July 31, 2009

Sis, Saya Dah Buat Tag...


1) Apakah yang anda sedang lakukan 30 minit yang lalu?
- Makan sate bersama keluarga. Kak Long, Kak Ngah & Ika tak turut serta. Kak Long dah lama tak balik BP. Sibuk memanjang dengan kerjanya. Kak Ngah pulak pukul 10.30 baru nak balik BP. Dia ambil bas malam. Ika pula mentel tak nak ikut sebab nak tengok Anak Wayang. Huh…

2) Apakah yang anda sedang lakukan 2 jam yang lalu?

- Online

- Mandi

- Solat Maghrib

- Bersiap-siap nak keluar


3) Apakah yang anda sedang lakukan minggu lepas?
- lebih terperinci, pada hari Jumaat yang lepas, aku ada progam motivasi dengan adik-adik SK Bebar. Best oh. Nantikan post aku tentang program ini…

4) Tiga lagu yang boleh anda dengar berulang-ulang kali?

- You’re Not Alone-MJ

- Kuingin Kamu-Romance

- Lucky-Jason Mraz feat Colbie Caillat

5) 3 binatang yang anda tak suka?
- Tikus. Aku paling tak suka dengan binatang ini. Walaupun aku suka tonton Tom And Jerry tapi aku geli dengan tikus. Lagi-lagi tikus yang ada kat tepi-tepi longkang atau parit. Sungguh menggelikan. Yuukksss…

- Lipas. Oh, katakan tidak pada makhluk ini. Makhluk perosak yang sangat aku tak suka.

- Ulat iaitu semua jenis ulat yg tergedik-gedik especially ulat gendon.

6) 5 fakta tentang anda?
- Seorang lelaki
- Hatinya sudah dimiliki oleh seseorang. Jangan cuba menggoda saya okeh? Saya sudah berpunya.

- Masih belajar dan belum bekerja

- Suka pada kanak-kanak

- Sangat suka berangan. Dia nak buat macam-macam benda tapi tak jalan. Asyik tertangguh aje.

7) Tahun depan mungkin anda?

- akan mendirikan rumah tangga. Hahaha, kau berangan lagi, Azri.

8) Saya tak reti sangat…

- menggoda dan mengayat perempuan sebab saya mudah gugup dan darah gemuruh.

- Makan dengan menggunakan chopstick.

- Pakai kasut tapi tak pakai stoking. Sangat tak reti sebab kaki melecet.

9) Saya pandai…

- Buat ayat touching pada kawan-kawan

- Buat biskut batik. Sangat sedap oh…

10) Kawan saya…
- sangat gila-gila. Mereka pernah baling telur dan tepung masa ulang tahun hari lahir saya yang lepas. Minta-minta tahun ini tak kena lagi. Tapi lepas ni aku nak kenakan mereka pula.


11) Saya ada…
- sebuah keluarga yang sangat saya sayangi

- Impian dan cita-cita yang mahu dilaksanakan

- Sebuah kereta control

12) Saya seorang…

- Pemaaf

- Penyayang

- Romantic (mungkin)

- Gila-gila (kadangkala)

13) Adik saya…
- Ika = sangat suka minta top-up jika kehabisan kredit.

- Adib = esok akan pulang ke asrama

- Amir = akan menduduki UPSR tahun ini

- Jiha & Biha = sedang demam rindukan aku sebab dah 3 minggu tak balik.

14) Saya tak pernah bosan dengan (senaraikan 3)…
- menyayangi dan mencintai dia

- Melayan karenah Jiha & Biha yang sangat manja

- Menulis walaupun kadangkala mood untuk menulis zero.

15) Bilakah pertama kali bercinta?

- Lepas SPM, dengan seorang gadis kampung yang aku kenal melalui seorang kawan.

Awak, maafkan saya.

16) Perkara yang selalu orang tak percaya tentang anda?

- Entah. Aku sangat low profile. Banyak perkara yang mereka tak tahu tentang aku.

17) Saya rindu…

- Si dia

- Zaman kanak-kanak

18) Saya tak sabar…

- Nak kahwin (berangan lagi)

- Nak jadi bos besar


19) 5 laman yang anda slalu layari?

- Blogger

- Myspace

- Friendster

- Yahoomail

- http://prepaid4u.net/?id=azriazlan

20) Anda mahu tag?

pengikut setia yang rajin


July 30, 2009

Impian Aku

HATI mana yang tidak puas apabila segalanya disempurnakan sendiri,daripada cernaan ilham untuk melahirkan sebuah novel sehingga ia tiba ketangan pembaca. Bagi penulis novel, Samsiah Mohd Nor, langkah menerbitkan novel sendiri bukan sekadar mencipta kepuasan malah meluaskan pengetahuan dengan mempelajari lebih banyak selok-belok bidang penerbitan.

"Saya ingin mencari kepuasan. Justeru, saya mula menerbitkan novel sendiri kira-kira lima tahun lalu. Ia membolehkan saya melahirkan novel dengan cara saya sendiri, malah proses awal seperti penyuntingan, susunatur dan grafik, segalanya dilakukan sendiri bersama suami. Apabila terbitkan novel sendiri, kita tak perlu menantikan giliran buku kita memasuki pasaran memandangkan lazimnya sesebuah syarikat penerbitan mempunyai bilangan penulis yang ramai," katanya.

Dia yang kini membariskan 18 judul novel sejak pembabitannya dalam bidang berkenaan pada 1989, beranggapan proses menerbitkan buku sendiri tidak begitu sukar, namun ada kalanya ia agak cerewet. Dugaan awal waktu menerbitkan novel juga tidak kurang hebat apabila novel Tangisan Bulan Madu (TBM) Tiga yang sudah siap dicetak ribuan naskhah didapati tidak lengkap. Beberapa helaian terakhir novel itu tidak dicetak sedangkan novel sudah siap berbalut rapi untuk mula diedarkan dipasaran.

"Tak dapat nak bayangkan perasaan saya waktu itu tetapi nasib baik kerana ia belum diedarkan. Dalam masa dua minggu, pencetak berjaya memperbaiki kesilapan dengan menambah muka surat yang tak dicetak pada ribuan buku itu," katanya.

Sejak 2001, tiga novelnya diterbitkan sendiri iaitu TBM Tiga, TBM Empat dan Cinta Jati Klasik selain sebuah lagi novel tulisan Puteri Andalas.

"Kalau lama tak terbit buku, rindu rasanya. Seronok menantikan siapnya proses susun atur atau berkejar ke kilang menjenguk buku yang masih dicetak. Lantaran itu, saya pastikan setiap tahun ada sekurang-kurangnya sebuah buku dicetak," katanya yang mengusahakan Khalysa Publications di Bandar Baru Bangi ini.

Ahadiat Akashah yang terus diingati ramai menerusi novel popular BudakSetan (diterbitkan 21 tahun lalu), menyifatkan proses penerbitan buku sendiri tidaklah serumit mana terutama apabila memiliki segala kelengkapan berkaitan penerbitan. Bermula sebagai kelindan van yang membuat penghantaran buku di syarikat penerbitan Marwilis Publisher, Ahadiat memang berpengalaman luas dalam bidang penerbitan, daripada penghasilan manuskrip hinggalah ke peringkat percetakan.

"Mesin pencetak buku saja yang tiada, agaknya kalau mampu memiliki mesin itu, cetak buku pun saya lakukan di rumah," kata penulis yang mula menerbitkan novel sendiri dengan menubuhkan syarikat Melati Publisher SdnBhd pada 1992.

Ketika itu, bapa saudaranya yang menyediakan modal kira-kira RM100,000 menawarkan Ahadiat untuk menerbitkan novel sendiri apatah lagi penulis ini juga sudah menghasilkan beberapa novel. Kediamannya kini di Lingkaran Tengah, Gombak turut menempatkan ruang untuknya menjalankan beberapa proses penerbitan novel termasuk menyiapkan filem sebelum dihantar ke syarikat percetakan.

"Penerbitan sendiri bagi saya lebih menjimatkan kos. Ia juga taklah begitu sukar meskipun dilakukan sendiri di rumah apatah lagi sebelum ini saya banyak didedahkan dengan pelbagai proses penerbitan. Bagi mereka yang mahu menerbitkan novel sendiri, antara aspek yang harus diketahui adalah penggunaan beberapa perisian misalnya menyiapkan susun atur novel serta keperluan pencetak laser berkualiti tinggi yangmempunyai ciri khas seperti imej `cermin’ bagi menghasilkan filem yang akan dihantar ke syarikat percetakan," kata penulis yang tersenarai di dalam Malaysia Book of Records kerana penghasilan 72 judul buku sehingga kini.

Selain penerbitan novel sendiri, Ahadiat menerbitkan novel 20 penulis lain termasuk mereka yang baru berjinak di bidang penulisan. Lantaran kurang berpuas hati dengan sesetengah penerbit dan kedai buku,Mohd Faizal Musa atau lebih dikenali menerusi nama pena Faisal Tehrani,mengambil langkah menerbit dan menjual novelnya sendiri. Salah satu novel terbitannya, Tunggu Teduh Dulu, memang sukar ditemui di kedai buku kerana ia hanya dijual secara dalam talian atau pesanan surat menyurat.

