Beberapa minggu selepas itu, kami bertiga(aku, ariff dan muz) minum petang di sebuah kedai makan yang dipanggil CRK di kalangan penduduk tempatan. Ketika itu, kami baru saja habis exam…
Azri : Muz, kau carikanlah aku girlfriend.
Kata aku tiba-tiba. Dia yang sedang makan, berhenti seketika.
Muz : Betul ni? Hah, aku kenenkan kau dengan A nak tak? Dia pun suruh aku carikan teman lelaki. Kau orang memang ada jodohlah.
Azri : Hah? Dia tak ada boyfriend?
Aku terkejut. Mana mungkin gadis sempurna macam dia masih lagi memegang title single.
Muz : Ya, dia cakap dengan aku semalam. Kalau kau tak percaya, kau tanya Ariff.
Ariff : Betul. A memang cakap macam tu kat Muz. Aku sendiri dengar.
Azri : Hah, kalau macam tu kita orang kawan ajelah dulu. Muz, kau ada nombor phone dia? Bagi
kat aku. Tapi aku kawan dulu tau dengan dia.
Muz : Ok
Dengan senang hati, Muz pun bagi nombor telefon P N A kat aku. Pada mulanya, aku takut-takut nak hubungi dia. Tapi entah macam mana. Satu malam. Aku hantar mesej kat dia. Ketika itu, hanya ALLAH saja yang tahu. Hati aku bergetar dan berdebar. Macam-macam dah bermain di fikiran aku. Apa reaksi dia?
5 minit.
10 minit.
30 minit.
Mesej itu tidak berbalas. Aku sedikit hampa.
5 comments:
alaa,,suka wat org tertanya2,,ahaha ;P
cepat ler sambg ea..;P
sabar, deqna...
skali lagi ak kene menunggu...waaaa
wahahaha....
aq dah bce!!
hbslah ko!!!!!
keh3
to
shazwan;
sabar, wan. sabar...
pawang;
xhbs pun pawang? aku ok je...
Post a Comment