January 28, 2009

Apabila cinta diuji...

Sudah hampir setahun aku membiarkan diri ini memegang title ‘single’. Pejam celik, pejam celik, aku sudah lama menyepikan diri dlm dunia percintaan. Bak kata org tua-tua, darah masih muda. Kadang-kadang tu, timbul rasa cemburu tatkala melihat teman-teman lain asyik masyuk bercinta. Ke sana dgn teman wanita, ke sini juga bersama teman wanita. Aku pula? Aku pula masih lagi sendirian dan setia pada yg satu. Entah sampai bila, aku sendiri pun tak tahu. Kepada ALLAH aku berserah segala-galanya.

Siapa yg tak nak bercinta? Ada pasangan, ada teman berbual saat suka atau duka, siapa yg tak nak? Aku tak nak cerita sebab apa kami putus sebab masing-masing ada salah sendiri. Tu aje yg boleh aku cerita. Kalau aku cerita lebih-lebih, takut mengaibkan pulak. Ya tak?

Selepas si dia, aku masih lagi belum bertemu dgn mana-mana manusia yg bisa membuatkan jantung ini bergetar. Ya, bergetar! Satu perkataan yg boleh mentafsirkan cintanya. Bergetar saat bertemu dgnnya, berdebar saat bertentangan mata dgnnya, gugup apabila berkata-kata dgnnya. Ah, indahnya saat itu. Saat ini, aku masih lagi terkenangkan si dia! Tak mungkin cinta itu akan terpadam dgn mudah.
Kenangan lalu, tak bisa aku lupakan dari ingatan. Memori itu terlalu indah buat diriku. Dan biarlah memori itu aku jadikan kenangan yg menjadi milik kekal kami berdua. Walaupun hubungan kami setakat itu sahaja namun aku tetap sygkan si dia. Dan aku tau dia juga begitu. Orang cakap, first love memang susah nak lupakan. Mungkin ada benarnya kata-kata itu sebab aku dah pernah alaminya sendiri.
Bercakap tentang cinta, aku sudah ada pilihan hati aku sendiri sekarang ni. Tapi kami berdua tak ubah macam orang asing. Mungkin sebab masing-masing sibuk dgn rutin harian sampai nak bertanya khabar pun susah. Kalau aku msj@call dia, dia tak jawab. Begitulah sebaliknya. Adoiyai, aku rasa mcm dah malas pulak nak bercinta sampai satu tahap, aku anggap ‘love is nonsense’, ‘love make my life complicated’.
Tapi, bila difikirkan balik, mungkin ada hikmah disebalik semua yg terjadi. Aku tau ALLAH tu maha adil, maha penyayang pada hamba-Nya. Sebab tu Dia uji aku dgn perkara yg kecil mcm ni. Kalau benda kecil ni pun aku tak boleh nak handle, mcm mana aku nk jadi hamba-Nya yg bertaqwa? ALLAh telah memberikan nikmat secara adil pada setiap hamba-Nya. Mungkin aku tak bernasib baik dlm hal-hal yg melibatkan cinta. Siapa tau aku diberikan kelebihan lain?

January 27, 2009

cerita sebuah cinta?

Malam Tahun Baru Cina yang lalu, aku ada menonton sebuh cerita yang jarang-jarang sekali ditayangkan di kaca televisyen. Malangnya, tajuk cerita terebut aku sudah lupa. Sebuah cerita di NTV7 tentang seorang ibu tunggal yang bekerja sebagai tauke restoran nasi ayam Hainan dan juga tiga orang anak lelakinya. Kenapa aku kata jarang-jarang ditayangkan di kaca televisyen? Aha, kerana ketiga-tiga anak lelakinya itu adalah homoseksual. Cerita sebegini dapat menarik perhatian aku untuk menontonnya.