"Buku Melayu aliran karya popular memang ada ruang di kedai buku tetapi buku yang lebih cenderung kepada sastera tinggi lazimnya kurang digemari.Di sesetengah tempat, pembaca juga pernah menyatakan sukar mendapatkan buku tulisan saya lantas saya mengambil keputusan untuk menerbit dan memasarkan buku sendiri," katanya.

Budaya menerbitkan novel sendiri, baginya, masih baru di negara ini namun dia tetap optimis terhadap perkembangannya.

"Banyak ruang yang boleh diperbaiki, malah saya akui kurang pengalaman dalam bidang penerbitan dan lemah dari segi pemasaran. Bagaimanapun, kaedah jualan kini yang kebanyakannya dilakukan menerusi dalam talian banyak membantu apatah lagi novel dijual terus kepada pembaca," katanya yang turut menerbitkan buku berjudul Kumpulan Cerpen Underground (Siri satu dan dua).

p/s: Maaf, artikel ini aku copy and paste saja. laman webnya aku tidak sertakan untuk kalian kerana kealpaan aku. Psttt..psttt. Idea yang menarik, bukan? Hah, nantikan pula Mahar Media yang bakal ditubuhkan sedikit masa lagi. Pastikan anda memberikan sokongan pada MM, okeh? Thanks!!!

July 25, 2009

Maaf Ya?


Azri Azlan is currently busy with his program

(his program katanya),

Motivasi Menuju Kejayaan with SK Bebar as a facilitator.

p/s : Maaf, hujung minggu ini Azri Azlan sibuk. Dia tidak akan berblogging untuk hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.


July 22, 2009

Macam-macam Hal

Salam. Selamat datang ke Diari Hati Azri Azlan (DHAA). Jutaan terima kasih aku ucapkan kepada semua pembaca DHAA. Walaupun kalian adalah ‘silent readers’, kalian layak mendapat pujian dan ucapan terima kasih ini.

Isnin 20 Julai 2009;

Kod etika berpakaian di universiti tempat aku belajar adalah eksekutif iaitu bagi lelaki dikehendaki berkemeja dan berseluar slack. Berkasut kulit dan juga bertali leher. Berbaju Melayu boleh tapi setakat ni tiada yang berani pakai. Tak lupa juga, memakai kad ID pelajar. Bagi perempuan Melayu, berbaju kurung lebih elok manakala bukan Melayu berkemeja, blaus serta slack atau gaun.

Hari itu aku pakai kemeja. Tapi kemeja lengan pendek. Selalu okeh aje berlengan pendek tapi hari itu memang suwei. Entah apa malang nasib aku, nama aku diambil dan no. ID aku dicatat oleh makhluk perosak. Kenapa aku gelar makhluk perosak? Suka hati akulah ye nak gelarkan dia apa. Makhluk asing pun okeh juga. Tapi tak berapa sesuai kerana dia sudah tua. Sengal betul orang tua tu. Dia pun pakai lengan pendek. Tak pakai tie pula tu. Aku hangin satu badan. Ada peribahasa yang sesuai untuk dia. Bagaikan ketam megajar anaknya berjalan betul. A Tapi aku bukan anak dia. Aku adalah bos dia sebab customer is always right.

Siyes weh. Dah dua tahun aku belajar di sini. Aku tak tahu pun (malas nak ambil tahu sebenarnya) tak boleh pakai kemeja lengan pendek pada hari Isnin. Bila aku tanya Ariff (my roomate), dia pun tak tahu. Dah dua tahun say, kalau dua bulan tak apa juga. Nampak sangat sistem kawalan yang tidak ketat. Makan gaji buta. Patutlah perut buncit macam perempuan hamil 9 bulan. Perut makcik aku yang tengah sarat tu pun, tak adalah besar sangat macam perut kau!!!

Lepas nama dan no. ID aku diambil, aku pandang sekeliling. Ramai doh yang pakai lengan pendek. Ariff pun pergi kelas pakai lengan pendek. Lagi la aku hangin. Aku rasa, aku memang suwei hari tu.

p/s: Kau ambil nama dan no. ID aku, ada aku kisah? Aku bayar yuran, pergi kelas. Apa masalah kau ni nak cari pasal dengan aku? Orang atasan tak bayar gaji kau ke? Kalau nak bagi orang baca buku panduan, buatlah elok-elok. Jadikan buku. Ini tak. Kau photostat then kau stapler. Siapa yang nak baca?


July 19, 2009

Anugerah???

