February 28, 2009

Menteri Kesihatan Malaysia







Y.B. Dato' Seri Liow Tiong Lai (2008 - Sekarang)
















Y.B. Dato' Seri Ong Ka Ting (2008)














Y.B. Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek (2004-2008)





Y.B. Dato’ Chua Jui Meng (1995-2004)


Y.B. Dato’ Lee Kim Sai (1990-1995)


Y.B. Tuan Ng Cheng Kiat (1989-1990)


Y.B. Dato’ Chan Siang Sun (1986-1989)


Y.B. Dato’ Mok Hon Kam (1986)


Y.B. Dato’ Chin Hon Ngian (1983-1986)


Y.B. Tan Sri Chong Hon Nyan (1978-1983)


Y.B. Tan Sri Lee Siok Yew (1972-1977)


Y.A.Bhg. Tun Hj Sardon b Hj Jubir (1969-1971)


Y.B. Dr. Ng Kam Poh (1968-1969)


Y.B. Dato’ Bahaman b Shamsudin (1964-1968)


Y.B. Tuan Abdul Rahman b Hj Talib (1962-1964)



Y.B. Dr Lim Swee Aun (1962)


Y.B. Dato’ Ong Yoke Lin (1959-1962)

Tun V.T Sambanthan (1957-1959)
sumber: Laman web rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia

February 27, 2009

Geramnya aku!!!

Awal-awal pagi lagi aku dah bangun dari tidur. Sekitar jam 6.45 pagi, aku dikejutkan oleh ibu untuk solat subuh. Selepas itu, aku dah tak boleh nak lelapkan mata(aku pun pelik kenapa tak boleh nak lelap. Selalunya, bantai sambung tidur lagi). Semalam, aku pesan pada ibu. Lebih kurang macam ni la dialog tu…

“Bu, esok pagi *** nak hantar ibu pegi sekolah”.
“Kenapa?”
“Nak oinjam kereta sebab nak pegi Pejabat Mara dengan Pejabat KPDNHEP”.
“Ok. Bangun awal. Lambat, tinggal”.
***adalah symbol untuk nama panggilan aku di rumah. Tak boleh bagitau…
Seperti yang dijanjikan, aku ke Pejabat Mara pada jam 9.30 pagi untuk selesaikan masalah tentang pinjaman pelajaran mara yang aku terima beberapa bulan yang lalu. Sekadar nak komen, mungkinkah pengurusan pihak mara mempunyai apa-apa masalah? Nak tunggu keputusan pinjaman layak@tidak lambat, nak terima duit pun lambat macam siput babi hingga berbulan lamanya.
Tolonglah pihak yang bertanggungjawab. Jangan sampai masalah ni berulang lagi pada masa hadapan. Dah lama sangat masalah ni berlaku. Aku dengar kat berita hari tu, MARA telah memperuntukkan berjuta-juta ringgit bagi pinjaman pelajaran. Tapi kenapa duit tu lambat diberi pada yang layak? Ingat! MARA adalah nama singkatan bagi Majlis AMANAH Rakyat. Kena amanah!

February 24, 2009

Bila Rindu Part 1


“Hai, awak. Apa khabar? Dah lama tak dengar suara awak. Rindunya saya kat awak. Eh, hari ni awak puasa ke tak”.

Suara Anees kedengaran lembut di hujung talian. Suara yang menusuk kalbu itu, jelas kedengaran di cuping telinga Azri. Kata-kata si dia diselang-selikan dengan hilai tawa yang berniat untuk mengusik. Aduh, betapa rindunya Azri dengan suara itu. Betapa lunaknya getaran suara milik si dia. Tahukah Anees apa yang sedang Azri rasakan sekarang ini?

“Hai, awak. Khabar baik. Saya sihat-sihat aje. Eh, mestilah saya puasa. Entah-entah, awak yang tak puasa. Maklumlah, tengah awal bulan macam ni. Awak rindu saya? Hisy, macam tak percaya aje. Betul ke ni? Awak dah fikir masak-masak?”.

Kali ni, giliran Azri pula mengenakan buah hatinya. Hilai tawa Azri yang agk keterlaluan ketika itu, bisa membuatkan hati Anees terguris sakit. Ah, biarlah. Biarkan Anees terasa. Hati Azri dah banyak kali terguris kerananya. Hati Azri juga dah banyak kali lara memikirkannya. Ah, biarkan.

