September 10, 2009

Singgah Seketika

Dah lama aku tak update blog. Maafkan aku ya kawan-kawan. Aku bukan sengaja untuk tidak mengupdate blog. Aku ada alasan aku sendiri. Huh, terasa rindu pula nak menulis dan membebel di sini. Nak tak kalau kita nyanyi sama-sama lagu Dafi yang berjudul Bila Terasa Rindu. Hah? Tak nak? Oh, tak apa. Jom baca bebelan aku.

1. 1. Ada 2 kuiz dan 4 midterm

Bayangkan, dalam seminggu, aku ada 2 kuiz (Management Accounting+Intermediate Financial Accounting 1) dan juga 2 midterm (microeconomics+Islamic Studies). Itu baru 1 minggu (Alhamdulillah, dah lepas). Belum lagi minggu ni. Minggu ni pula, aku ada 2 midterm (Malaysian Taxation 1+Management Accounting). Aiyo, itu pun nasib baik aku dapat ‘skip’ midterm Malaysian Taxation disebabkan demam. Bukan ‘skip’ sesuka hati aje tahu. Aku dapat MC 2 hari (9/9/09-10/9/09). Tapi, nak tak nak, minggu depan kena ambil. Hari Sabtu pula (12/9/09), ada projek memasak bubur lambuk. Projek ini salah satu perkara wajib bagi pelajar yang mengambil subjek Islamic Studies dan ianya membawa markah yang agak tinggi dalam Coursework Mark (tak pasti, dalam 15-20%).

2. 2. Demam yang sangat pelik

Tak batuk, tak selsema. Tapi ada kahak yang bercampur darah. Tekak perit. Bila tidur, hidung tersumbat dan susah nak bernafas. Dah pergi klinik, doctor cakap demam biasa. So, aku dah tak risau.

Dahlah, setakat ini dulu. Jumpa lagi di lain masa. Bye!

p/s: Aku dah lupa password nak masuk blogger. Nasib baik dapat masuk sebab aku ada catat kat handphone. Sengal, bukan?

2 comments:

NORHAYATI BERAHIM said...

orang muda ni macam mak datuk, password blogger pun boleh lupa, orang muda pun boleh lupa..abis yang da OTAI..macam akak ni apa lagi...

aZRi aZLaN said...

wah, NB lawat blog saya. satu penghargaan buat saya. terima kasih ya, NB.

hahaha, lupa sebab tak selalu update. ni la padahnya. OTAI? hahaha,