Ini kali pertama aku dapat anugerah. Datangnya daripada Deqna. Ternyata, aku begitu teruja sekali. Hahaha, terima kasih, ya Deqna? Lain kali, berilah saya anugerah yang lain pula.

1. Sila copy paste award ini di blog anda:
Sudah saya siapkan di atas ini.

2. Sila copy paste award ini di side bar blog anda.
Lihatlah...

3. Paskan kepada 5 rakan anda-
-Lil^Grizzle
-Yazith Su Anaz
-Shawn
-Mira Azlan
-Khairol

July 18, 2009

Chaiyok-chaiyok, Azri Azlan!!!

Aku minat menulis. SANGAT MINAT!!! Tapi kau orang pun tahu kan aku tidak belajar dalam bidang ini secara formal. This is not my field but I’m trying hard to do my best. My grammar is very limited and ‘just okay’ as my friend said to me a few days ago. Yes, I admit it. That is my weaknesses that I should overcome and find the best solution. Lainlah kalau aku ni pelajar ASWARA atau pun pelajar di fakulti Bahasa Melayu. It is not easy to be a novelist and I do respect people in this field. Novelist’s imagination should be in maximum stage. And the most important thing is you should know the best word to express what you feels.

Okeh, buat masa sekarang ni, aku ada beberapa jalan penyelesaian yang dapat aku fikirkan. Jika anda semua ada jalan lain, sila tinggalkan komen, okeh? Thanks!!! Anda memang baik hati.

Pertama, aku perlu menghadiri seminar atau pun bengkel pemantapan tatabahasa atau pun yang sewaktu dengannya yang dianjurkan oleh badan kerajaan atau pun NGO. Aku sedia mengahdirinya dengan syarat waktu itu tidak bertindih dengan waktu kuliah aku.

Kedua, aku kena berusaha untuk banyak membaca dan melebihkan membaca. Maksudnya, nak atau tak aku kena banyak membaca sama ada buku, novel atau pun Kamus Dewan. Hah? Kamus? Gila ke nak baca kamus? Bukan, maksud di sini adalah selalulah rujuk Kamus Dewan untuk aku bereksperimentasikan dengan perkataan dan juga ayat.

Ketiga, nak tak nak aku kena ambil kursus ini secara formal. Tapi cara ini mungkin akan aku laksanakan selepas aku tamat pengajian kelak. Aku harap, ibu bagi aku sambung belajar dalam bidang ini secara formal. Kenal Damya Hanna? Yup, Alaf21’s novelist. She is one of my idols. She does have a degree in accounting but now she is further her study in Malay Literature (if I’m not mistaken). Sangat kagum.

p/s: Kalau anda-anda tahu ada seminar atau bengel yang berkaitan dengan penulisan, tolong war-warkan pada aku. Thanks in advance. Pagi-pagi lagi dah mereng nak cakap omputih. Tak apa, sekali-sekala. Ini first entry aku selitkan bahasa asing!


Okeh, Salah Aku...

“Kalau mahu blog anda dilawati orang, update”. Tidak banyak tidak, kata-kata ini aku ambil daripada blog Mazidul Akmal Sidek. Siapakah dia? ala, pengacara 360 kat TV3 tu. Klik sini untuk baca.

Maaf, bukan tidak mahu update tapi aku menghadapi beberapa masalah sekarang ni. Antaranya ialah aku tidak boleh mengakses internet dengan baik kerana aku berada di MSC. Internet connection sangatlah terhad. Hanya pagi dan malam saja dapat aku online. Lagi satu, software aku untuk resize gambar dah tak ada (aku terdelete hari tu). Kononnya nak uninstall semua software yang jarang aku guna. Then tangan ni gatal pula uninstall software itu. Okeh, aku mengaku salah aku. Aku kini dalam proses untuk mendownload semula software itu. Tapi masalah connection pula yang terjadi.

Hah, ada satu benda yang nak aku kongsikan. Tahu tak Facebook? Facebook adalah ciptaan Yahudi. Klik sini untuk baca!!!

p/s: nasib baik aku tak ada Facebook!

July 9, 2009

Bila Rindu Part 2

Baca cerita sebelumnya di sini

Malam itu, Azri mengelamun lagi di ruang beranda biliknya. Kerja-kerja pejabat yang menimbun di atas meja, terbengkalai dan tidak disentuh langsung. Niat di hati mahu selesaikan kerja-kerja itu di rumah namun hatinya masih lagi rawan. Pegal bak kata orang jawa. Cintanya kali ini benar-benar memakan dirinya sendiri. Itulah, siapa suruh mempermainkan perasaan wanita. Kelak, diri sendiri yang merana! Nah, rasakan Azri!