Spontan, satu keluhan terluah dari mulut Anees. Azri boleh mengagak, kekasih hatinya itu sedang memuncungkan mulutnya. Lima tahun mengenali Anees, sudah cukup untuk membuatkan Azri mengenali gadis itu degan lebih dekat. Malah, Azri sudah boleh baca apa yang sedang bermain di fikiran Anees saat ini.

Tatkala hilai tawa Azri sudah mulai reda, Anees mula bersuara.

“Eeee, geramnya saya tengok awak. Azri, saya serius sekarang ni. Tapi awak main-main pulak. Saya betul-betul rindu kat awak, awak ketawa macam orang gila. Awk ni tak romantik langsunglah”.

Sah! Anees sudah mula merajuk. Muncung rajuknya yang panjang sedepa itu, kadangkala merimaskan Azri. SANGAT merimaskan. Entah kenapa, hati Azri sudah mulai hambar ketika si dia menelefonnya dua hari yg lalu. Mungkin kerana sikap si dia yang endah dan tidak endah ketika Azri menelefonnya dua hari yang lepas. Akhirnya, hatinya sendiri yang terusik.

“Awak? Apa ni? Saya cuma cakap aje. Bukannya betul pun. Yang awak nak marah-marah saya ni kenapa? Kalau awak rindu saya, apa yang boleh saya buat? Awak nak saya terbang ke sana dan jumpa awak disebabkan awak rindu kat saya? Habis, kalau saya yang rindu kat awak, macam mana pulak?”.

Suara kasar Azri terkeluar sedikit demi sedikit. Perasaan amarahnya sudah tidak boleh ditahan-tahan lagi. Takkan dia saja yg perlu memahami perasaan Anees? Habis, perasannya macam mana pula? Tidakkah itu mementingkan diri namanya?

"Dah dekat berbulan kita tak jumpa. Berbual kat telefon pun macam nak tak nak aje. Bila saya call, awak cakap awak sibuk dengan kerja. Bila saya mesej, awak cakap tak ada credit. Macam-macam alasan yang awak bagi. Sampai satu tahap, saya rasa macam nak lupakan aje apa yang pernah berlaku dalam hidup kita berdua. Apa yang dah berlaku pada hubungan kita sebenarnya?” asak Azri lagi.

Dia sangkakan panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan ditengah hari. Memang Azri akui, hubungan dia dan Anees banyak masalah sejak akhir-akhir ini. Biasalah, lumrah dalam percintaan. Adat resam orang muda bercinta, pasti bergaduh.

“La, awak ambil hati ke sayang?” balas Anees bagaikan tiada apa yang pernah berlaku. Perkataan ’sayang’ sengaja dilafazkan untuk mengambil hati lelaki kesayangannya itu.

“Saya bukan ambil hati tapi saya makan hati dengan sikap awak, Anees. Awak ni cakap tak serupa bikin. Hari tu cakap sayangkan saya tapi bila saya call awak, awak buat endah tak endah aje. Apa ni? Takkan awak sengaja nak main-mainkan perasaan saya?”.

“Saya memang sayangkan awak, Azri tapi…” kata-kata Anees termati di situ. Dia bagaikan tak mampu untuk bersuara lagi.

“Tapi saya tak mampu nak berikan komitmen untuk awak dan untuk perhubungan kita” sambungnya lagi.

p/s: kalau aku rajin, aku akan sambung cerita ini lagi. Buat masa ini, aku sibuk dengan peperiksaan dan juga manuskrip yang kedua. HAPPY READING...

February 23, 2009

Keliru Yang Teramat Sangat

Yang kat belakang tu bukan aku, ok?


Kawan-kawan cakap, aku comel...


Si dia cakap, aku cute + handsome...


Aku cakap, aku handsome...


Tapi, yang mana satu aku?


Aku pun dah keliru sangat ni...


Korang boleh bagitau aku tak yang mana satu diri aku?


Tolong...

February 18, 2009

Jejak Warisan...


Masa dalam perjalanan ke Ayer Kuning, Perak...



Di rumah Cikgu Mat...

Rumah peninggalan Dato' Meor Abdul Rahman...
Di hadapan Makam Panglima Hitam...

Selesai latihan silat ketika jam menunjukkan pukul 12** a.m...


Bersarapan sebelum pulang...

February 16, 2009

10 tahun akan datang...

