February 11, 2009

Aktiviti hujung dan awal bulan...

Aku ada 2 buah cerita yg ingin dikongsikan dgn kalian. Pertama, cerita tentang Persatuan Silat Seni Gayong yg baru saja aku serai 2 minggu yg lalu. Menarik tentang persatuan ini adalah aku daftar sekadar utk menjadi ahli shj tanpa bernafsu utk mengikuti latihannya. Tambahan pula, latihan itu diadakan pada setiap hari Khamis dan juga Jumaat malam. Sebab itulah, pada mulanya aku keberatan utk turun padang.

Ceritanya begini.
Sebelum cuti Tahun Baru Cina yg lalu, aku telah menerima panggilan daripada CT, bendahari persatuan Silat Gayong dan juga org yg bertanggungjawab ‘menarik’ aku utk sertai persatuan ini. Katanya lebih kurang seperti ini;
“Azri, kau nak ikut tak lawatan ke Perak anjuran Silat Gayong? Tempat masih ada banyak kosong ni”.
“Hah? Lawatan ke Perak? Bila?” tanya aku yg kehairanan. Tak pernah-pernah si CT ni telefon utk mengajak aku sertai aktiviti itu dan ini, tiba-tiba nama aku dipetik sekali. Hahaha, kira oklah tuh…
“30 hb Jan hingga 1 hb Feb ni. Hari Khamis kau balik Muadzam, Jumaat pagi kita gerak. Kita kat sana sampai hari Ahad. 3 hari aje” jawab si CT. ringkas tapi penuh dgn informasi. Padat!
“Hemm”.
Aku sedang berfikir ketika itu. Waktu itu, hanya ‘hemm’ saja yg dapat aku berikan. Dalam benak, masih lagi ragu-ragu dengan kemampuan diri yg baru pertama kali menyertai aktiviti yg dirancang oleh persatuan. Boleh ke aku buat? Boleh aku sertai? Hai, macam-macam lagilah yg mengganggu fikiranku ketika itu.
“Wei, ko nak pergi tak?” gesanya.
Mungkin dia terasa apabila aku diam saja di hujung talian padahal creditnya berjalan ketika aku berdiam diri sebentar tadi. Kalau aku cakap ‘tak nak’ ikut, korang rasa dia berapi tak? Hahaha, nasib baik aku ikut. Kalau tak, aku dah lama kena jurus penumbuk bisu dgn CT nih. Dia ni pemegang bengkung hijau tau.
“Ok” jawab aku akhirnya.
“Kau nak ikut? Betul ni?”. Nampaknya, member aku yg sorang ni beitu teruja setelah mendengar perkataan ‘ok’ dari mulut aku.
“Hah, nanti kalau ada apa-apa hal, kau roger akulah” kata aku lagi.
Panggilan tamat. Bermula dgn sesi bermonolog. Aku berfikir sekali lagi. Aku jawab ok ke tak tadi? Betul ke aku yg cakap ok? Ke Ct yg pandai-pandai? Hah, akhirnya aku terpaksa mengaku yg aku membuat keputusan dgn akal yg tak waras. Hahaha, sorry geng. Aku belum rasa enjoy lagi masa tu. Sbb tulah aku ckp mcm tu.
Hah, semuanya berjalan dgn lancar. Aku sgt enjoy sekali masa dlm perjalanan ke Ayer Kuning, Perak. Kat sana pun best jgk. Nak balik lagilah enjoy. Rasa mcm tak nak blk je. Tp esoknya aku ada kelas la wei (poyo giler ayat. Padahal, kelas tu dah ponteng sbb membuta. Hahaha…).

Cerita yg kedua, entri lain pulak ye?

No comments: