September 14, 2011

Terlambat :)

Salam. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Maaf terlambat wish kat korang since aku rasa sangat malas nak update blog sejak beberapa bulan lepas ni. Raya pertama kelmarin, macam takde apa-apa. Maksudnya, sama macam hari-hari yang lain di mana kami semua berkumpul di rumah atok. Mungkin suasana kemeriahan balik kampung macam dah tak terasa sejak arwah nenek tiada. Mungkin juga masalah lain yang timbul sebelum raya tempoh hari.

Rumah atok dengan rumah aku tak berapa jauh sebenarnya dalam 10-15 minit perjalanan berkereta. Memandangkan ayah+ibu orang Batu Pahat, so senanglah kami semua tak payah nak sesak sesak di jalan raya atau hiway untuk pulang ke kampung. Kalau dulu, masa atok+nenek sebelah ayah masih ada lagi, best jugak. Malam raya kami sekeluarga tidur di rumah atok sebelah ibu, pagi 1 syawal dalam pukul 11 pagi dah gerak ke rumah atok+nenek sebelah ayah pulak. So, kami sekeluarga memang tak pernah bergaduh nak balik kampung mana dulu sebab memang dari kecil macam tu.

Pagi 1 Syawal tempoh hari, kami sekeluarga baru terkedek-kedek ke rumah atok since dekat sangat. Sebelum 1 syawal tu, kami masak-masaklah dulu di rumah atok. Jangan cakap aku bawak perut aje ye. Hahaha. Rendang, ayam masak merah, lodeh, ketupat, lepat, sambal goreng, kuah kacang dan lain-lain menjadi hidangan kami sekeluarga.

Aku dan keluarga. Bertambah lagi seorang since kak long aku baru bernikah akhir bulan mei yang lalu :)

Ayah+ibu <3

Baru selesai sesi bergenang air mata tak kira tua atau muda :)

Rilek-rilek dulu sambil tunggu tetamu datang beraya. Selalunya, raya pertama memang kita orang tak beraya sebab atok anak bongsu maka dia satu-satunya yang masih ada di kalangan anak saudaranya. maka, rumah atok akan menjadi sasaran :)

Rumah mak long :)

First time :)

Gambar atas ni dah raya ke-3 kalau tak silap aku. Di rumah buyut, emak arwah nenek :)

Lepas solat berjemaah, jemput makan. Sup daging+sambal kicap+ayam masak black paper memang terbaik :)

Ambil gambar selepas makan :)

July 31, 2011

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Selamat menunaikan ibadah puasa. Semoga Ramadhan

kali ini akan memberikan 1001 kali keberkatan

kepada kita semua. amin @(^_^)@


July 28, 2011

ACCOUNTING SYMPOSIUM 2011/2012


Cari aku kalau nampak :P
Aku bekerja di bawah Biro Cenderahati (Souvenir Bureau)
nak kena bungkus bungkus goodies bag etc even bungkus gula-gula yang 4 biji pun biro aku kena buat :P

nak tahu lebih lanjut, klik sini

Entry yang berkaitan, klik sini juga

July 23, 2011

Muahaha :)

Nampak sangat yang aku ni suka cakap "bak kata pepatah orang tua". Sebab tu bila orang google perkataan tu, blog aku yang muncul. Tolong klik iklan yang ada, ok? Insyallah, aku akan update blog ni selalu. jangan lupa klik klik klik :)

July 19, 2011

16 Kubur Islam Kiara Tidak Menghadap Kiblat Dipindahkan

KUALA LUMPUR- Kerja-kerja menggali semula dan memindahkan 16 buah kubur penganut Islam yang tidak dikebumikan mengikut arah kiblat di sebuah tanah lot berhampiran Bukit Kiara sejak 30 tahun lalu berjalan lancar dengan pengawasan ketat pihak polis.

Tinjauan Mynewshub.my ke tempat tersebut mendapati usaha-usaha pemindahan ke tanah perkuburan Bukit Kiara 2 hari ini dilakukan dengan begitu berhati-hati bagi menepati keperluan syarak.

