February 13, 2009

Cara aku luah perasaan...

Saya nak jadikan awk yg halal bg diri saya. Awk mcm ne? Nak? Saya tak boleh berjanji nak berikan harta kekayaan pada awk dan anak-anak kita kelak. Tp saya berjanji akn berusaha utk memberikan awk kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Saya tak boleh berjanji nak berikan awk ‘garden wedding’ yg macam awk nak tu. Tapi sy berjanji akan berikan satu majlis walimatulurus yg tidak boleh kita berdua lupakan. Saya tak boleh berjanji nak berikan awk gelang, rantai atau pun cincin emas mahupun berlian. Tapi saya berjanji akn berikan awk seluruh hati dan jiwa saya. Saya tak boleh berjanji akn menyintai awk sepenuhnya tapi saya berjanji akan setia pada awk sampai akhir hayat saya.

Kwn saya penah cakap. Kenapa saya tak pernah sentuh tangan awk kalau kita keluar sama-sama. Dia ckp saya kolot. Mcm org tua dulu-dulu. Tapi saya tak pernah kisah pun apa yg dia orang cakap sebab saya sayangkan awk sepenuh hati saya. Buat apa saya sentuh tangan awak sedangkan kita masih haram antara satu sama lain? Saya tak nak cemarkan kesucian wanita yang saya cinta dan sayangi hanya kerana nak buktikan pada kwn2 saya yang saya ni betul-betul lelaki sejati. Lantaklah apa yg dia orang nak cakap pasal saya. Saya hanya nak yang terbaik buat kita berdua. Saya harap, awak pun sama jugak.
Tapi bila saya dapat tahu awk keluar dengan ‘abang’ awk sambil berpegangan tangan, fikiran saya mula resah. Hati saya pulak gelisah masa tu. Setahu saya, awk takda abang sebab awk kan anak sulung daripada tiga orang adik-beradik. Adik-adik awk semuanya perempuan pulak tu. Dari mana pulak datangnya ‘abang’ awk tu? Awk cakap kat saya, dia abang angkat awk. Tapi kenapa perlu sampai berpegangan tangan? Dengan saya, tak pernah pulak awk buat mcm tu? Siap main kuis-kuis lagi rambut awk yg hitam pekat tu. Mungkin saya lelaki yang tak sempurna di mata awak. Lepas ni, saya akan belajar untuk menjadi lelaki yang sempurna di mata seorang wanita walaupun saya tau, tak semua orang sempurna kat dunia ni.
Bila saya tengok awak manja-manja dengan dia, saya cemburu sangat. Mungkin kita takda jodoh. Mungkin dengan saya, awk tak dapat belaian mcm tu. Yalah, saya ni kan kolot. Sama yang macam kwn2 saya cakapkan tu. Sebab tu agaknya awk cari lelaki lain. Tapi takpalah. Saya reda sbb ALLAH dah tunjukkan sikap awak yang sebenarnya. Saya maafkan semua kesalahan awak dan saya halalkan makan minum awak sepanjang kita bersama. Awak, saya reda…

No comments: