August 30, 2009

Entry ini pendek

Pertama;

Nur Kasih semakin best. Semakin banyak adegan dan babak yang aku suka. Kata-kata Adam dan Nur juga banyak yang menyentuh hati. Kawan-kawan, jangan lepaskan menonton drama yang ditayangkan pada setiap hari JUMAAT jam 9.00 malam. Kalau terlepas, sila tonton di sini. Sebelum itu, anda perlu mendaftar sebagai ahli tv3 secara gratis.

Kedua;

Sudah mahu masuk 9 Ramadhan. Sekejap saja masa berlalu. Tapi berat badan aku masih lagi sama. Orang kata bulan Ramadhan ni bulan yang sesuai untuk berdiet. Betulkah?

Sila lihat gambar di bawah.

Aku masa 73.5 kg, tinggi 175 cm = Awal era 70-an.


Akhir Ogos 2008. Gambar ini diambil berukuran passport ketika aku ada temuduga dengan MAS. Dua hari sebelum puasa.

*ramai kawan cakap aku edit pic ni. Okeh. Suka hati. Aku tak pernah edit gambar. Mungkin taukeh kedai cuci gambar tu yang edit kot.

Semasa shopping raya dengan Kak Ngah. Pertengahan September 2008.

Seminggu sebelum Hari Raya 2008. Ketika ini, aku dengan kawan-kawan di berbuka puasa di Tanjung Lumpur dan bermalam di Teluk Cempedak.

Aidilfitri 2008.

Aku masa 79++kg, tinggi 175 cm (macam mana nak kekalkan berat badan dan menambah ketinggian?) = pengakhiran era 70-an dan bakal menghampiri era 80-an.


Perut semakin membuncit manakala jerawat makin naik.

Sudah cukup. Aku tak nak upload lebih banyak gambar lagi. Malu siot. Hahaha,J.

p/s: dua gambar di atas diambil dalam jangka masa setahun iaitu pada tahun 2008 dan 2009. Kalian rasa, penggunaan pil atau suplemen berkesan atau tidak untuk kesihatan lelaki? Sebagai contoh jamu, vitamin C, spirulina, atau apa saja produk. Sebelum ni, aku pernah makan jamu iaitu Jamu Kaplet Surut Mustika Ratu. Berkesan sebab aku seiringkan dengan senaman tapi bila ibu tau, ibu tak bagi makan sebab dia kata nanti badan kita jadi panas. Any idea? Vitamin C dan spirulina juga pernah ambil tapi vitamin C lambat nampak kesan manakala spirulina membuatkan badan aku berpeluh di samping harganya yang mahal. Sekarang, aku dah berhenti ambil ketiga-tiganya.

Ketiga;

Rindu pada si dia! Arghhh!!!!!!!


August 26, 2009

Nyonya dan Nenek


Gambar 1 (Nyonya)



Gambar 2 (nenek)



Apa yang dapat kalian rasakan jika melihat dua orang warga emas ini yang sedang duduk di stesyen bas? Apakah yang ada di kotak fikiran kalian jika kalian berada di tempat aku ketika itu? Tatkala orang lain yang seusia mereka sedang berehat-rehat di rumah, mereka berdua sibuk di luar rumah.

Nyonya itu sedang menjinjit beg plastic sebanyak 4-5 kesemuanya. Nyonya ini terpaksa berulang alik sebanyak dua kali untuk mengangkat begnya. Tidak penatkah dia? Kenapa bersusah payah mengangkat beg plastic ke sana sini? Di mana anak-anaknya?

Nenek itu pula sedang menunggu bas. Pada mulanya, aku sekadar memehatikan saja nenek itu seperti melayan perasaan. Tapi aku tak sampai hati. Bila dia toleh, dia seperti mahu menanyakan sesuatu pada aku.

“Kenapa, nek?”.

“Jam pukul berapa?”.

“Pukul 2.30”.

“Lama lagi nampaknya nak kena tunggu bas”.

“Nenek nak ke mana?”.

“KL”.

“Tiket pukul berapa?”.

“7.30”.

“Huh?”.

“Saya nak tengok tiket, boleh?”.

Nenek itu menghulurkan tiketnya pada aku.

