May 21, 2009

Tentang Hati Part 1



Hati aku sudah pandai merindu. Ya, merindu pada seorang gadis yang disatukan oleh teman-teman. Mereka(teman-teman) seboleh-bolehnya mahu melihat aku bahagia. Melihat aku gembira, melihat aku senang di samping gadis yang aku sayangi dan juga menyayangi aku. Mereka kata, kesian melihat aku yang masih lagi keseorangan(aku tak kisah keseorangan tapi kenapa mereka sangat kisah?) Jawapannya, kerana mereka sayangkan aku. Ya, aku tahu itu.

Dia seorang gadis yang luar biasa. Pada mata aku, dia sangat sempurna. Cantik wajahnya, manis senyumannya, putih kulitnya dan kecantikan itu dilengkapkan dengan lesung pipit di bahagian pipi kanan. P N A nama dia. Nama itu secantik orangnya…

Ceritanya begini…
Lokasi ; Auditorium UNITEN.

Acara ; Malam Kesenian dan Kebudayaan.
Masa ; 9.00 malam.


Aku menghadiri majlis ini bersama-sama roommate, Ariff dan juga kekasihnya, Muzrifah.


Muz : Azri, aku carikan kau girlfriend nak tak? Aku kesian tengok kau sorang-sorang.


Azri : Eh, tak naklah. Kau ni. Aku masih sayangkan dialah, Muz. Aku masih tak boleh lupakan dia. Sebab
tu sampai sekarang aku masih tak ada pengganti.

Muz : Ala, Azri. Sampai bila kau nak sorang-sorang macam ni? Kau tak jeles ke tengok kita orang?


Azri : Aku tak kisahlah, Muz (dalam hati; aku jeles tapi nak buat macam mana?)


Perbualan kami terhenti setakat itu saja. Bunyi bising bagaikan di disko membuatkan kami tidak selesa untuk menyambung perbualan. Tapi, sebelum keluar dari auditorium, Muz sempat bertanyakan soalan yang sama. Dan ketika itu, jawapan aku masih lagi sama iaitu tidak!

8 comments:

adibahrisha said...

jadi....sambung la lagi i nk tau.

Deqna said...

jgn tunggu lamalama..nanti lamalama..die diamik orang..lalala~~jgn mara ea..hehe..

.Gha A. said...

rindu itu kan bagus, satu terapi..
hehe~

shazclan @ shazwan said...

adoiyai....ko selalu bagi pembace ko tertunggu dan hilang arah tujuan kan bile bace entri ko nie...hahaha

aZRi aZLaN said...

to shazclan;
sabar, wan. sabar...

aZRi aZLaN said...

to adibahrisha;
sabar k. akn disambung...

to cEkgu.dEQna;
hahaha, nak bakar semangatku ke deqna?

to Lil^GriZzLe A;
bagus memang bagus, sis. tapi sakit...

Anonymous said...

wah!!
Puteri Nur A.......
sape la tuh..
cam kenal jek...
wahahahahaha
hbslah ko....
-xXpawangXx-

aZRi aZLaN said...

to

anonymous aka pawang;
la, dak batch kita kenal la...
rugi tol kalo xknl...
hahaha...