May 22, 2009

Tak Sengaja

Petang tadi, aku pergi ke pusat beli-belah bersama-sama Kak Ngah untuk survey harga camera atau handphone. Tak banyak kedai camera di sini dan yang kami pergi hanya dua kedai saja. Itu pun kedai yang sama(Charlie) cuma lokasinya saja yang berbeza. Satu di Batu Pahat Mall dan satu lagi di Summit Parade.

Jalan punya jalan, bukan gadget yang aku beli tapi cardigan(betul ke nama baju ni cardigan?) aku hentam saja panggil baju sebab tak tahu pasal perkembangan fesyen. Mulanya, aku belek-belek T-shirt kat satu kedai. Nama dia Izumen. Then, aku belek pula cardigan ni.



Kak Ngah : Kau tak nak beli ke? Cantik kalau kau pakai.
Azri bermonolog : Eleh, dah tahu cantik belikanlah. Ni tak…
Azri : Tak naklah. Kelakar. Nampak macam koya.
Kak Ngah : Apa yang koyanya? Lawalah.
Azri : Tak pelah. Aku try dulu.
Dah siap try, aku tunjukkan kat dia.
Azri : Tak nampak koya ke kalau aku pakai?
Kak Ngah : Taklah. Biasa aje aku tengok.
Dek pujian Kak Ngah yang tak seberapa tu, aku pun beli.
Hahaha, aku ni main beli aje tapi tak berani la nak pakai yang over-over macam ni. Entah-entah, cardigan ni bakal menerima nasib yang sama dengan aku punya mafla ni. Kesian dia. Asyik duduk tergantung dalam almari…



6 comments:

mira azlan said...

ak x kate pn lawo ea..ko yg nak bli..

yaziith su anaz said...

haha.


terpesong.

.cEgu.dEQna. said...

mcm selendang org pompuan jerk..ahahha

aZRi aZLaN said...

alahai, deqna. laki pun bole pakai la...
kan trend skrg...

.cEgu.dEQna. said...

ye,saye tau la en.azri...
sjer je nk samekan ngan slendang..
;P

aZRi aZLaN said...

deqna;
hahaha, jht!