Pada permulaan cerita, si ibu telah memperkenalkan semua anaknya kepada penonton. Daniel yang sulung, Harry yang kedua dan Leo yang bongsu. Kasih sayang si ibu lebih sedikit pada anaknya yang bongsu memandangkan Leo masih lagi sekolah dan tinggal bersamanya. Dia juga turut bercerita tentang restoran nasi ayam Hainan miliknya yang terkenal dan juga perasan kecewanya terhadap anak-anak. Si ibu tau anaknya pengamal homoseksual tapi dia tidak boleh buat apa-apa melainkan berdoa dan menilik nasib, dengan harapan si anak berubah menjadi lelaki normal. Si ibu juga cemburu apabila melihat seorang kawannya yang sudah menimang cucu.
“Suruhlah anak kau kahwin cepat-cepat. Kau kan ada tiga orang anak lelaki. Aku ni ada seorang saja anak lelaki. Kau lebih beruntung”.
Daniel bekerja sebagai seorang pramugara. Daniel ni tersangkut pula dengan seorang lelaki Inggeris. Harry pula berpasangan dengan Tim, seorang lelaki tempatan dan Leo jatuh cinta pada Batman, teman baiknya. Selepas itu, bermulalah konflik apabila si ibu telah berusaha untuk merubah kecenderungan Leo dengan mengajak Sabine (seorang gadis Perancis) supaya tinggal dengan mereka. Kehilangan Sabine tidak membawa apa-apa erti pada Leo sebaliknya, penghijrahan Batman ke luar negara benar-benar membuatkan Leo sebak. Berita Daniel akan berkahwin dengan lelaki Inggeris itu juga telah menimbulkan konflik dan tercetusnya pergaduhan antara ibu dan anak.
Akhirnya, si ibu terpaksa menerima ketiga-tiga anak lelakinya itu seadanya kerana soal hati dan perasaan tidak boleh dipaksa-paksa. Daniel juga telah membatalkan perkahwinannya dengan lelaki Inggeris tersebut demi menjaga hati ibu tersayang namun dia masih lagi meneruskan hubungan tersebut. Begitu juga Harry dan Leo.
Ianya boleh dijadikan panduan dan juga dapat mengenal mereka dengan lebih dekat. Aku tak mahu kondem golongan sebegini kerana mereka juga ada hati dan perasaan. Mungkin amalan hidup mereka telah terpesong jauh daripada landasan dan batas-batas norma kehidupan namun kita boleh membimbing mereka ke jalan yang diredai. Siapalah aku untuk menghakimi mereka…

January 23, 2009

Aku adalah aku

Jika dulu, langkah kaki ini tempang dan cacat
Langsung tidak berdaya utk berjalan, apatah lagi utk berlari
Aku dihina dan dicerca bagaikan sampah di jalanan
Aku dibiarkan melarat sendirian
Langsung tiada belas ihsan dan rasa perikemanusiaan
Sedikit demi sedikit aku bangkit
Aku kutip kembali semangat yg telah lama menghilang
Lalu aku bangkit dari kekalahan yg lalu

Kini, langkah kaki ini teratur dan tersusun
Langsung tiada cacat cela sbg seorang lelaki
Aku dipuji dan dibodek bagaikan seorang raja
Aku dibiarkan bermaharajalela di atas takhta
Langsung tiada gangguan daripada sesiapa
Sedikit demi sedikit aku mulai lupa diri
Aku dapat rasakan seperti di alam fantasi
Lalu aku kembali ke alam realiti
Aku adalah aku, takkan berubah menjadi orang lain…

January 22, 2009

seronok sangat!!!

Berhibur? Oh, tidak. Cuti hujung minggu yg lalu, aku tidak luangkan dgn berhibur. Ajakan teman serumah utk ke Kuantan terpaksa aku tolak dgn baik. Bknnya apa, mood utk itu terpaksa aku tukar dgn mood belajar kerana minggu ni ada 2 kuiz dan 1 midterm yg bakal aku tempuhi. Ah, sukarnya menjalani kehidupan sbg seorang pelajar universiti. Ianya bukan indah spt yg aku bayangkan suatu ketika dulu. Dan aku masih lagi dibelanggu rasa bersalah dgn diriku sendiri. Entah kenapa aku perlu berasa sedemikan rupa. Jawapannya tiada pada diriku.

Aku kini dalam kerinduan. Aku rindu pada keluarga yg tercinta. Ah, mereka semua seringkali bermain di mindaku. Lebih-lebih lagi dua orang baby kesayanganku, iaitu adik kembarku yg sangat comel lote. Rindu! Minggu ni, hampir 3 minggu aku tak pulang ke rumah. Aku bagaikan diserang ‘home sick’. Hatiku ini membara ingin pulang namun aku ada tanggungjawab yang perlu aku selesaikan di sini. tak mungkin aku akan mnyerah kalah dgn rasa rindu yg membuak-buak ini. Jiha dan biha, jgn nakal2 ye? Hehehe…
Cuti sempena Tahun Baru Cina semakin menghampiri. Seminggu aku akan bercuti. Ah, alangkah seronoknya jika aku kini berada di rumah!
p/s: esk aku blk!!!

January 17, 2009

Dunia kini semakin menggila…

Jika dilihat di dada akhbar, rata-ratanya bercerita tentang keganasan yg dilakukan oleh tentera Israel terhadap org awam Palestin(mereka kata serangan itu utk tentera Hamas tp akal kita boleh tafsirkan sebaliknya) . Gambar-gambar mangsa perang terlihat di sana sini hinggakan kita sendiri berasa ngeri utk menatapnya. Sekadar melihat saja sudah mampu merobek hati naluri, inikan pula rakyat Palestin. Mereka menanggung sendiri semua penderitaan itu. Boleh bayangkan?

Ah, dunia kini semakin mengganas. Mayat yg bergelimpangan itu adalah perhiasan bagi mereka (Israel dan sekutunya). Esak tangis kanak-kanak dan wanita adalah irama dan lagu bagi mereka. Pertumpahan darah bagaikan air yg mengalir tanpa apa-apa makna. Di mana letaknya hati dan perasaan mereka? Di mana letaknya sifat-sifat kemanusiaan mereka? Kenapa manusia hari ini semakin kejam? Mengapa? Apa sebabnya? Jawapannya, ada pada kita dan kita mampu berfikir tentang itu.

Umat Islam kini bagaikan buih-buih dilautan. Benarlah seperti apa yg disabda oleh Rasulullah. Kuantiti umat Islam yg ramai tidak mampu menepis bilangan mereka yg hanya beberapa kerat. Sekadar melihat dan tak mampu melakukan apa-apa utk membela diri hatta mempertahankan nama baik Islam. Kerana takutkan mereka, kita berdiam diri dan hanya terus mendiamkan diri tanpa usaha dan langkah berjaga-jaga. Mungkin kita perlu memuji langkah yg dilakukan oleh kerajaan dgn menyeru rakyat Malaysia supaya memerangi keganasan melalui khutbah Jumaat yg telah dilakukan selama dua minggu berturut-turut. Syukur…

Dunia kini semakin menggila. Sudah lama kita disogokkan dgn anasir-anasir negative mereka. Hanya kita saja yg tidak sedar akan hal itu. Tidak dapat lakukan dgn cara kasar, mereka lakukan dgn cara halus pula. Sedikit sebanyak, kita sudah terpengaruh tanpa kita sedari. Ah, begitu mudah sekali kita ditipu. Dan mereka pula, bertepuk tampar dan ketawa riang melihat kita umat Islam terpengaruh dgn pengaruh yg mereka bawa.