Angin yang bertiup pada malam itu, menampar lembut ke pipi lelaki yang sedang duduk di atas kerusi kayu. Sengaja dia menyediakan ruang itu untuk dirinya sendiri. Jika hatinya dilanda keresahan, itulah yang akan dia lakukan iaitu duduk sambil melihat bulan dan bintang yang bertaburan di angkasa raya. Hatinya bertambah sejuk. Lebih selesa. Lebih tenang dan mampu membuatkan otaknya berfikir dengan waras.

“Kalau nak cari isteri, cari yang berketurunan baik-baik. Tak cantik pun tak apa sebab cantik tu hanya luaran. Kalau dah tua, berkedut juga mukanya. Lagi satu, cari yang berpelajaran dan kuat pegangan agama. Jangan main taram aje. Macam ibu tak tau perangai kau. Pantang nampak perempuan berdahi licin, kau pun pikat. Karang, lama-lama kau yang merana”.

Kata-kata yang berbaur nasihat Puan Saleha masih lagi terngiang-ngiang di gegendang telinga Azri. Dia seolah-olah dapat medengar bisikan itu secara realiti walhal ibunya berada di Johor Bahru kini. Dia pula merantau ke tempat orang untuk mencari rezeki.

Azri sudah makan hati dengan sikap dan kelakuan Anees sejak akhir-akhir ini. Bermacam-macam alasan yang diberikan oleh gadis itu hanya untuk melepaskan diri daripada tanggungjawab. Dia bukan tidak cinta tapi bolehkah dia meneruskan hubungannya dengan Anees? Bermadu kasih dengan seorang gadis yang tidak mahu terikat dengan tanggungjawab, bukankah itu mencari nahas namanya? Andai jodoh antara mereka kuat, bolehkah Anees menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri? Bagaimana jika mereka berkahwin kelak? Atau tanggungjawab itu dilepaskan pada orang lain? Pembantu rumah contohnya.

Jika hal itu diketahui oleh Puan Saleha, pasti orang tua itu menentang dan juga melarang. Katanya, anak-anak perlu diasuh dengan tangan dan acuan suami dan isteri . Bukan pembantu rumah. Jika tanggungjawab itu dilepaskan pada pembantu rumah, pelbagai masalah akan timbul di kemudian hari. Anak lari dari rumah, kurang ajar dengan ibu dan bapa, dan apa yang ditakuti, si anak akan lebih menyayangi pembantu rumah lebih daripada ibu dan bapa sendiri! Lihat dan baca saja berita yang terpampang di dada-dada akhbar saban hari. Amat mengerikan!

‘Kalau ibu tau sikap dan perangai Anees yang sebenar, mati aku. Baru bertunang, dah macam-macam masalah berlaku. Belum lagi kahwin. Kalau dah kahwin, aku tak tahulah nak jadi apa. Habis, takkan aku nak korbankan cinta aku? Ah, berserabut kepala otak aku!’.

Azri bermonolog. Dia mengalihkan batang tubuhnya. Kali ini, berdiri pula. Mungkin sudah berkematu punggungnya dek kerana duduk di atas kerusi kayu yang keras tanpa beralaskan span itu. Bosan asyik melayan perasaan sendirian, Azri berjalan menuju ke bilik Ilham, teman serumahnya.

“Am, kau keluar tak malam ni? Tolong isikan minyak kereta aku, boleh? Aku malaslah nak keluar. Banyak kerja yang nak dibuat” soal Azri perlahan.

Ah, alasan semata-mata. Banyak kerja konon. Sebenarnya, dia sangat malas keluar malam ni. Ajakan Anees untuk berbuka puasa bersama-sama juga ditolak mentah-mentah. Moodnya hilang tapi cintanya masih lagi ada. Masih utuh seperti kali pertama dia bertemu dengan gadis itu.

“Keluar. Tapi lambat sikit. Dalam pukul 10.00 sebab Farah ajak aku tengok wayang”.

Ilham menjawab soalan itu dengan lambat. Tumpuannya kini ada pada skrin televisyen. Khusyuk sangat agaknya bermain PS2. Detik hati Azri. Kadangkala, dia mahu menjadi seperti Ilham. Cemburu dengan Ilham. Ilham kelihatan sentiasa gembira dan tersenyum. Hubungannya dengan Farah bagaikan tiada apa-apa masalah. Begitu juga dengan kerja. Ilham tak pernah membawa pulang fail-fail yang menimbun sepertinya.