Aku agak terkejut ketika itu. Tiketnya ke Kuala Lumpur pada pukul 7.30 malam tapi sekarang jam baru menunjukkan 2.30 petang. Aku mencongak sendirian. Masih ada 5 jam lagi. Aku mula berasa kasihan. Tak sampai hati. Kalau ikutkan hati, aku nak gantikan tiket nenek itu. Biar dia naik bas pukul 3.00 petang tapi wallet aku tidak mengizinkan. Apa boleh buat? Ketika bas aku bertolak ke Muadzam Shah pada pukul 4.00 petang, nenek itu masih lagi di situ. Menanti kedatangan bas untuk ke Kuala Lumpur dan bertemu dengan anaknya.

Aku tak tahu di manakah nenek itu sekarang. Sempatkah dia bertemu dengan anaknya? Berdasarkan perbualan kami yang singkat, nenek itu ada mengatakan yang anaknya mendesak supaya dia datang ke Kuala Lumpur.

Entah tiba-tiba, aku berasa sakit hati. Anak mendesak emak supaya datang melawat? Sudah terbalikkah dunia ini? Fikirkanlah. Kalian juga punya ibu dan ayah. Sepatutnya, di usia seperti itu mereka sudah boleh bersenang-lenang di rumah. Apalah salahnya jemput ibu di kampung dan membawanya ke rumah? Sampainya hati mereka membiarkan ibu itu menaiki bas seorang diri yang tidak tentu keselamatannya terjamin.


August 22, 2009

ILHAM HATI & CHINTA

Salam…

Ketika entry ini dicoretkan, aku baru saja usai bersahur. Berlaukkan ayam goreng, sayur masak air dan juga sambal bawang. Cukup ringkas sekali menunya, bukan? Dengar kata, ibu siapkan dalam masa tak sampai 20 minit. Ah, ketika itu aku ketiduran di dalam bilik dan hanya dibantu oleh Kak Ngah atau pun Iqa. Aku kurang pasti kerana mereka berdualah yang mnegejutkan aku dari tidur. Wah, enak sungguh menjadi lelaki. Pembaca sekalian, jangan menjadi seperti AZRI AZLAN kerana perangai beliau sangat tidak elok untuk diamalkan selalu. Kadang-kadang tu boleh la.

Sebelum aku merepek dengan lebih panjang lagi, aku ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK kepada semua pengunjung blog “DIARI HATI AZRI AZLAN” terutamanya kepada pengunjung yang beragama ISLAM. Semoga kita semua berada di bawah lindungan ALLAH S.W.T. dan sentiasa mendapat kebarkahan-NYA. Insyallah…

Sudah lama aku tak update blog. 2 hari. Entry yang lepas, aku hanya menceritakan tentang perkembangan terbaru adik kembar aku, JIHA & BIHA yang semakin banyak karenah dan ragamnya. Sejak dah pandai berkata-kata ni, macam-macam yang mereka mahukan sampai tak terlayan jadinya. Sebenarnya, banyak lagi gambar mereka yang aku tangkap ketika itu. Tapi tak semua boleh aku uploadkan di sini. Melampau la kan? Takut nanti ada yang kata aku ni syok sendiri pula.

Okeh, kali aku nak menulis pula. Terasa rindu nak membebel panjang dan menaip seperti kebiasaan. Untuk pengetahuan kalian, sepanjang jarang mengupdate blog, aku leka membaca novel karya DAMYA HANNA yang berjudul ILHAM HATI. Semua sedia maklum bahawa DAMYA HANNA adalah penulis kegemaran aku sejak novel pertamanya hadir. Untuk novel ini, aku memberikan beliau *** daripada *****. Entah, aku rasa aku tak layak nak memberikan ulasan tentang penulisan beliau yang telah menulis 6-7 buah novel sebelum ini memandangkan aku hanyalah seorang penulis picisan yang manuskripnya telah ditolak oleh sebuah syarikat penerbitan gergasi di tanah air beberapa bulan yang lalu.

Usai membaca ILHAM HATI, CHINTA pula menyusul minta dibaca. CHINTA, karya novelis terkenal NORHAYATI BERAHIM baru 61 bab aku baca daripada 142 bab kesemuanya. Setakat ini, hanya satu perkataan yang boleh aku katakan. BEST. Novel terbitan syarikat beliau sendiri, NB KARA SDN. BHD, ternyata memberikan aku satu kepuasan dalam membaca. Walaupun harganya mahal tapi setakat ini aku berpuas hati dengan buah tangan NORHAYATI BERAHIM. Kalau kalian rasa novel terbitan NB KARA mahal, sertailah ahli POPULAR dengan membayar yuran tahunan dan anda bakal mendapat 10-20% discount. Promosi ke? Ah, lantak! Dah aku suka, nak buat macam mana?

