Petang tadi, dalam pukul 3.00 petang, aku, ibu, Kak Ngah(Mira Azlan), Iqa dan juga kembar ke pekan Ayer Hitam yang terletak kira-kira 35km dari rumah aku. Nak tau tak apa yang istimewa kat situ? Jom lihat gambar kat bawah…
Aku cuma pakai seluar pendek dan t-shirt saja untuk ke sana. Ibu cakap aku macam apek. Hahaha…
Jual, jual. 3 untuk RM 10. Murah, murah…
Nilah dia yang istimewa kat pekan ni. Pekan Ayer Hitam pernah keluar kat Majalah 3 kerana ianya terkenal dengan bantal, bear, pasu dan macam-macam lagi barangan rumah yang lain. Sediakan duit saja jika mahu ke sini…
Kakak aku yang senget, Mira Azlan. Aku tengah belek-belek bear, dia sibuk nak tangkap gambar dengan aku. Nah, ambik kau. Haish…
Dia pun nak jugak. Alahai, si senget. Hahaha…
Gambar Pooh kat sebelah atas tadi tak cukup besar? Nah, aku bagi kau orang Pooh yang paling besar kat kedai ni. Harga dia RM100++…
Yang ini harganya RM150.
Readers, please ignore my acne at my neck. I really hate it. Oh, God.
Back to the story, Biha dah terkam yang ini. Tapi Pooh jenis ni cuma ada seekor saja. Kalau aku belikan yang lain untuk Jiha, mesti dia orang jeles. So, tak jadi beli yang ini. Ok, sayang?
Biha dengan nyonya penjual. Dia sibuk nak bawa Pooh tu. Tapi Pooh tu lebih besar daripada badan dia. Kesian, kan? Tapi nyonya ni kata, Biha anak aku. Sengal punya nyonya. Hahaha...
Tengok sajalah gambar ni. Seboleh-boleh dia nak bawa. Lastly, dia terjerit-jerit kat situ suruh aku bawakkan.
At last, aku beri satu. Nak bawa dua-dua, dia tak larat. Yang kat tangan aku tu, untuk Jiha. Jiha tak ada kat dalam gambar sebab dia dah hilang dengan ibu. Ibu kat sebelah depan agaknya tengok pasu. No wonderlah Biha panggil aku ayah, kan?
Ini ibu dengan Jiha. Ibu terkejut tengok aku dah beli Pooh untuk Jiha dengan Biha. Dia kata, kat depan ada yang murah dan lebih besar daripada yang aku beli. Tapi aku dah tengok, kualitinya tak sama.
Lepas nampak Biha pegang Pooh, Jiha pun nak pegang juga. Aku dapat pegang plastik aje…
Ibu aim tempat duduk orang tu. Dia kata cantik. Cantik memang cantik tapi ibu kata bahaya sebab adik-adikku sungguh baik. Dia takut pecah. So, tak jadi beli…
Ibu: Cantik juga pasu yang orang tu duduk.
Aku: Memang cantik. Belilah, bu.
Ibu: Tapi kacalah. Takut pecah. Adik kau kan baik-baik belaka. Karang pecah. Tak payahlah…
Kak Ngah: Azri, kau tak nak ambil gambar kat situ ke?
Aku: Kat mana?
Kak Ngah: Kat situlah.
Aku: Ok, cepat-cepat. Iqa, kau jaga Biha kejap.
Dan inilah hasilnya…
Iqa. Dia ni suka berangan. Kata dia, dah besar nak jadi artis. Tapi tak pandai sebut ‘R’. Hahaha…
Jiha: Biha, kau tengok apa tu?
Biha: Aku tengah tengok Ultraman ni. Aku nak suruh abang belilah. Tapi aku takut nak cakap.
Jiha: Kalau kau nak, kau cakaplah kat abang. Mesti abang belikan. Tapi dua tau. Sebab aku pun nak jugak.
Jiha & Kak Ngah...
Aku ternampak key chain ni. Terus beli. Walaupun key chain yang lagi satu tu masih tak ada lagi pemiliknya, aku nak beli jugak. Tak kira. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Ahaks…
p/s: ada adik kembar ni, semuanya double. Tak boleh beli satu je. Tak adillah, kan?
6 comments:
hah.
saya penah pegi situ.
best.
nanak bear yang 15o tuh.
buley?
:)))
kLk0 nyer bl0g kaw...
adoyaii,,npe ckp ak x pndai sbot r...ngok r mok(azri)neYh..huk3
ewah2,,,
besnyee dye jejalan ngan family..=)
can i ask sometin,,pekan ayer itam tue kat BP gak ker??
dia still dlm daerah bp. kalau kamo nak pegi, jlnyer trs aje. bole naik bas ke kluang@ayer hitam...
haha..pasni ko wat cite pasal linau plak ea...hahahah
Post a Comment