“Hah, bagus. Kalau macam tu, kau bawalah kereta aku. Tapi jangan lupa pulak isi minyak. Tangkinya dah kosong dah tu. Kalau kau kena tolak kat tengah jalan, aku tak tau. Nah, ni duitnya” ujar lelaki itu seraya menghulurkan dua keping not RM50 kepada Ilham.

“Bagus betullah kau ni, Azri. Aku baru nak pinjam kereta kau. Tup, tup kau sendiri yang bagi. Kiranya macam pucuk dicita, ulam mendatanglah ni”.

“Kenapa dengan kereta kau? Apa yang rosak?”.

Ilham menekan butang ‘pause’ di joystick PS2 miliknya. Kemudian, dia memusingkan tubuhnya lalu menghadap Azri yang sedang tercongok menunggu jawapannya di muka pintu.

“Aku tengah keringlah, bro. Maklumlah, tengah bulan. Nak isi minyak, tak cukup duit pulak. Kau kan tau Farah macam mana. Malam ni kalau poket aku tak kopak RM100, tak sah”.

Ilham meneruskan kembali permainannya. Mungkin dia tak sedar jam di dinding sudah menunjukkan ke pukul 9.10 malam. Katanya nak keluar pukul 10.00. Malam minggu begini, di Kuala Lumpur, jalan pasti sesak dengan umat manusia.

“Am, dah pukul 9.10 dah tu. Kau nak keluar pukul berapa? Nanti Farah marah sebab kau lambat datang jemput”.

“Ah, ok. Aku nak ‘quit’ games ni dulu”.

Ilham bergegas untuk bersiap-siap manakala Azri bergerak ke ruang tamu rumah sewanya. Sudah hampir 4 tahun dia berkenalan dengan Ilham. Sejak zaman universiti lagi. Di universiti juga, dia berkenalan dengan Anees kerana mereka bertiga intake yang sama. Cuma bidang pengajian saja yang berbeza. Farah pula junior mereka.

Ah, Ilham juga punyai masalah. Kenapa aku fikir setiap perhubungan itu perlu mendatar saja tanpa ada sebarang masalah? Seperti juga laut. Adakala pasang, adakala surut. Adat orang bertunang. Bak kata orang tua-tua, masa bertunang inilah, ujian melanda tak henti. Untuk apa? Untuk menguji tahap kesabaran dan juga kasih sayang kita pada pasangan. Ah, tidakkah dia sedar itu semua?

Cemburunya pada Ilham tidak bertempat. Temannya itu juga ada masalah. Secara tidak langsung, Ilham sudah menceritakan masalahnya dengan Farah sebentar tadi. Oh, baru dia faham kenapa Ilham kelihatan gembira dan wajahnya seperti tidak punya masalah langsung. Ah, dia perlu bersyukur kerana tidak mempunyai masalah yang melibatkan kewangan! 4 tahun bersama, Anees tidak pernah meminta-minta untuk dibelikan sesuatu. Azri perlu bersyukur dengan apa yang dimilikinya. Dia yakin masalah itu hanyalah sementara saja! Tapi sampai bila Anees mahu menolak lamarannya?


July 8, 2009

Buduh Punya Orang


Salam sejahtera Malaysia!!!

Awal-awal semester, dah ada masalah. Celaka betullah...

Setiap minggu, kelas aku akan tamat pada hari Khamis (tengah hari). Ini bermaksud, hari Jumaat aku free. Dan aku masih lagi berkira-kira sama ada mahu pulang atau pun tidak. Ini disebabkan oleh mulut puaka-puaka yang sangat aku benci. Sudah aku katakan pada ibu dan ayah yang aku tidak akan pulang pada minggu ini. Tapi semalam, aku ada menerima berita yang membuatkan tahap kegeraman aku semakin menambah dan membuak-buak. Katanya, aku langsung tidak terlibat langsung dalam sebuah program. Ah, sial betullah kau mulut puaka-puaka! Sekarang aku dah tak kisah tentang itu. AKU ULANGI LAGI SEKALI, AKU LANGSUNG TAK KISAH KALAU TAK DAPAT TUGAS ITU! Tapi aku geram kerana diberitakan pada saat-saat akhir. Memang macam sial! Bodoh punya manusia!

p/s: maaf, aku sedang emosi. Carutan ini aku tujukan bukan untuk kalian tapi aku katakan khas untuk mereka-mereka yang buta matanya, pekak telinganya, bisu mulutnya dan cacat pancainderanya walhal mereka mampu melihat, mendengar, bercakap dan juga sempurna anggota tubuh.

July 6, 2009

Oh, Semester Baru!!!


Salam dan hello dunia!

Hari ini bermulalah kehidupan aku sebagai seorang mahasiswa di Universiti Tenaga Nasional bagi semester ketiga untuk sesi 2009/2010. Ada lima semester lagi yang perlu aku hadapi okeh. Agak lama aku di sini! tak sabar rasanya mahu menamatkan pengajian dan akhirnya aku bebas untuk berkarya!

Kau orang mesti busy kan? Aku pun sama juga lebih-lebih lagi ketika di awal semester seperti sekarang. Huh!

Semalam, kesemua ahli keluarga aku (kecuali Kak Long + Kak Ngah) menghantar aku ke Muadzam Shah City (MSC). Ketika aku turun daripada R0$!@n (aku menamakan jentera keluarga kami sebagai R0$!@n sempena nama ibu+ayah aku. Hahaha, sesuka hati aje kan aku?), Biha dah mula menangis kerana tak nak melepaskan aku pergi. Sedih, sedih. Ketika itu, aku lihat mata ibu merah. Rasanya macam terlalu berat untuk mereka. Begitu juga aku. Lepas aku cium dan peluk erat, Biha mahu bersalam tapi dia masih lagi menangis. Jiha pula tidak begitu emosi seperti kembarnya. Dia sekadar minta dicium dan dipeluk oleh aku. Ah, terlalu berat rasanya ketika itu dan kemudian, aku katakan pada ayah “Pergi aje, yah. Tak payah berhenti lagi”. Dan ayah pun terus meluncur pergi.

Dan sekarang, inilah jadual pembelajaran aku untuk semester ini

Monday

FICB213 FICB213 AFRB223 AFRB223 AMAB223 AMAB223

Tuesday

ECMB223 ECMB223 AMAB223 AMAB223 AFRB223 AFRB22

FICB213 FICB213

Wednesday

ATXB213 ATXB213 ECMB223

Thursday

ISSB232 ISSB232 ATXB213 ATXB213

July 3, 2009

Bak Kata Pepatah Orang Tua Dulu...


Salam dan hello dunia!

Hari ini, aku telah melakukan satu perkara yang aku sendiri tak percaya yang aku dah lakukan perkara tu (kau orang faham ke apa yang cuba aku sampaikan ni). Ah, ok. Begini ya anak-anak. Aku amatlah menitik beratkan kefahaman kalian semua. Aku nak kau orang faham dengan setiap apa yang aku tulis. Kalau kau orang tak faham, buat apa aku menulis. Baik aku bebel sorang-sorang atau pun tutup saja blog ini. Okeh? Tapi aku taklah sejahat itu untuk menutup blog ini buat selama-lamanya sebab aku tau kau orang sangat suka bila mendengar aku membebel. Hahaha… Sekarang ni, musim orang perasanlah, Deqna. Saya dah berjangkit dengan kamu. Ingatkan selsema babi aje yang boleh berjangkit. Tak sangka, penyakit perasan pun boleh berjangkit.

Okeh, aku sudah meletakkan titik di situ. Maaf, ya. Titik. Bukan t*t*k. Hahaha…Okeh, okeh. Aku siyes. Sudah jauh aku menyimpang daripada jalan yang benar.

Mula-mula, macam ni. Pagi-pagi lagi aku dah bangun untuk menghantar ibu dan ayah aku pergi kerja. Selalunya mereka pergi kerja menaiki kereta sendiri tapi hari ini kereta ibu aku hantar ke bengkel untuk dicat. Sejak Kak Ngah bawa kereta ibu sampai excident (agak teruk ya keadaan kereta itu hinggakan memberi kesan pada aircond), bumper ibu sudah bertukar ke warna hitam (warna badan silver tapi bumper hitam). So, tadi aku hantar cat untuk mengembalikan semula warna asal kereta itu (hampir setahun jugalah kereta itu cacat warnanya).

Panjangnya permulaan cerita yang aku tulis ni. Bak kata Yazith Su Anaz, lantak u ols la. Ini blog aku. Hahaha, sorry ya. Ini bukan adegan kopikopi seperti kata kamu sebelum ini. Ini hanya mengambil sedikit daripada kata-kata kamu. Ingat, ya. Hanya sedikit. Bukan berbukit-bukit.

Cubalah klik kat banner bawah ni. Kau orang akan tahu apa yang aku lakukan sejak 3-4 hari lepas. Mula-mula, rasa macam takut-takut untuk sertai tapi aku memang jual top up kat UNITEN. Tapi aku cuma jual Maxis dan Celcom RM10 saja. Reload RM5 aku tak jual. Memandangkan ramai yang minta RM5 untuk topup, makanya aku sertai business ini. Lepas ni, taklah aku menghampakan mereka untuk membeli. Okeh, sudah selesai penerangannya.