Saudara-saudaraku sekalian, kita tak mampu lakukan apa-apa. Sedakar menghulurkan derma, apalah sgt. Memberikan bantuan ketenteraan, jauh sekali. Kita bukan pemimpin, bukan sesiapa. Kita hanya ada kuasa utk menjatuhkan melalui ekonomi spt memboikot barangan Israel dan sekutunya. Jika ekonomi jatuh, mereka boleh jatuh tersungkur. Dgn ekonomi yg kukuh dan mantap, umat Islam pernah dijunjung dan disanjung suatu ketika dulu. Siapa kata kita tak boleh kembalikan zaman kegemilangan Islam? Siapa kata kita tak boleh kuasai ekonomi dunia? Semuanya tidak mustahil tapi dgn syarat, umat Islam harus BERSATU!

January 14, 2009

Menginstall Iman...

Pernah tidak kamu buka komputer hati, dan menemui sebuah virus yang mengacau program-program dan file-file di komputer hati kita? Virus yang bagaimana? Virus yang sentiasa buat hati tidak tenang namun suka dan cemburu. Kalau pernah, pasti virus itu virus merah jambu. Nak tahu virus apa itu?

Virus merah jambu atau virus cinta adalah salah satu jenis virus ganas yang mengakibatkan penyakit hati pada diri kita, dapat merambat ke seluruh network tubuh dan sangat sulit utk dihlangkan. Dari berbagai kes yang pernah ditemui, ternyata virus ini banyak ditemui pada usia-usia remaja sekitar umur belasan tahun. Lebih tepatnya virus ini banyak menjangkiti para TEENAGER yang tidak punya sistem pertahanan berupa software Iman.

Tapi survey juga membuktikan bahwa walaupun remaja-remaja tersebut memiliki software Iman, namun kerana jarang membuka file C:ImanCintaIlahi.Exe atau file C:ImanRajinIbadah.doc yang berada dalam paket software tersebut, maka akhirnya remaja-remaja tersebut terkena juga dengan didahului pertahanan iman yang cenderung menurun , dan virus merah jambu tersebar ke seluruh komputer hati mereka.

Next, kalau sudah begitu, apa yang terjadi? Maka mulailah virus ini bekerja mengacaukan sistem, program- program, dan file-file kita dengan selalu menampilkan gambar syaitan yang tertawa lebar, gembira melihat kegagalan kita meraih redha- Nya. Namun banyak juga yang suka dengan penampilan syaitan tersebut. Yang pada akhirnya virus ini membuat `hang' pusat sistem otak saraf dan akal mereka. Yang kalau itu terjadi, maka virus ini akhirnya dapat mengalahkan sistem otak saraf dan akal yang kita miliki. Me-nombor-satu-kan cinta pada sesama manusia, dan me-nombor-dua-kan cinta pada Ilahi. Tapi apakah itu semua dapat dicegah bagaimana caranya?

Yang mesti kamu lakukan pertama, iaitu hilangkan dulu file-file yang dapat menjadi pintu masuk virus ini, misalnya file cintadunia.exe. Lalu memasukkan CD anti-virus yang berisi file sahsiah.exe yang akan membersihkan sedikit demi sedikit virus cinta sampai ke akar-akarnya bila file tersebut dijalankan. Kalau anti virus tersebut tidak berhasil, maka kamu perlu menginstall kembali software imanmu. Kamu boleh pergi ke pusat-pusat yang menawarkan installer iman. Atau kamu boleh beli CD installer berisi file Aqidah.exe atau Imankuat.doc.

Kalau sudah berhasil diinstall, pastikan komputer hatimu bekerja dengan normal kembali. Dan supaya tidak berulang kembali, maka seringlah membuka file dakwah.exe dan ukhuwwah.doc agar hati kita sentiasa jernih dan tenang...


p/s: diberikan oleh kwnku sbg motivasi diri. bacalah, moga kita dpt manfaat...