Difahamkan, selain tidak mengikut arah kiblat, tanah itu merupakan tanah rizab Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).


Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan MAIWP pada Isnin lalu, memperoleh kebenaran untuk memindahkan kubur-kubur terbabit.

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Abdul Walid Abu Hassan membenarkan permohonan tersebut.

Abdul Walid seterusnya memerintahkan agar pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk memberikan kerjasama bagi memastikan proses pemindahan kubur berkenaan berjalan mengikut hukum syarak dan mematuhi prosedur.

Permohonan untuk memindahkan tanah kubur tersebut dibuat secara ex-parte (sebelah pihak) oleh MAIWP pada 6 Julai lalu menerusi peguam syarie, Zulkifli Che Yong.


Pada prosiding Isnin, Zulkifli turut mengemukakan afidavit yang terdiri daripada geran tanah, gambar-gambar kubur dan pandangan ulama bagi menyokong permohonan tersebut.

Zulkifli juga memberitahu, pihak MAIWP juga telah mengadakan perbincangan dengan waris si mati dan sekiranya dibenarkan, semua jenazah itu akan dikebumikan semula di Tanah Perkuburan Bukit Kiara 2.- Oleh SYAHRIL A. KADIR (Mynewshub.my)


Sumber: Mynewshub

July 18, 2011

Aku Tak Sembahyang....Tetapi Aku Berjaya...

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?
Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.


Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.
Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”
Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.


Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”
ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.


Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.
Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

July 17, 2011

Mynewshub berbudi, saya berbahasa. Mynewshub memberi, saya merasa :)

English

Bahasa Malaysia

Facebook

SELAMAT DATANG KE MYNEWSHUB.MY...SATU PERUBAHAN BAGI SAJIAN BERITA DALAM TALIAN

Berita terkini berada di hujung jari anda dengan adanya Mynewshub. Hiburan, politik, sukan, pelbagai jenis peraduan dan juga pelbagai isu hangat mahupun berita panas ada di Mynewshub. Jadi, mari ramai-ramai kita baca Mynewshub untuk menambahkan ilmu pengetahuan.

Cerita mengenai kemenangan berturut-turut Datuk Siti Nurhaliza di Anugerah Planet Muzik 2011 (APM2011) juga ada dimuatkan di Mynewshub. Tak sangka, cepat sungguh admin Mynewshub masukkan berita. Eh, berita Liverpool 6 Vs Malaysia 3 pun adalah. Muahaha. Tak percaya? Tengok ni…

Jadi, marilah ramai-ramai kita ke Facebook Mynewshub dan klik like. Dengan itu, secara rasminya Mynewshub menjadi bahan bacaan utama dalam talian. Tak rugi kalau anda tekan like. Tengok contoh ni lagi.





Antara peraduan yang ada di Mynewshub ialah:

Online Treasure Hunt (Edisi Mini)

Peraduan Jom Share & Win

Komen dan Menang

Peraduan Advertorial Memang Best!


P/s: Dah bagi link. Nak tak nak aje, ok? Saya sedang join Peraduan Advertorial Memang Best!

July 6, 2011

What I feel…

Ok, kali ni aku nak cerita laaaa kat kau orang semua tentang kali pertama aku bertemu dengan klik sini. 4/4/2011. Aku masih ingat lagi, tarikh ini. Dan akan kekal ingat sampai bila-bila. Pada 4/4/2011, aku ada invite klik sini untuk menukar status dari ‘single’ ke ‘in a relationship’ masa kat fb. Hahaha, tak sangka, dia terima aku. Al-maklumlah, kami memang tak pernah bertemu sebelum ini dan aku sama sekali tak sangka dia akan terima aku walaupun kami memang tak pernah bertemu. Dah tak payah ulang ulang ayat tak pernah bertemu tu, boleh tak? J

Dah tertulis agaknya, aku jumpa klik sini pada 26/5/2011(Khamis) selepas lebih kurang dua bulan kami bermesej mesej dan skypee. Sebelum tarikh ini, kami memang tak pernah bertemu. Dushhhh. Ulang lagi ayat tu. Aku tak sangka, kami akan bertemu di masjid iaitu tempat yang aku idamkan untuk bertemu dengan calon isteri aku. Yalah, orang tua tua kata kalau jumpa kali pertama dengan pasangan kita kat masjid, itu lebih afdol. Ya, masjid kat sebelah Universiti Malaya adalah saksi pertemuan kali pertama antara aku dan klik sini.

