May 8, 2009

Balik, Pulang. Go Back, Blah

Nama gadis ini ialah Farhana. Tapi aku panggil dia Fana. Orang Johor Bahru. Masih single lagi(kata dia). Dia ni sempoi. Kepala selamba. Boleh dilayan. Nak tau satu rahsia tak? Semester lepas, dia dapat 4 flat. Setiap semester dapat anugerah dekan. Hebat, kan? Kadang-kadang, jeles dengan si Fana ni. Kau makan apa eh, Fana boleh pandai? Nak jadi pandai macam kau, boleh? Ahaks...


Gadis ini pula bernama Atika. Aku panggil dia Tika. Tika & Fana ni roomate. Aku kenal Fana melalui dia la. Tika ni rajin skype dengan aku. Tapi tu dulu-dulu la. Sekarang kita orang dah malas nak skype. Kalau ada apa-apa, mesej atau telefon aje. Tika ni ok. Kepala selamba juga.



Dalam kereta api dari Segamat, Johor menuju ke Johor Bahru. Picture ni ditangkap oleh Tika. Rajin kau tangkap gambar aku, Tika. Tak payah aku upah jurugambar.


Masa ni tengah tunggu lif nak masuk/keluar(aku tak pasti). Dekat City Square, Johor Bahru. Kami macam budak skema, kan?


4 comments:

yaziith su anaz said...

takpe je jadik budak skema.



:DDDD

Aisyahumairah said...

mcm sweet jer cite ni....mase tak boleh nk ulang tapi kenangAN boleh dikenang...........

.cEkgu.dEQna. said...

ha'ah..skema skit jerk..kui3 ;P

Anonymous said...

biar skema dr poyo bro.
undi setuju?
peace.