August 8, 2009

Biarkan Aku Berangan


Tadi (7 Ogos 2009) aku pergi jalan-jalan ke Johor Bahru. Seorang diri. Bertolak dari rumah pukul 8.00 malam sampai sana lebih kurang pukul 10.30 malam. Aku tersesat sebab tak biasa jalan malam ke JB. Boleh aku tibai bawa 160km/j dan terus sampai ke hujung jalan. Sepatutnya aku keluar ikut Skudai. Lagi satu sebab aku sesat ialah selalu bersama-sama keluarga tapi malam ini sendirian. Saja, suka-suka.

Aku ikut highway Ayer Hitam. Tol murah aje okeh. Pergi RM9.30 balik RM8.20. Lagi satu, masa pergi tak banyak kenderaan tapi masa balik ada kecelakaan yang melibatkan lori yang terbalik. Mungkin lori tersebut terlalu banyak bawa barang. Habis kotak-kotak berterabur di tepi-tepi jalan. Nasib baik tiada kenderaan lain yang terlibat.

Dalam perjalanan balik, banyak kereta bernombor pendaftaran Singapura yang turun ke Kuala Lumpur. Entah, tiada idea mereka buat apa di sana. Lebih-lebih lagi kes selesema babi semakin meruncing seperti sekarang.

Okeh, berhenti setakat itu. Kali ini, aku nak ceritakan tentang kenderaan yang sangat menarik perhatian aku ketika dalam perjalanan pergi dan balik sebentar tadi. Dan kereta-kereta ini sememangnya berada dalam senarai kereta idaman aku.




Model Kereta: Proton Waja

Warna: Putih

Sasaran Umur: 25-30 tahun


Kereta kedua ialah Honda City. Pergh, aku suka dengan kereta ini. Sebelum ni pun aku sudah katakan yang Honda City adalah kereta idaman aku. Proton Waja juga menjadi idaman tapi kereta ini tetap berada di dalam senarai. Superb! Aku tak boleh kejar walaupun telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memotong.

Model Kereta: Honda City

Warna: Putih

Sasaran Umur: 30-35 tahun.

Ketiga adalah sejenis MPV iaitu Toyota Estima. Ketika di highway tadi, pemandu MPV ini memandu dengan sangat lambat. Tapi tak mengapa. Ia takkan mencalarkan niat aku untuk memilikinya. Kereta ini sesuai untuk keluarga besar. Aku sasarkan umur 35 tahun untuk memiliki kereta ini kerana umur seperti ini sangat sesuai untuk mengawan. Hahaha, okeh aku tak melalut. Orang kata umur ni sesuai untuk bina keluarga. Jadi, Toyota Estima menjadi pilihan aku untuk dijadikan kenderaan buat isteri dan anak-anak aku. Cewah, tak boleh blah…

Model Kereta: Toyota Estima

Warna: Putih

Sasaran Umur: 35-45 tahun.

Dan kenderaan yang terakhir sekali adalah Toyota Camry. Cantikkan? Lawakan? Hah, aku dah mula bayangkan aku sedang memandu kereta ini. Wah, best!

Model Kereta: Toyota Camry

Warna:Putih

Sasaran Umur: 45-infiniti tahun.

Hahaha, Azri Azlan dah mula post entry berangan dia. Hah, kau orang layan kan jelah. Karang kalau tak dilayan, kecil hati pula dia. Hahaha…

p/s: banyaknya duit aku nak tukar kereta setiap 5 tahun sekali. Membazir aje. Bak kata ayah, hidup kau nak bayar loan kereta sahaja ke? Hahaha, dah namanya pun berangan, yah. Aku suka warna putih sebab tak panas kalau tengah hari. Hahaha…

2 comments:

ayisy said...

Proton Waja, dulu, kini dan selamanya... Heeee..

Jo said...

wah.




siap ade plat number lagik.
cayalah!

:)))