Lepas hantar ibu dan ayah, aku pergilah kedai fotostat nak fotostat flier (betul ke aku eja macam ni?) untuk diedarkan pada orang ramai (aku letak flier ini di masjid memandangkan hari ini hari jumaat dan pada pandangan aku, ramai yang akan berminat). Dan aku berjaya mengedarkan flier itu walaupun setakat ni hanya seorang saja yang menghubungi aku untuk menanyakan tentang ini. Tapi pada aku orang itu macam tak siyes aje. It’s okeh, Azri. Usaha lagi! Chaiyok2!!! Jangan putus asa. Kau jotos aje kepala orang tu seperti kata Ayisy. Kalau nak ikut kata Lil^Grizzle, “Nama Beliau Ialah Azri Azlan”. Tak siapa boleh lawan. Hahaha, poyo aje aku. kalau nak ikut Shawn pula, 'suka-suka'. Apa yang suka sangat tu, Shawn? Hahaha...


July 2, 2009

Jom Sertai Aku


Untuk maklumat lanjut tentang banner yang aku dah copy and paste kat bawah blog aku tu, silalah layari laman web yang ada kat bawah ni. Aku dah siapkan link. Kalau berminat, contactlah aku ya? Aku boleh terangkan.

Best Doh



Sekarang, aku dah tak suka berjalan-jalan lagi okeh.
Sekarang, aku suka nonton nur kasih online kat website tv3.
Sekarang, aku nak kau orang nonton sama-sama dengan aku.
orait?

Permulaan Julai

Tiga atau empat hari lepas, aku ada berjalan-jalan di pusat beli-belah yang agak terkenal di Batu Pahat atau lokasi yang specifiknya adalah Summit Parade. Di situ, aku menemani Kak Ngah(Mira Azlan) yang ingin membeli sepasang sepatu buat menemaninya ke kelas. Jadi, aku dan dia ke sebuah kedai yang agak kurang pembelinya. Aku rasa di situ lebih sesuai untuk melihat dan memilih kasut yang cantik…

Tidak lama selepas itu, aku mendengar suara orang lelaki menjerit nama aku dari jauh. Lagaknya seperti orang dewasa walhal dia sebaya dengan aku. Mungkin kini dia sudah bekerja, bukan belajar lagi seperti aku.

“Azri!!!”. Suara itu sangat kuat hinggakan aku terpanggil untuk menoleh ke arah suara itu.

“Eh, kau ****. Kau sorang-sorang aje ke?” tanya aku. Sudah hampir 2 tahun tidak berjumpa kerana masing-masing sudah membuat haluan sendiri.

“Taklah, dengan tu hah” katanya merujuk kepada seorang perempuan yang sedang membeli air. Dan pada pandangan mata aku, perempuan itu berada dalam kategori cantik (jangan salah faham ye? Cantik tak semestinya paras rupa saja dan aku mendefinisikan cantiknya dia dengan cara berpakaian dan gaya).

Oh, si **** rupanya. Kata aku dalam hati. Si perempuan sekadar memberikan senyuman buat aku. Aku kenal teman wanitanya itu. Dia dan aku menjawat jawatan yang sama ketika di sekolah dulu. Cuma dia muda setahun daripada kami membuatkan aku dan dia tidak rapat walaupun pernah bekerjasama sebagai satu pasukan.

Usai pertemuan itu, aku berfikir dan terus berfikir. Bagaimana si gadis(seorang pengawas yang garang dan dibenci oleh budak-budak nakal) boleh jatuh cinta dengan si lelaki walhal si lelaki itu terkenal dengan sikapnya yang nakal di sekolah. Walaupun nakal, dia baik hati. Aku kenal dengan lelaki itu kerana kami pernah sekelas suatu ketika dulu (tingkatan 1 dan 2). Hanya tingkatan 3, 4 dan 5, kelasnya jatuh ke tangga 3…

So, moral of the story nya, aku dan kau orang tak boleh berfikir yang bukan-bukan pasal seorang budak yang nakal. Hahaha, sikap aku ni memang typical melayu betul kan?

July 1, 2009

Bosan Sungguh!!!


Aku bosan. Buka Utusan Malaysia online, banyak artikel tentang MJ@Jacko atau apa-apa saja yang menggambarkan selebriti itu. Ah, biarkanlah beliau bersemadi dengan aman. Buka blog kawan itu, cerita tentang beliau. Buka blog kawan yang ini, pasti terselit cerita tentang beliau. Ah, aku bosan!!!