Yang mana satu kedudukan aku pada masa akan datang? Hahaha, kalau korg nak tahu, aku ni memang suka sangat berangan. Kadang-kadang tu, akal aku ni boleh berangan memikirkan perkara yang entah apa-apa. Tapi aku akan pastikan angan-angan aku tu menjadi kenyataan satu hari nanti. Insyaallah…

Ha, carta ni aku dapat masa aku layari laman web Jabatan Akauntan Negara. Kalau korg nak tengok, lawatilah (www.anm.gov.my). Kat dalam laman web ni, ada serba sedikit maklumat tentang perakaunan, akauntan dan yang sewaktu dengannya. Aku dah aim satu tempat kat dalam carta tuh. Hahaha, berangannya aku. Korg plak aim tempat yang mana satu? Jangan lebih tinggi dari aku sudahlah ye? Lawan taukeh nampak? Tapi aku rasa ni utk budak2 accounting je kot. Budak2 kos lain aku tak pasti korg bleh join ke tak. Hahaha…

Kalau korg rajin, lawatilah laman web Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (www.kpdnhep.gov.my) dan juga laman web (www.myipo.gov.my). Dua-dua laman web ni yang selalu aku lawati. Kalau tak ada kerja, aku bacalah apa yang patut kat dalam laman web tu. Interesting huh?

February 15, 2009

aku si bujang libra

OKTOBER
  • cukup seimbang
  • suka kepada orang yang sayang padanya*
  • suka ambil jalan tengah*
  • sangat menawan dan sopan santun*
  • kecantikan luar dan dalam*
  • tidak pandai berbohong dan berpura-pura
  • mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan*
  • sentiasa suka berkawan*
  • hatinya mudah terusik, tapi merajuknya tidak lama*
  • ada kala cepat marah
  • macam mementingkan diri sendiri*
  • tidak menolong orang kecuali diminta*
  • suka melihat dari perspektifnya sendiri*
  • tak suka terima pandangan orang lain*
  • emosi yang mudah terusik*
  • suka berangan-angan dan pandai bercakap*
  • emosi yang kelam kabut
  • daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan)
  • suka melancong, bidang sastera dan seni*
  • pengasih, penyayang dan lemah lembut*
  • romantik dalam percintaan*
  • mudah terusik hati dan cemburu*
  • ambil berat tentang orang lain*
  • suka kegiatan luar
  • sukakan keadilan
  • boros dan mudah dipengaruhi persekitaran*
  • ada kalanya mudah patah semangat*

p/s: yang bertanda * benar-benar melambangkan diri aku...

February 13, 2009

Cara aku luah perasaan...

Saya nak jadikan awk yg halal bg diri saya. Awk mcm ne? Nak? Saya tak boleh berjanji nak berikan harta kekayaan pada awk dan anak-anak kita kelak. Tp saya berjanji akn berusaha utk memberikan awk kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Saya tak boleh berjanji nak berikan awk ‘garden wedding’ yg macam awk nak tu. Tapi sy berjanji akan berikan satu majlis walimatulurus yg tidak boleh kita berdua lupakan. Saya tak boleh berjanji nak berikan awk gelang, rantai atau pun cincin emas mahupun berlian. Tapi saya berjanji akn berikan awk seluruh hati dan jiwa saya. Saya tak boleh berjanji akn menyintai awk sepenuhnya tapi saya berjanji akan setia pada awk sampai akhir hayat saya.

Kwn saya penah cakap. Kenapa saya tak pernah sentuh tangan awk kalau kita keluar sama-sama. Dia ckp saya kolot. Mcm org tua dulu-dulu. Tapi saya tak pernah kisah pun apa yg dia orang cakap sebab saya sayangkan awk sepenuh hati saya. Buat apa saya sentuh tangan awak sedangkan kita masih haram antara satu sama lain? Saya tak nak cemarkan kesucian wanita yang saya cinta dan sayangi hanya kerana nak buktikan pada kwn2 saya yang saya ni betul-betul lelaki sejati. Lantaklah apa yg dia orang nak cakap pasal saya. Saya hanya nak yang terbaik buat kita berdua. Saya harap, awak pun sama jugak.
Tapi bila saya dapat tahu awk keluar dengan ‘abang’ awk sambil berpegangan tangan, fikiran saya mula resah. Hati saya pulak gelisah masa tu. Setahu saya, awk takda abang sebab awk kan anak sulung daripada tiga orang adik-beradik. Adik-adik awk semuanya perempuan pulak tu. Dari mana pulak datangnya ‘abang’ awk tu? Awk cakap kat saya, dia abang angkat awk. Tapi kenapa perlu sampai berpegangan tangan? Dengan saya, tak pernah pulak awk buat mcm tu? Siap main kuis-kuis lagi rambut awk yg hitam pekat tu. Mungkin saya lelaki yang tak sempurna di mata awak. Lepas ni, saya akan belajar untuk menjadi lelaki yang sempurna di mata seorang wanita walaupun saya tau, tak semua orang sempurna kat dunia ni.
Bila saya tengok awak manja-manja dengan dia, saya cemburu sangat. Mungkin kita takda jodoh. Mungkin dengan saya, awk tak dapat belaian mcm tu. Yalah, saya ni kan kolot. Sama yang macam kwn2 saya cakapkan tu. Sebab tu agaknya awk cari lelaki lain. Tapi takpalah. Saya reda sbb ALLAH dah tunjukkan sikap awak yang sebenarnya. Saya maafkan semua kesalahan awak dan saya halalkan makan minum awak sepanjang kita bersama. Awak, saya reda…