January 11, 2009

my favourite songs

im yours by jason mraz

Well you done done me and you bet I felt it
I tried to be chill but you're so hot that I melted
I fell right through the cracks
And now I'm trying to get back
Before the cool done run out
I'll be giving it my bestest
Nothing's going to stop me but divine intervention
I reckon it's again my turn to win some or learn some

I won't hesitate no more, no more
It cannot wait, I'm yours

Well open up your mind and see like me
Open up your plans and damn you're free
Look into your heart and you'll find love love love
Listen to the music of the moment maybe sing with me
I like peaceful melodys
It's your God-forsaken right to be loved love loved love love

So I won't hesitate no more, no more
It cannot wait I'm sure
There's no need to complicate
Our time is short
This is our fate, I'm yours

I've been spending way too long checking my tongue in the mirror
And bending over backwards just to try to see it clearer
But my breath fogged up the glass
And so I drew a new face and laughed
I guess what I'm saying is there ain't no better reason
To rid yourself of vanity and just go with the seasons
It's what we aim to do
Our name is our virtue

I won't hesitate no more, no more
It cannot wait I'm sure
There's no need to complicate
Our time is short
This is our fate, I'm yours

Well no no, well open up your mind and see like me
Open up your plans and damn you're free
Look into your heart and you'll find love love love love
Listen to the music of the moment come and dance with me
I like one big family (2nd time: I like happy family)
It's your God-forsaken right to be loved love love love

I won't hesitate no more
Oh no more no more no more
It's your God-forsaken right to be loved, I'm sure
There's no need to complicate
Our time is short
This is our fate, I'm yours

No I won't hesitate no more, no more
This cannot wait I'm sure
There's no need to complicate
Our time is short
This is our fate, I'm yours, I'm yours


Could I Have This Kiss Forever by enrique iglesias

Over and over I look in your eyes
you are all I desire
you have captured me
I want to hold you
I want to be close to you
I never want to let go
I wish that this night would never end
I need to know

Could I hold you for for a lifetime
Could I look into your eyes
Could I have this night to share this night together
Could I hold you close beside me
Could I hold you for all time
Could I could I have this kiss forever
Could I could I have this kiss forever, forever

Over and over I've dreamed of this night
Now you're here by my side
You are next to me
I want to hold you and touch you taste you
And make you want no one but me
I wish that this kiss could never end
oh baby please

Could I hold you for a lifetime
Could I look into your eyes
Could I have this night to share this night together
Could I hold you close beside me
Could I hold you for all time
Could I could I have this kiss forever
Could I could I have this kiss forever, forever

I don't want any night to go by
Without you by my side
I just want all my days
Spent being next to you
Lived for just loving you
And baby, oh by the way

Could I hold you for a lifetime
Could I look into your eyes
Could I have this night to share this night together
Could I hold you close beside me
Could I hold you for all time
Could I have this kiss forever
Could I could I have this kiss forever, forever


Tanpa by Sixth Sense

resah yang ku
ubah dalam kata
melukiskan kesunyian
tanpa engkau aku tak mengerti

meski
pagi itu menatapi
akan sunyi tanpamu
menemani aku sepi

tanpa..
cintamu aku resah
tanpa..
kasihmu aku hampa
tanpa..
dirimu aku mati
hooo…

(ulang chorus x2)

Kini benar-benarku rasakan
dalam benuk hatiku tanpamu
aku tak mengerti
takut
takut jauh cari dirimu
kan kau tinggalkan aku sendiri
tanpamu ku mati
hooo…

resah yang ku
ubah dalam kata
melukiskan kesunyian
tanpa engkau aku tak mengerti


ayat-ayat cinta by rossa

Desir pasir di padang tandus
Segersang pemikiran hati
Terkisah ku di antara cinta yang rumit

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta
Ketika ku bersujud

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

Ketika ku bersujud


kuingin kamu by romance

Demi semua yang aku jalani bersamamu
Kuingin kau jadi milikku
Kuingin kau disampingku

Tanpa dirimu ku hanya manusia tanpa cinta
Dan hanya dirimu yang bisa
Membawa surga dalam hatiku