Masa tu, aku ponteng kelas Islamic banking & Finance (IBF) sebab nak jumpa klik sini kat Kuala Lumpur. Aku gerak ke KL pukul 11.00 pagi selepas kelas Internal Audit (IA). Plan nak datang KL lepas kelas IBF, iaitu petang Khamis. Tapi aku rasa macam tak best je gerak petang lagipun aku tak suka drive malam malam. Dah la jalan dari Muadzam-Bahau gelap. Jalan dari Kuala Pilah-KL pun macam apa entah. Malam malam takut terlanggar lembu melintas je. Haha. Dushh, tak payah la cerita sampai ke situ :P

Atas masalah yang tak dapat dielakkan, klik sini sampai masjid UM petang sebab klik sini dari Kuala Selangor, rumah kakaknya. Petang tu, dalam pukul 5-6 petang, kami bertemu buat kali pertama dan aku tengok muka klik sini berkilat semacam sebab penat berjalan barangkali semata mata nak turuti permintaan aku yang nak jumpa di masjid :P. Haha, tengok. Baru kali pertama, aku dah buli kilk sini. Kesian kat dia. Lagipun, aku memang tak tahu jalan nak ke KL Central. Sebelum tu, dah cari juga KL Central tapi sesat ke kuil mana entah nama dia J

Masa kat luar masjid tu, klik sini ada hulurkan aku air kotak (dutch lady strawberry kau). Ok, aku tak suka air strawberry sebenarnya tapi klik sini dah bagi, nak buat macam mana, kan? Terimalah dengan redho. Sambil jalan menuju ke kereta, aku ada jugak borak borak dengan klik sini. Borak sikit je sebab masing-masing macam malu malu je. Aku tengok klik sini ni kecik je orangnya rupanya. Kat gambar macam besar. Haha. So, terdetik la dalam hati aku. Nak ke dia terima aku? Cukup ke sekadar nampak gambar aku je kat fb? Haha, ok. Aku ni dah bertukar saiz kalau kau orang nak tahu. Kalau 2 tahun lepas, baju saiz M boleh dipakai. Tapi sekarang dah sempit. Nak kena pakai saiz L pulak. Hampeh betullah J

Lepas tu, kami terus balik ke Muadzam Shah, Pahang sebab esok paginya aku ada kelas tutorial IBF. Takkanlah nak ponteng lagi, kan? So, aku minta tolong kat Alif Badrul punya girlfriend (kawan aku jugak) untuk menumpangkan klik sini di rumahnya.

Kesimpulannya, masa first time jumpa klik sini di Kuala Lumpur, aku rasa berdebar-debar je sebab masih lagi malu malu kucing J


June 27, 2011

ILYSM

Kita selalu tertanya-tanya
Kenapa ALLAH tak kurniakan cinta
sama seperti pasangan bahagia
Adam & Hawa
Ibrahim & Hajar
Yusuf & Zulaikha
Muhammad & Khadijah

Kita toleh kiri, kita toleh kanan
Melihat sekeliling, semuanya dah berteman
Hati berasa cemburu kerana masih keseorangan,
Tidak berteman seperti yang diharapkan

Doa dipohon, minta petunjuk dan ihsan
Supaya ALLAH kurniakan seorang insan
Paras rupa bukan ukuran
Hati yang baik menjadi pilihan
Buat mengisi ruang hati yang kesepian

Doa diperkenan dan dikurniakan seorang insan
Hari yang mendatang dilalui dengan kebahagiaan
Setelah hadirnya dia, aku sudah tidak lagi keseorangan
Malah, aku sering menguntumkan senyuman

Terima kasih ALLAH atas kurniaan!!!

Azri AzlanYulfaizah Mohd Yusoff

June 26, 2011

MC & YDC

Salam. kalau ada masa senggang, silalah ke
Blog Mahar Collections. Ada banyak aksesori kristal dan mutiara yang cantik-cantik. Harga boleh discount kalau nak beli borong. Ok, tak lupa juga singgah ke FB Yul-de-Craft atau Blog Yul-de-Craft. Ini business Miss Girlfriend. Jangan lupa singgah ya. Terima kasih.

June 23, 2011

10 things that I hate

1. Waiting.
Ya, kawan kawan, anak anak, ibu ibu. Aku paling tak suka menunggu. Tak kiralah menunggu orang bersiap ke, menunggu di kaunter ke. Apa apa lah yang berkaitan dengan menunggu. Sangat tak suka ok. Bak kata orang, menunggu itu satu penyeksaan  so, kalau nak keluar dengan aku, siaplah awal awal ye.

2. Kesesakkan lalu lintas
Damn. Benda ni antara top list benda yang aku tak suka. Penat tahu tak nak tekan clutch kereta manual aku ni. Lagi lagi kalau panas terik. Mood pun boleh berubah jadi panas. Siyes, sebab tu aku tak suka keluar rumah kalau matahari naik betul betul kat atas kepala. Dari pukul 11pagi -2ptg. Kalau tak ada benda penting, memang aku tak keluar.







3. Lampu isyarat hijau bila kita nak dekat, ia bertukar jadi merah
Kalau benda ni jadi, memang aku sumpah seranah. Haha. Drive kereta ni, memang ada je benda yang nak dimaki. Apek tepi jalan naik basikal terkedek kedek pun aku maki. Haha. Tapi maki dlam hati je la. Tak sampai hati nak buka tingkap pastu jerkah apek tu. Sabar ajelah.

4. Bila jerawat naik ke muka dan kawasan sekitarnya
Ok, benda ni semua orang pun tak suka. Bukan aku seorang je yang tak suka. Ye tak? Betul. Kalau jerawat dah tumbuh kat muka, rasa tak selesa sangat. Macam rasa nak picit picit je biar hilang. Padahal, makin picit, makin menjadi. Kalau benda jerawat ni keluar, memang nak sepak sepak je jerawat tu. Aduh, sakit muka aku kena sepak. Haha 

5. Tak suka makan di kedai yang terlalu ramai orang
Rimas la kalau ramai orang sangat. Kalau ramai, aku blah je. Cari kedai makan yang lain. Lagi satu, aku ni jenis yag tak suka duduk kat kedai makan lama lama. Kalau dah habis makan dan minum, bayar terus balik atau ke mana-mana. Tak ada lah nak duduk situ sambil hisap rokok ke. Tunggu makanan turun ke. Memang tak ada. Kesian orang lain yang menunggu. Dia orang pun nak makan jugak.

6. Kalau kereta rosak
Hah, benda ni yang aku tak suka. Dah lah kereta rosak, kena keluar duit pulka tu. Dah dah. Malas nak cerita. Bikin hati panas je.

7. Kalau ada yang kata “kenapa kau makin ++++ ni” :P
Ok, sejak akhir akhir ni, ramai yang cakap macam tu. Kalau kawan kawan, boleh la aku cakap “suka hati aku la. At least, aku ada awek cun melecun. Kau ada?” Haha. Tapi kalau makcik makcik, aku diam jela sambil tersenyum yang dibuat buat.

8. Orang yang tak kenang jasa
Malas nak cerita lebih lebih. Takut ada yang terasa. Ok, bye.

9. Membandingkan aku dengan orang lain
“dia dulu macam ni. Baik. Tak macam kau” kata si polan bin si polan. Ok, boleh blah. Bye. Cari la kawan kau yang baik tu. Kenapa nak minta tolong kat aku pulak?