Koleksi rumate2ku. Hahaha,p:)



Hah, ni la bob aka nadhir. Dia ni ex-roomate aku masa 1st sem foundation kat UNITEN. Korg nak tau tak sesuatu tentang dia? Kejap2. Aku nk mintak izin kat tuan punya badan dulu. Bob, aku citer pasal ko bleh x? Aku citer yg baik2 la tentang ko. Xkan nak citer yg xbaik plak. Huhuhu…

Bob ni baik hati. Jujur. Tapi kadang2 tu, ada gila2 sikit. Hah, kalo kepala gila dia da dtg, alamatlah. Bknyer apa, aku pun mls nak lyn propa dia. Cter nak lebat je. Dgr mcm guruh berdentum kat langit. Hahaha…
Tulah bob. Aku senang kwn dgn dia tp masuk 2nd sem, kita org dah tak sebilik lg sbb aku n dia berlainan kos. Dia amek business, aku plak accounting. Mcm ada yg xserasi kat situ. Tp, dia ni ok…

Yang ni plak Faiz Rabani aka Reban. Hahaha, panggilan reban ni kita org dpt masa tgh bebual 4 org. time tu ada aku, ariff, hafiz n si faiz. Dia ni ex-roomate aku gak masa 2nd sem, special sem, n 1st sem degree. Kita org mampu bertahan selama 3 sem aje di atas sbb2 yg tertentu. Huhuhu…
Si faiz ni pun ok gak orgnya. Yelah, setiap manusia ada kekurangan dan kelebihan masing2. Semangat setia kwn sgt kuat dlm dirinya. Bak kata org, dia akn lebihkan kwn dia dulu berbanding diri sendiri. Hah, mcm tu la kiranya…


Ni plak ariff, my current roommate. Dia ni ada 1 perangai yg aku xsuka. Ariff ni kwn yg baik tp ada masa2nya, dia angin tak tentu pasal. Hah, kalo dia tgh angin tu, tahan je la telinga. Kalo bkn salah kita pun, dia akn marah. Siot je ek? Kalo la aku ni tak sabar, dah lama dia kena jurus penumbuk bisu dgn aku. Huhuhu, tp aku ni kdg2 jahat gak. Aku suka ambil kesempatan kat dia. Yelah, dia ni budak scholar. Kalo aku tak paham pasal pelajaran, dia mesti ajar aku. Hah, mcm tu la caranya aku ambil kesempatan kat dia. Jgn fikir negative ok?

p/s: korg pnye rumate plak mcm ne?

February 11, 2009

Aktiviti hujung dan awal bulan...

Aku ada 2 buah cerita yg ingin dikongsikan dgn kalian. Pertama, cerita tentang Persatuan Silat Seni Gayong yg baru saja aku serai 2 minggu yg lalu. Menarik tentang persatuan ini adalah aku daftar sekadar utk menjadi ahli shj tanpa bernafsu utk mengikuti latihannya. Tambahan pula, latihan itu diadakan pada setiap hari Khamis dan juga Jumaat malam. Sebab itulah, pada mulanya aku keberatan utk turun padang.