Kuingin engkau menjadi milikku
Aku akan mencintaimu
Menjagamu selama hidupku
Dan aku kan berjanji
Hanya kaulah yang kusayangi
Ku akan setia disini
Menemani…

Sentuhanmu
Bagaikan tangan sang dewi cinta
Yang berhiaskan bunga asmara
Dan membuatku tak kuasa

Di setiap arung gerak
Tersimpan di hati kecilku
Bahwa dirimu terindah untukku

Selama ku masih bisa bertahan
Selama ku masih bisa bernafas
Selama Tuhan masih mengijinkan
Kuingin selalu menjagamu

Selama ku masih bisa bertahan
Selama ku masih bisa bernafas

January 9, 2009

mangsa keadaan...

Pagi2 lagi aku sudah dikejutkan dgn bunyi suara ariff yg bagaikan guruh berdentum apabila berkata-kata melalui telefon. Dalam hati, aku sudah dapat mengagak, siapa pemilik suara yg berada di hujung talian. Suara itu juga kedengaran kuat hinggakan boleh kedengaran dari katilku. Ah, sudah. Kalau sedang bercinta, apa pun indah. Tapi bila pergaduhan tercetus, siapa pun dia tak hirau. Hai, manusia-manusia. Walaupun hatiku agak membara kerana waktu tidurku diganggu oleh manusia-manusia yg tidak berperikemanusiaan, aku masih boleh mengawal amarah itu. Yelah, masih awal pagi lagi. Takkan nak cetuskan pertelingkahan pula. Wahai hati, bersabarlah dikau menghadapi hari2 yg penuh dgn pancaroba kehidupan.

Sebetulnya, kami berempat sedang mengahadapi waktu2 yg sgt sukar. Serba serbi tak kena. Masing-masing mempunyai masalah yg sukar utk ditafsirkan. Entahlah, bukan tak cuba nak selesaikan tapi jalan dan caranya msh lagi belum ditemui. Aku juga begitu juga. Entah kenapa, hatiku begitu sensitif sejak kebelakangan ini. Apa yg mereka katakan, aku begitu mudah utk mengambil hati. Bkn bererti aku tak suka tinggal dgn mereka tapi… entahlah. Aku pun tak pasti apakah puncanya. Ya ALLAH, tegarkanlah hatiku ini…

Tiba-tiba, alarm telefon bimbitku pula berbunyi. Aku yg sememangnya sudah lama tersedar, segera mencapai telefon lalu bergegas ke sinki utk menuci muka dan bersugi memandangkan kelas englishku bermula pd pukul 8.00am spt yg tertera di jadual. Sambil bersugi, fikiranku ligat memikirkan sesuatu. Aku dapat rasakan seperti ada sesuatu yg tidak kena. Lama berfikir, barulah aku teringat. Assignment english msh lagi belum diprint. Memandangakn due datenya sudah hampir tiba, aku akn print kerja itu sebaik saja pulang dari kelas. Nasib baik teringat. Jikalau tidak, entah apa agaknya yg berlaku.

Selepas siap mandi, ariff pun bangun. Katanya, kelas English bermula pada pukul 9.00 am. Ah, sudah. Malas mahu berteka-teki, aku segera mengahantar sms kpd miss farah, lecturer subjek English. Beberapa minit menunggu, jawapan yg dinanti-nantikan sampai jua. Ya, kelas aku bermula pd pukul 9.00 am seperti yg dikata. Sambil itu, aku segera print assignment yg tlh aku siapkan smlm. Nasib baik, kelas mula lambat. Boleh jgk aku print assignment itu tanpa melengah-lengahkan masa. Sebaik saja kelas tamat pd pukul 10.36 am ( supposedly, my class end at 11.00 am), aku terus hantar assignment tersebut. Malas mahu bertangguh hingga ke due date. Jika ada aral, kan susah?

