August 26, 2009

Nyonya dan Nenek


Gambar 1 (Nyonya)



Gambar 2 (nenek)



Apa yang dapat kalian rasakan jika melihat dua orang warga emas ini yang sedang duduk di stesyen bas? Apakah yang ada di kotak fikiran kalian jika kalian berada di tempat aku ketika itu? Tatkala orang lain yang seusia mereka sedang berehat-rehat di rumah, mereka berdua sibuk di luar rumah.

Nyonya itu sedang menjinjit beg plastic sebanyak 4-5 kesemuanya. Nyonya ini terpaksa berulang alik sebanyak dua kali untuk mengangkat begnya. Tidak penatkah dia? Kenapa bersusah payah mengangkat beg plastic ke sana sini? Di mana anak-anaknya?

Nenek itu pula sedang menunggu bas. Pada mulanya, aku sekadar memehatikan saja nenek itu seperti melayan perasaan. Tapi aku tak sampai hati. Bila dia toleh, dia seperti mahu menanyakan sesuatu pada aku.

“Kenapa, nek?”.

“Jam pukul berapa?”.

“Pukul 2.30”.

“Lama lagi nampaknya nak kena tunggu bas”.

“Nenek nak ke mana?”.

“KL”.

“Tiket pukul berapa?”.

“7.30”.

“Huh?”.

“Saya nak tengok tiket, boleh?”.

Nenek itu menghulurkan tiketnya pada aku.

Aku agak terkejut ketika itu. Tiketnya ke Kuala Lumpur pada pukul 7.30 malam tapi sekarang jam baru menunjukkan 2.30 petang. Aku mencongak sendirian. Masih ada 5 jam lagi. Aku mula berasa kasihan. Tak sampai hati. Kalau ikutkan hati, aku nak gantikan tiket nenek itu. Biar dia naik bas pukul 3.00 petang tapi wallet aku tidak mengizinkan. Apa boleh buat? Ketika bas aku bertolak ke Muadzam Shah pada pukul 4.00 petang, nenek itu masih lagi di situ. Menanti kedatangan bas untuk ke Kuala Lumpur dan bertemu dengan anaknya.

Aku tak tahu di manakah nenek itu sekarang. Sempatkah dia bertemu dengan anaknya? Berdasarkan perbualan kami yang singkat, nenek itu ada mengatakan yang anaknya mendesak supaya dia datang ke Kuala Lumpur.

Entah tiba-tiba, aku berasa sakit hati. Anak mendesak emak supaya datang melawat? Sudah terbalikkah dunia ini? Fikirkanlah. Kalian juga punya ibu dan ayah. Sepatutnya, di usia seperti itu mereka sudah boleh bersenang-lenang di rumah. Apalah salahnya jemput ibu di kampung dan membawanya ke rumah? Sampainya hati mereka membiarkan ibu itu menaiki bas seorang diri yang tidak tentu keselamatannya terjamin.


3 comments:

Jo said...

oke.




manusia taksemua sama.
mungkin fikiran anak auntie tu xmacam kamu.

aZRi aZLaN said...

to

yazith
ya, saya tahu. saya tak boleh harap orang lain pun sama fikiran dengan saya. tapi anak, kan?

aZRi aZLaN said...
This comment has been removed by the author.