Ceritanya begini.
Sebelum cuti Tahun Baru Cina yg lalu, aku telah menerima panggilan daripada CT, bendahari persatuan Silat Gayong dan juga org yg bertanggungjawab ‘menarik’ aku utk sertai persatuan ini. Katanya lebih kurang seperti ini;
“Azri, kau nak ikut tak lawatan ke Perak anjuran Silat Gayong? Tempat masih ada banyak kosong ni”.
“Hah? Lawatan ke Perak? Bila?” tanya aku yg kehairanan. Tak pernah-pernah si CT ni telefon utk mengajak aku sertai aktiviti itu dan ini, tiba-tiba nama aku dipetik sekali. Hahaha, kira oklah tuh…
“30 hb Jan hingga 1 hb Feb ni. Hari Khamis kau balik Muadzam, Jumaat pagi kita gerak. Kita kat sana sampai hari Ahad. 3 hari aje” jawab si CT. ringkas tapi penuh dgn informasi. Padat!
“Hemm”.
Aku sedang berfikir ketika itu. Waktu itu, hanya ‘hemm’ saja yg dapat aku berikan. Dalam benak, masih lagi ragu-ragu dengan kemampuan diri yg baru pertama kali menyertai aktiviti yg dirancang oleh persatuan. Boleh ke aku buat? Boleh aku sertai? Hai, macam-macam lagilah yg mengganggu fikiranku ketika itu.
“Wei, ko nak pergi tak?” gesanya.
Mungkin dia terasa apabila aku diam saja di hujung talian padahal creditnya berjalan ketika aku berdiam diri sebentar tadi. Kalau aku cakap ‘tak nak’ ikut, korang rasa dia berapi tak? Hahaha, nasib baik aku ikut. Kalau tak, aku dah lama kena jurus penumbuk bisu dgn CT nih. Dia ni pemegang bengkung hijau tau.
“Ok” jawab aku akhirnya.
“Kau nak ikut? Betul ni?”. Nampaknya, member aku yg sorang ni beitu teruja setelah mendengar perkataan ‘ok’ dari mulut aku.
“Hah, nanti kalau ada apa-apa hal, kau roger akulah” kata aku lagi.
Panggilan tamat. Bermula dgn sesi bermonolog. Aku berfikir sekali lagi. Aku jawab ok ke tak tadi? Betul ke aku yg cakap ok? Ke Ct yg pandai-pandai? Hah, akhirnya aku terpaksa mengaku yg aku membuat keputusan dgn akal yg tak waras. Hahaha, sorry geng. Aku belum rasa enjoy lagi masa tu. Sbb tulah aku ckp mcm tu.
Hah, semuanya berjalan dgn lancar. Aku sgt enjoy sekali masa dlm perjalanan ke Ayer Kuning, Perak. Kat sana pun best jgk. Nak balik lagilah enjoy. Rasa mcm tak nak blk je. Tp esoknya aku ada kelas la wei (poyo giler ayat. Padahal, kelas tu dah ponteng sbb membuta. Hahaha…).

Cerita yg kedua, entri lain pulak ye?

February 9, 2009

Lidahku Kelu Tak Terkata

Sekarang, aku berada di dalam perpustakaan bersama-sama seorang teman yang sedang menyiapkan assignmentnya. Aku sekadar menemani sambil membuka beberapa website di sudut perpustakaan itu. Mengemas kini friendster, tagged, myspace dan juga emel. Itu adalah kerja aku tatkala melihat pc yang banyak kosong di situ. Usai meng’approve’ dan men’reject’ di ruang kenalan sebentar tadi, aku lantas membuka utusan online. Sudah beberapa hari aku menyepikan diri daripada dunia luar. Surat khabar tidak dibeli, televisyen juga tiada di apartmen. Yang ada hanya internet yang semacam siput gaya pergerakkannya. Lambat mengalahkan siput babi.

Aku baru saja baca tentang pergolakan politik yang berlaku di Perak. Karpal singh nak saman Sultan Perak? WTF? Terkejut beruk aku mendengarnya. Hai, macam-macam dunia sekarang nih. Aku pun dah tak tau nak kata apa sementelah aku tidak mengetahui situasi yang sebenarnya. Nak mengetahui dgn lebih lanjut, internet pulak lambat. Hai, berserah ajelah. Moga pergolakan politik di Perak dapat diselesaikan dengan aman tanpa apa-apa masalah.
Aku bukannya nak hidup seperti katak di bawah tempurung namun aku terlalu sibuk dengan aktiviti harian dan juga mingguan. Sejak aku menjadi ahli persatuan seni silat gayong uniten, aku semakin sibuk. Latihan silat setiap hari khamis dan jumaat hinggakan hari minggu yang lepas aku banyak habiskan di atas katil kerana kepenatan. Selepas ini, aku akan bercerita pula tentang ahli keluarga aku yang baru dua minggu aku sertai. Aku berasa seronok dengan mereka.