10. Peminta sedekah yang sihat walafiat
Dah badan tu sihat, lagi nak minta sedekah ka? Adoi, pakcik. Pergi cari kerjalah sana. Saya tau cari duit tu susah. Tapi kan best kalau makan dan minum dengan menggunakan hasil titik peluh sendiri. Tangan ada. Kaki ada. Semua cukup sifat. Tak sakit pun. Kenapa nak minta sedekah pulak?

Ok, bye. Saja nak bebel panjang sebab dah lama blog ni tak bertuan 



June 14, 2011

10 things that I love about you 


1. You gedik+gatai

Yes, u gedik+gatai. Tu yang I suka tentang you. Tapi kan. I boleh bet yang you cuma cakap je, sayang. Tapi you tak berani pun nak gedik+gatai dengan orang lain sebab you sayang I more macam yang selalu you taip dalam mesej. Kan kan kan. Seboleh- boleh you nak buat I jeles tapi I buat don’t know je sebab I tau you takkan buat hal. Kesian, usaha you nak buat I jeles telah gagal J

2. You tak suka merajuk

Haha J I suka sikap you yang ni. You pun tau kan I tak reti nak pujuk pujuk. I cuma tau susun ayat ayat cinta je. Kalau you terharu, Alhamdulillah. Kalau you tak terharu, I tak tahu nak buat apa lagi. Tapi biasanya, you akan terharu. So senanglah kerja I :P

3. You sangat memahami kalau I busy

Dulu, I selalu doa supaya dapat calon isteri yang boleh memahami I sebagai anak lelaki yang sulung dalam keluarga. Yes, akhirnya I dah jumpa you. You sangat memahami I, sayang. Tanggungajwab I besar untuk tolong ayah dan ibu. Lagi satu, kalau I kata I sibuk buat tempahan pelanggan, you akan kata “ takpelah, you siapkan dulu tempahan tu. Take care”. Kalau I sibuk buat aisemen, you akan cakap benda yang sama. “Ok. You siapakanlah dulu aisemen tu. Nanti jangan lupa mesej”. Tapi bila kerja I dah siap, I selalu tak mesej you sebab I dah kepenatan. Lagi sekali you sangat memahami I. Iloveyou J

4. You suka apa yang I suka

I suka baca novel, you pun suka baca novel. Ok, lepas ni kalau jodoh kita panjang, I nak buat satu bilik khas untuk novel novel kita. Haha. Dalam tu, kita boleh baca novel sama sama dari malam sampai pagi. Yang ni tak boleh blah. Kalau anak ramai, bilik ni terpaksa dikorbankan bagi anak tido J

5. You penyokong setia I

Tengoklah kat blog you kat belah atas sekali. Ada banner pasal kedai blog I yang tak mampu nak hidup lama J walau macam mana pun rupa blog tu, you tetap sokong I dari belakang. I terharu sangat. I harap, I akan dapat sokongan you sampai bila-bila. Janji?

6. You suka hiburkan I

Bila I nak ayat ayat cinta dari you, you akan bagi walaupun you kata you cuma kopi pes dari entah mana mana sumber. Tapi I tau, you tak kopi pes sebab I tak pernah baca pun ayat ayat tu kat mana mana sebelum ni.

7. You yang start cakap ilebiu kat I

I ni jenis pemalu sikit. Even setiap kali nak cakap ilebiu kat you, hati I masih lagi berdegup kencang. Mula mula memang susah nak cakap Ilebiu kat you tapi bila you start dulu cakap ilebiu kat I, I dah mula belajar dari you. Yes, you have that confident.