January 8, 2009

Flight Attendant Physical Requirements

ni ada serba sedikit info tentang flight attendant@steward@stewardess@pramugara@pramugari. memandangkan sesi interview hari tu aku gagal, aku pun wat research tentang kerja ni. so, ni la antara info yg boleh aku kongsikan utk korg.


A minimum physical requirement for becoming a flight attendant varies. Here are some guidelines with respect to the current airline requirements.


Weight and Health
Airlines used to have stringent height-to-weight guidelines for flight attendants; however, due to a number of recent discrimination lawsuits, most airlines are simply looking for your height and weight to be proportional.

Today, it is more important to be in good shape than to look like a super model. Airlines need people with the necessary strength to open emergency doors, the agility to attend to passengers in sometimes cramped working conditions, and the stamina to survive 16-hour days. An overweight or out-of-shape person may not have the necessary strength, agility or stamina to perform. We recommend getting yourself into good physical shape before initial training.

The airlines also want healthy people. You will be in contact with thousands of passengers each week, both in the airport and in small airplane cabins (most with recycled air). You will need a strong immune system to ward off illness and a healthy body to bounce back from sometimes grueling 4-day trips. A history of personal illness, drug or alcohol abuse, or a bad family medical history could dissuade certain airlines from hiring you.

All airlines are required by law to administer comprehensive physicals to new-hires. Before applying, make sure you are in good health and drug-free. If you do not pass the physical, you will probably be dismissed by the airline.

Height
Most flight attendants are between 5'2" and 5'9" tall. Outside of this normal range, certain airlines have minimum and maximum height requirements.

A very short person may have difficulty reaching the overhead compartments in an airplane, which are typically between 6' and 6'10" inches high. Some airlines have no minimum height requirement, but do require you to pass a reach test. The reach test is nothing more than a demonstration of your ability to reach all the necessary components inside an airplane's cabin.

You can perform a reach test on your own. Simply grab a tape measure, measure out a distance of 6'10" from the floor, and mark it on the wall. If you can reach the mark in bare feet, chances are you will pass any airline's reach test.

If you find you do not meet the minimum height requirement for any of the major airlines, do not let this discourage you. You can always apply to be a flight attendant for a commuter airline; commuter aircraft are much smaller, making height less critical.

Conversely, if you are a little on the tall side, most major airlines' maximum height requirement is right around 6’2". If you are taller than 6'2", keep in mind that you will be working in small galleys and may find it difficult to work 8-hour days in such a cramped environment.

roda hidupku...

Hari yg paling memenatkan dlm kamus hidupku sbg seorg manusia dan juga pelajar. Itulah yg dpt aku gambarkan dgn apa yg telah aku lalui pd hari ini. Keadaan bkn spt yg aku gambarkan pd mlm sebelumnya. Meh sini aku citer psl xtvt yg dah aku buat sehari suntuk ni. Damn tired ooo!

Tempat : desasiswa bistari, uniten kshas, muadzam shah, phg…
No bilik : DB3-02-04
Jam : 7.36am

Sedang enak aku diulit mimpi, alarm telefon bimbitku berbunyi nyaring. Maklumlah, nokia 2100. Mana tak nyaring. Aku segera mencapai telefon bimbit. Dgn harapan bunyi bising itu dapat dinyahkan dari telinga. Namun aku hampa kerana jam sudah pun menunjukkan pukul 7.36 am. Niat utk menyambung tidur terpaksa aku batalkan. Nak tak nak,
aku gagahkan juga langkah kaki ini menuju ke bilik air utk mandi. Melihat ariff (romate aku) yg sedang sedap melingkar mcm ular, sedikit rasa cemburu menjengah ke dalam diriku. Alangkah indahnya jika aku berada di atas katil. Oh, tuhan. Aku perlukan semangat!