Jangan halang kalau ada yang suka membaca novel. Dulu, aku juga begitu. Merendah-rendahkan mereka yang membaca novel terutamanya novel cinta karya penulis tempatan. Sekarang, apa dah jadi? Akhirnya, aku gila dengan novel cinta setelah membaca OMBAK RINDU karya FAUZIAH ASHARI milik Kak Long.

p/s: Selepas menyelami cinta antara Rian dan juga Hanif dalam ILHAM HATI, aku selami juga cinta antara Chinta dan Raja Akid dalam CHINTA. Masukkan diri kalian dalam novel itu dan jadilah sebahagian daripada watak-watak yang dimainkan oleh penulis. Siapa sangka, dalam membaca sebuah novel yang dianggap remeh itu, air mata lelaki kalian mengalir membasahi pipi. Dan ketika itu, ego lelaki hanyalah sebuah mainan duniawi.

August 20, 2009

Jiha & Biha


Aku dah mula rindu kat budak dua ni. Minggu lepas, masa aku cuti, ibu tak hantar Jiha (pink) & Biha (merah) ke rumah Ummi mereka (penjaga) sebab aku cuti. Dekat seminggu aku jaga sementara ibu pergi kerja. Tak apalah, sekejap aje pun. Bila ibu balik dari sekolah, turn ibu pula yang jaga. Sekarang bila aku dah habis cuti, terasa rindu pula.


Masa ni, Biha tengah marah sebab Kak Long paksa dia nak bergambar. Jiha ok aje. Dia suka bergambar. Tengok gambar dia kat bawah ni. Sangat comel, bukan?



Biha dah cool sikit. Dah tak marah. Kalau tak, asyik cakap "nanak" aje bila Kak Long nak tangkap gambar mereka berdua. "Nanak" bermaksud tak nak (sesetengah orang aje yang faham sebab mereka cakap dalam bahasa baby). Hahaha...

Lepas aku pujuk, inilah hasilnya. Kak Long suka sebab Biha akhirnya nak bergambar dengan Jiha.

August 14, 2009

Entah Apa-apa



Aku akan ceritakan tentang dua orang tua ini di entry yang akan datang. Anda sebagai manusia yang punya hati, nilailah sendiri.

Aku cuti sekarang. Sehari lepas cuti, macam-macam perkara yang aku senaraikan termasuklah apa aktiviti yang perlu aku buat sepanjang cuti ini berlangsung. Aik? Kenapa aku suka ulang perkataam CUTI? Ingat! CUTI dieja sebagai C.U.T.I. Faham? Hah? Marah? Benci? Hahaha, aku dah berjaya buat kalian cemburu.

Aktiviti pertama aku adalah nak cat bilik ataupun dalam bahasa lembutnya kamar tempat aku beradu. Hahaha, tapi tak jadi hingga sekarang. Sebabnya? Apa lagi. Aku bangun tidur aje dah pukul 2.00 petang. Bila masa nak pergi beli cat, nak bancuh cat, nak cat bilik seorang diri. Ah, sungguh azab. Aku pernah mengecat rumah ketika tiga tahun lepas di bulan Ramadhan. Sungguh terseksa okeh. Tapi aku mengecat bukan sekadar bilik aje tahu? Nak tahu apa?

“Kalau kau nak cat bilik, cat dapur sekali. Dah lama sangat dapur tu tak bercat”.

Hah! Kalau macam tu, malas aku nak mengecat. Tu belum lagi kalau Jiha dan Biha datang mengacau. Habis satu rumah terkena cat nanti. Budak kembar dua ni bukannya boleh percaya sangat.

Aktiviti kedua adalah mahu mendaki Hutan Lipur Soga Perdana yang letaknya tidak jauh dari rumah aku. Hahaha, jangan harap! Bila dah terlentang depan T.V, layan Tom & Jerry, Sekar, Lolita, etc jangan harap aku nak keluar rumah. Mengular lagi baik sambil melayan Jiha & Biha. Huh!

p/s; Hari Jumaat ada kenduri arwah kat rumah atuk. Esok, aku kena pergi pasar awal-awal pagi sebab ibu kerja. Nak tak nak, terpaksalah aku korbankan masa dan tidur awal sedikit malam ni. Kalau tak bangun esok pagi, matilah kena bebel.

Kepada Kak Long & Kak Ngah, balik cepat sikit! Tolong aku uruskan benda ni. Ini bukan satu permintaan tapi satu arahan daripada aku!