February 27, 2009

Geramnya aku!!!

Awal-awal pagi lagi aku dah bangun dari tidur. Sekitar jam 6.45 pagi, aku dikejutkan oleh ibu untuk solat subuh. Selepas itu, aku dah tak boleh nak lelapkan mata(aku pun pelik kenapa tak boleh nak lelap. Selalunya, bantai sambung tidur lagi). Semalam, aku pesan pada ibu. Lebih kurang macam ni la dialog tu…

“Bu, esok pagi *** nak hantar ibu pegi sekolah”.
“Kenapa?”
“Nak oinjam kereta sebab nak pegi Pejabat Mara dengan Pejabat KPDNHEP”.
“Ok. Bangun awal. Lambat, tinggal”.
***adalah symbol untuk nama panggilan aku di rumah. Tak boleh bagitau…
Seperti yang dijanjikan, aku ke Pejabat Mara pada jam 9.30 pagi untuk selesaikan masalah tentang pinjaman pelajaran mara yang aku terima beberapa bulan yang lalu. Sekadar nak komen, mungkinkah pengurusan pihak mara mempunyai apa-apa masalah? Nak tunggu keputusan pinjaman layak@tidak lambat, nak terima duit pun lambat macam siput babi hingga berbulan lamanya.
Tolonglah pihak yang bertanggungjawab. Jangan sampai masalah ni berulang lagi pada masa hadapan. Dah lama sangat masalah ni berlaku. Aku dengar kat berita hari tu, MARA telah memperuntukkan berjuta-juta ringgit bagi pinjaman pelajaran. Tapi kenapa duit tu lambat diberi pada yang layak? Ingat! MARA adalah nama singkatan bagi Majlis AMANAH Rakyat. Kena amanah!

2 comments:

Mohd Noorshazwan said...

marah nmpk...relak2...duit tue kt ner..bese ar bender camnie..nme pown nk wat pinjaman...sabo ea cik Azri..but i want to figure out what this *** symbol it is...haha...ak nk taw gak...

p/s:english ak hancus ar...sowey ea..

mira azlan said...

mksud *** nie laaaaaaaa...
ak brtau ea..hahahha....