Selepas bersiap-siap, aku mencapai buku dan juga nota. Sebelum itu, aku terpandang sehelai kertas jadualku bagi semester ni. Alamak, kelas aku pek hari ni. Pukul 8.00-10.00am nanti, aku ada kelas math. Then, 11.00am-2.00pm kelas law la pulak. Pukul 2.00-4.00pm ada kelas financial managemet. Ha, yg ni kelas ganti sbb last week ktorg cuti. Huh, pukul 5.00-7.00pm pulak ada kelas olahraga. Hah, bab ni yg aku mls sgt nih. Aku? Kita tgk jelah ye boleh ke tak aku berlari? Hahaha…

Tempat : desasiswa bistari, uniten kshas, muadzam shah, phg…
No bilik : DB3-02-04
Jam : 12.53am

Spt yg aku katakan, kepenatan mmg sedang bermaharajalela di dalam tubuhku ketika ini. Hingga nak taip entry pun aku mls. Inilah aku, azri azlan…


aku cinta, aku rindu...

January 7, 2009

mainan perasaan...

hari ini, aku hadapi waktu siang dan mlmku seperti kebiasaan. tiada yg istimewa, tiada pula yg aneh. hanya ada beberapa kejadian yg tidak manis utk aku coretkan di sini.

inilah aku, azri azlan. setiap hari, ada saja perkara yg perlu aku lakukan. sesuai benar dgn statusku sbg seorang pelajar. soalan tutor yg menimbun, assignment yg tak terkira banyaknya dan juga 2 buah peperiksaan mid-term yg akn aku hadapi minggu depan. tak lupa, 1 quiz. wah, nampaknya tiap masa dan saat aku terisi dgn perkara yg berfaedah, iaitu ulangkaji pelajaran(ada nada2 poyo di situ). walaupun aku ni bukanlah seorang pelajar yg rajin namun aku akn berusaha dan lakukan yg terbaik utk diri sendiri dan juga keluarga...

sesekali, aku mengeluh sendirian. mengeluh bukan kerana tak suka tapi mengeluh disebabkan oleh kerisauan yg sgt mengganggu kewarasan akal. jika aku tidak boleh jadi spt yg mereka harapkan, mcm mana? alahai, azri. take it easy. i trust you. you can do it. kata hati kecil, sekadar utk menyedapkan hati. aku juga risau dek semangat yg kian menurun sejak dua menjak ini. tahun baru yg baru saja menjelma beberapa hari lalu, langsung tidak mengkobar-kobarkan semangat aku. ah, apa yg tak kena dgn diri aku ni? serba serbi tak kena nampaknya.

rindu ke? ah, sudah. tak payah layan sgt perasaan tu...

ibu cakap, belajar dulu rajin-rajin. masa ni, jgn fikir pasal cinta. agk kolot cadangan itu tapi masih boleh diterima pakai. kwn cakap, bercinta tu boleh tapi nak kena pandai bahagikan masa. aku suka dgn yg ini tapi aku tak boleh buat spt yg mereka katakan. si dia pula kata, biarlah masa yg tentukan. kalau ada jodoh antara kita, tak ke mana. agak klise jawapan itu tapi aku masih boleh terima utk mengukuhkan lagi rasa cinta ini.


aku cinta, aku rindu...

January 2, 2009

my personal details...



inilah aku, azri azlan. kalo korg nk kenal aku dgn lbh dekat, add la aku kat fster n myspace, azri151089@yahoo.com. kat skype, azri151089, kat yahoo mesenger, azri15azlan89yahya...
once aku da create blog, nmpknya aku kena kongsi suka duka kehidupan aku kat korg. tak kiralah kehidupan aku sbg sorg pelajar atau apa pun status yg bkal aku sandang nanti. ok, kehidupan aku sbg sorg blogger baru saja bermula...
buah cempedak di luar pagar,
ada galah tolong jolokkan,
sy budak baru belajar,
kalau salah, tolong tunjukkan.
pak mat suka menanam ceri,
ceri ditanam di sebelah padi,
azri azlan nama diberi,
orgnya sederhana dan mencuit hati.
p/s: im happy...