September 1, 2009

Kemalangan…












Kira-kira pukul 2 petang tadi, aku dan keluarga kemalangan di kilometer 17, Jalan Segamat-Kuantan. Kami tak cedera teruk, sekadar terhantuk. Kepala aku terhantuk ke stereng kereta sebab aku yang drive. Biha terhantuk kat dashboard sebab dia dipangku Adib. Agak kuat sebab aircond kereta patah. Manakala ibu, ayah & Jiha duduk dibelakang. Mereka juga terhantuk. Mujur hantukan kecil. Jiha & Biha menangis. Terkejut barangkali.

Tapi bukan salah aku okeh* tak nak ngaku. Memang betul bukan salah aku. Sebenarnya macam ni. Aku dah lupa nak cerita tentang kejadian. Ya, memang betul aku tak jaga jarak dengan kereta depan. Tapi aku sempat brek sebab aku bawa taklah laju sangat. Dalam 70 km/j. Had laju yang dibenarkan ialah 90lm/j.

Masa tu, kereta berderet. Dalam 10 buah kalau tak silap aku. Then, bila sampai satu tempat, ada sebuah kereta Kancil di hadapan berhenti untuk belok ke kanan. Aku tak perasan dia ada bagi signal atau tidak sebab pandangan aku dihalang oleh Mercedes Benz di hadapan. Ah, lupakan tentang Kancil laknat itu. Yang aku perasan, Mercedes Benz di hadapan brek secara mengejut. Aku pun apa lagi. Dengan kudrat yang ada, harus tekan brek dengan mengejut juga. Mujur tidak hentam Mercedes Benz itu. Di situ, kepala kami sudah terhantuk. Tiba-tiba, aku dengar bunyi kuat dari belakang. Tubuh kami terdorong ke hadapan sekali lagi. Aku tergamam. Bila aku tengok cermin tengah, ada kereta Honda hentam pula. YA ALLAH!!! Aku panik. Ah, kali ini tak boleh mujur-mujur lagi. Daya dari belakang lebih kuat dan bahagian hadapan kereta ayah menghentam Mercedes Benz itu.

Kami semua speechless semasa kejadian. Jantung aku bergetar. Ibu tak. Dalam takut-takut, dia turun kereta terus ke kereta depan (Mercedes Benz).

“Kenapa awak brek emergency?”.

Aku dengar ibu berkata seperti itu. Tapi aku tak dengar apa jawapan pemandu itu. Aku cuak habis. Yalah, aku langgar Mercedes. Mati ayah aku nak ganti. Tapi kereta itu sihat dan kuat. Tuan dia minum kopi jantan agaknya (yang ni tak ada kena mengena. Iklan semata-mata). Dia pun blah macam itu aje. Sekarang ni, antara aku dengan Honda di belakang.

Then, kami semua turun. Penumpang Honda di belakang kami memaki hamun. Entah siapa yang dia maki. Mereka sekeluarga juga. Pemandunya perempuan. Honda itu teruk. Sebelah kanan keretanya remuk habis. Pak aji (dalam pertengahan 50-an), pemandu perempuan (pertengahan 20-an), anak perempuan (awal 30-an), 3 orang cucunya. Pak aji itu kata mahu selesai tepi. Ayah okeh aje.

Selepas beberapa minit sesi perkenalan, ayah dan pak aji itu bertukar nombor telefon. Tapi dalam pukul 4.00 petang, pak aji itu telefon. Mahu buat laporan. Ayah pun buat laporan di Balai Polis Trafik Daerah Segamat.

Jalan Segamat-Kuantan sangat bahaya okeh. Walaupun tegak seperti tiang dan buluh, tapi pada aku sangat bahaya. Di situ ramai yang pecut, lipas kudung dan bawa kereta gila-gila termasuk aku. Sebelum bertolak, ibu dah pesan patuhi had laju sebab cuti umum sempena kemerdekaan. Lepas itu, harus diceramah oleh ibu. Kak Long & Kak Ngah belum lagi ni. Antaranya;

“lepas ni, jangan bagi Azri bawa kereta lagi”. Dalam hati, mati la tak boleh jalan-jalan lagi lepas ni.

“lepas ni, jadikan pengajaran. Jaga jarak dengan kereta depan. Jangan bawa laju-laju bla bla bla”. Yang ni, masih boleh diterima.

“lepas ni, naik bas! Tak payah hantar sampai Muadzam!”. Hah, yang ni aku tak boleh terima sebab aku tak suka naik bas yang macam haram itu.

p/s: Kepala aku masih lagi sakit akibat hantukan itu. Aku terduduk bila ayah cakap kos untuk baiki keretanya mencecah RM4000. Risau dah kepala otak aku bila ayah cakap macam tu. Tapi, dia cakap boleh claim insurans kereta Honda itu sebab hentaman dari belakang. Baru aku rasa lega. Syukur, ALHAMDULILLAH.

6 comments:

aque said...

syukur semua selamat....
tu yang penting kan.....
jage diri...
jage jarak anda juga...
hehhehehe
selamat beposew...
n selamat hari rayew...
:D

Dee Abu Bakar said...

Azlan.. skang pown handsome jugak lar.. :) Tu ler..next time drive kete aty2 ckit k..

puteri_kebayan said...

hati2 yer lain kali..
biha nangis sb terhantuk kat dashboard...
sakit tau!!!
kesian dia
saya pernah rasa sakit itu...

Jo said...

janji anda sehat.










:)

aZRi aZLaN said...
This comment has been removed by the author.
aZRi aZLaN said...

to;

aque
terima kasih atas pesanan anda itu. sangat saya hargai. selamat berpuasa dan hari raya juga buat anda dan keluarga.

baby boneka;
maaf ya baby. nama saya azri. azlan adalah nama ayah saya. terima kasih atas pujian p;)

peteri kebayan;
ya saya tahu. saya akan ingat pesanan anda. kesian kat dia. so far ibu cakap dia tak apa-apa.

yazith;
ya. kami sekeluarga sihat dan selamat...