8. You try to fulfill my request walaupun mengarut

Bila I suruh you nyanyi, u tak nak. Bila I suruh you kecek klate, you tak nak. You cakap mengarut. You cakap tak boleh dibuat-buat. Satu hari tu, I dapat mesej dari you. Bila I tekan butang ‘play’, I dengar suara you tengah nyanyi lagu Fauziah Latiff. Suwit la sayang. I suka dengar walaupun suara you tak sesedap Fauziah Latiff tapi suara you boleh buat I tak tidur malam J

9. You baik sangat. I akan jaga kepercayaan you

I nak bagi you I punya password e-mel untuk facebook tapi you tak nak. You cakap you percaya kat I. You tak nak kongkong I. Ok, I akan jaga kepercayaan you. Takde sape-sape yang nak gatai gatai dengan I selain you. Yang ada pun, cuma akak akak atau makcik makcik yang nak tempah gelang. Itu je. I harap you pun sama, ok?

10. Saya cinta awak sebab diri awak bukan sebab siapa awak

Awak paham tak? Macam ne ek nak terangkan ayat kat belah atas ni? Hikhikhik. Macam ni la. Walaupun siapa awak, dari mana asal awak, awak tak cantik ke, awak cantik ke, awak gemuk ke, awak kurus ke, kita tetap sayang kat awak J Awak tak payah jadi orang lain untuk mencintai saya. Saya terima awak seadanya seperti mana awak terima saya seadanya. Macam awak cakap, kita ni saling melengakapi. Awak pro itu, saya tak pro. Saya pro itu, awak tak pro.








June 9, 2011

Kak Long's Wedding











Sudah berubah tapi masih sama

Salam.

Banyak perkara yang telah berlaku sejak akhir-akhir ini. Aku masih seperti dulu, cuma status diri sudah berubah daripada single ke in a relationship. Bagi kamu kamu kamu yang menjadi kawan aku di facebook, sudah mesti kamu kamu kamu kenal dengan siapa aku berhubungan sekarang ni. Kalau nak kenal, klik sini. Kalau free, singgah sekejap di blog beliau. Klik di sini

Seperkara lagi, aku bara saja menerima ahli keluarga baru pada 29 Mei lepas kerana Kak Long aku baru saja mendirikan rumahtangga dengan suami tercinta. Semoga pernikahan Kak Long & Abang Hidtir akan berkekalan hingga ke akhir hayat.







March 26, 2011

Pasangan akauntan adalah yang terbaik :)

1. Duit dalam akaun takkan berkurang.

Ok, takkan berkurang di sini bukanlah bermaksud tak berkurang macam;

Dalam akaun ada RM100, 000 (saja nak beritahu, gaji akauntan ni besar. Haha..) Keluarkan duit RM2, 000, dan baki akan tetap jadi RM100, 000. Eh, bukan takkan berkurang macam tu. Kalau ada RM100, 000 dalam akaun, pastu kau keluarkan RM2, 000, sah sah lah duit kau berkurang jadi RM98, 000 kan? Maksud takkan berkurang ni, kau akan tahu ke mana duit tu pergi. Kau nak beli i-phone ke belekberi ke. Setiap kali duit kau keluar atau masuk, mereka akan tahu ke mana duit tu pergi. Pengurusan wang akan menjadi lebih mudah dan telus. Wang bukanlah masalah yang besar bagi orang seperti kami. Adakalanya mereka ni penjimat. Oklah kan? Jimat tak bermaksud kedekut. Betul tak?

Subjek yang berkenaan: financial accounting I&II, advanced accounting I&II etc…


2. Suami/isteri takkan risau sebab 24 jam pasangan akan berada di pejabat.

Yang ni aku tak tahu sangat. Tapi mengikut perkiraan senior yang dah menjalani praktikal, kerja sebagai akauntan ni sangat rigid. Kena ikut peraturan, disiplin ketat (tak tahu lah betul ke tak). Sebab itulah, pasangan tak perlu risau ke mana perginya akauntan ni sebab sah sah lah mereka akan berada di pejabat selama 24 jam selagi kerja tak selesai. Suami/isteri dah tahu nak cari suami/isteri kat mana. Tapi kalau akauntan tu ada skandal kat pejabat, tak dapat lah aku nak tolong. Tapi, bukan ini yang menjadi masalah utama.


