1. Kalau anda jadi orang terkaya di dunia?
Sedekah pada orang yang hidupnya susah. Then, tubuhkan Yayasan Azri Azlan. Yayasan ni untuk mereka yang suka berangan. Aku nak jadikan angan-angan mereka satu kenyataan. Taklah jadi macam Mat Jenin. Boleh ke? Merepek sudah…
2. Kalau anda jadi orang terseksi di dunia?
Setakat ni, belum pernah lagi orang cakap aku ni seksi. Kalau lain, adalah juga. Tapi ada seorang lelaki pernah cakap, dia stim berbual dengan aku. Bodoh. Aku maki dia time tu jugak. Kan dah tak pasal-pasal kena maki.
3. Kalau anda perlu terjun tingkat ke-100 untuk membuktikan cinta anda?
Aku bukan bodoh untuk menilai cinta seperti itu. Aku masih punya keluarga dan agama yang menjadi paksi utama. Menangis ajelah. Buat apa nak bunuh diri?
4. Kalau orang kata blog anda teruk nak mampus?
Terima kasih aku ucapkan…
5. Kalau keluarga anda yang menentukan teman hidup anda.Kira perkahwinan yang ditetapkan keluargalah?
Terima saja jodoh itu dengan tangan yang terbuka. Mungkin ini jodoh yang terbaik buat aku. Siapa tahu?
6. Kalau tiada lagi hari esok?
Aku redha dengan ketentuan ALLAH. Nak bertaubat pun dah terlambat.
7. Kalau orang yang anda benci berada di depan anda?
Akan aku katakan seperti ini “weh, asal aku benci giler kat ko? Bukan benci biasa-biasa tau. Tapi benci gila, sial”.
8. Kalau anda berpeluang masuk Fear Factor dan makan benda-benda pelik?
Tak pernah bermimpi nak masuk fear factor.
9. Kalau ibubapa anda tiada pada pagi esoknya?
Dia orang pergi kerja awal-awal pagi doh. Aku bangun tidur aje pukul 10.00 pagi. Mana tak…
10. Kalau anda berjumpa dengan orang artis/selebriti yang paling anda minati? Nyatakan nama artis/selebriti tersebut.
Speechless sebab aku ni pemalu doh. Kristine Hermosa(suka dengan lakonan air mata dia), Maya Karin(suka dengan wajahnya yang ayu), Beyonce Knowles(suka lagu one night only), Enrique Iglesias(suka suara dia) & Marcus Shenkenberg(suka lekuk pada dagu dia).
11. Kalau diberi lesen untuk membunuh, siapa yang akan anda bunuh?
Benci tak adalah sampai nak membunuh. Gilalah…
12. Kalau orang kata anda kacak/cantik?
Ucapkan terima kasih. Lepas tu, cakaplah dia juga kacak/cantik. Sebenarnya, dia nakkan pujian daripada kita sebab tak ada orang kata dia kacak/cantik…
13. Kalau anda ada penyakit AIDS pada usia yang muda?
Sumpah, weh. Aku belum pernah buat seks berlainan jenis ataupun sejenis. Hahaha…
14. Kalau anda berpeluang menikmati makan malam yang romantik?
Makan sampai sendawa. Then, baru menikmati suasana malam tersebut.
15. Kalau anda terpaksa mengorbankan cinta anda untuk orang lain?
Bersyukur kerana aku sudah berjaya menyatukan mereka.
16. Kalau anda memenangi anugerah, dan anugerah apa yang anda inginkan?
Tak nak anugerah apa-apa. Prestasi aku tak boleh dinilai dengan anugerah semata-mata. Cukuplah sekadar kepuasan bagi diri aku sendiri…
17. Kalau anda berpeluang mengahwini bangsa asing? Bangsa asing mana yang anda inginkan?
Nak yang macam Kristine Hermosa, Maya Karin & Beyonce Knowles, boleh tak?
18. Kalau anda terpaksa berpisah dengan orang tersayang?
Masih ada sinar kebahagiaan untuk diri aku. Biarkan dia pergi dengan hati yang rela…
19. Kalau ramai yang tidak puas hati dengan anda kerana mereka cemburu dengan anda?
Biarkan ajelah. Tak kuasa nak melayan mulut puaka ni…
20. Mengenai orang yang tag kamu ni?
Yaziith su anaz
Sudah 3 kali beliau tag saya. Lepas ni, tag la banyak-banyak ye?
21 : Sekarang aku tag :
Pengikut setia…
2 comments:
uit.....
spe yg stim 2..gay ke...lalalalallaala....~
bnyk la ko. dia la. bkn aku. hahaha...
dia tgh tgk pmpuan time tuh. dlm masa yg sama, dia tgh bebual dgn aku. tu la yg dtgnya ayt bodoh dia tu...
Post a Comment