima kasih pada Ariff kerana memberikan aku peluang untuk terlibat dalam acara-acara seperti ini. Kalau bukan kerana pilihan dia, mungkin aku tak akan terlibat. Atau dengan kata lain, aku takkan dipilih.

Maaf, kelmarin aku salah beri maklumat. Program ini dinakan Program Motivasi Menuju Menara Gading, bukan Program Motivasi menuju Kejayaan.



‘Banana Shake’. Aku berbaju merah, berdiri di atas karpet biru.

Aku bersama adik-adik LDK. Aku ditugaskan untuk menjaga Kumpulan 4 dan inilah dia. Sila abaikan perut aku yang semakin membuncit itu.

“Adik kena lipat kemudian koyakkan kertas ni kepada empat bahagian. Macam ni” kata aku.

John, john, john, john, woo, john, woo, john, john, john, john. Siapa tahu main permainan ni? Ahaks…


Hari Kedua dimulakan dengan senamrobik. Tapi masa ni, aku tak dapat tangkap gambar kerana aku ditugaskan untuk Teknikal. Lihat sajalah sukaneka yang kami buat untuk adik-adik ini. Mereka sangat bersemangat untuk bermain.








Sedang berbincang untuk aktiviti yang seterusnya.



Ketua fasilitator yang buat-buat sibuk. Si Ariff!

Dah bf nya ketua, gf nya setiausaha (Muz, sebelah kiri). Dan kanannya Aisyah. Biro Makanan yang gila microfon. Tengok tu. Walkie talkie pun dia buat mic. Hahaha, sorry…

Hari terakhir...

Ketika ni, aku tengah buat Chicken Dance. Lawak gila. Budak-budak suka…

Nama-nama Fasilitator;


Abang Azri

Abang Dauz

Abang Q

Abang Afif

Kak Cuya

Kak Muz

Kak Zaza

Kak Mira

Kak Aisya



2 comments:

Jo said...

nak belajat jon jon.




sebab dah taw ciken dens.
:)))

Firol said...

hoho...kak aisya n k mira tu kasi krim salam haaa...