3. Tak pandai menipu.

Walaupun akauntan ni seringkali dikaitkan dengan kes-kes pecah amanah atau kes jenayah yang lain, tapi aku sangat bertegas bahawa akauntan ni tak pandai nak menipu. Sebagai contoh, akauntan tahu macam mana nak manipulasi income statement bagi nampak menarik, tertarik dan kau memang da boom. Tapi akauntan takkan buat sebab dia tahu creative accounting tu akan terbongkar macam kes ENRON (kes yang melibatkan akauntan macam ni satu dalam sejuta ya).

Subjek yang berkenaan : audit, public sector accounting etc


4. Tak suka menunjuk-nunjuk

Kebanyakan CEO berlatar belakangkan Bachelor in Accounting (Hons) atau ACCA. Tak percaya? Sila lihat ini. Ini dan ini juga. Ini juga. Mereka adalah CEO kepada syarikat gergasi di Malaysia. kalau nak lagi, google lah sendiri.

5. Penyabar.

Tak percaya? Sila dengar dahulu. Okeh, kalau nak cakap tentang sabar, memang semua kerjaya boleh didik sikap murni macam ni. Tapi apa yang aku tegaskan adalah seorang akauntan sangat memerlukan sikap sabar yang tinggi. Hari-hari kau balun tengok $$$$$ depan mata, kau boleh tahan ke? Lagi2 kalau depan mata kau tu $$$$ beribu-ribu lemon banyaknya. Kalau kau tak dilatih untuk memupuk sikap ni dalam subjek Islamic Accounting, kau takkan boleh tahan punya. Percayalah.

Subjek yang berkenaan: Islamic accounting etc...

Cukuplah aku bagi setakat 5 point ni aje. Malas nak fikir banyak2 sebab aku baru habis exam advance financial accounting II petang tadi. Nak rehat jap sambil online. Jadi, apa tunggu lagi? Cepat cari pasangan yang bakal bergelar akauntan :)

no hard feeling ok. sekadar bahan bacaan untuk mengisi masa senggang...







January 28, 2011

Susah bila semua nak jadi bagus dan perasan bagus

Salam. Maaf, lama menyepi dan membirkan blog ini terbiar. Aku sibuk dengan assignment dan juga tempahan gelang daripada pelanggan yang tak putus-putus (Alhamdulillah, ini bukan merungut cuma serious saya memang sibuk).

Kalau dulu, malu-malu nak buat tempahan pelanggan kat apartment (hostel) tapi sekarang aku dah tak malu dah. Sebabnya, ia mendatangkan DUIT. Housemate aku pun dah macam tak kisah. Kalau aku buat tempahan tu, kadang-kadang Si Alep ni duduk dan tengok aku buat. Si Pingu ni pulak, ada juga bahan-bahan aku. Tapi sekarang dah senyap. Haha. Bosan agaknya bahan aku tapi aku tak layan. Sekarang, dia bahan orang lain pulak. Si Arep, memang jenis tak kisah. Kau nak bogel buat apa pun dia takkan kisah. Asalkan jangan bagi dia masalah.

Assignment accounting Theory And Practice sudah siap walaupun submission date lambat lagi. Begitu juga dengan assignment Specilised Taxation yang sudah siap dihantar sebelum boleh bergembira dengan tenang di rumah dan menyiapkan tempahan yang masih lagi berbaki. Esok nak hantar assignment Accounting Research Method pula. Sedang menanti adalah assignment Internal Auditing. Uwaaa… projek paper lagi. Jadi, kalau ada apa-apa, korang boleh helo helo aku kat fesbuk.

Pukul 10 pagi dah nak gerak balik Batu Pahat, Johor. Yeay. Kali ini, aku dah tak jadi penunggu setia Lambat Xpress lagi. Sebabnya, aku sudah berkereta. Syukur. Nanti aku ambil gambar banyak-banyak dengan mrs. Azri waja. Haha…

p/s: oh, ya. Kak Ngah saya baru saja selesai menjalani pembedahan. lututnya cedera akibat main bola jaring.