SATU
Orang luar sana tak kenal kamu. Perjelaskan siapa kamu.
Nama penuh aku ialah Muhammad Azri Bin Nor Azlan. Aku dibesarkan di sebuah tempat yang bernama Batu Pahat, Johor. Sekarang ini, aku masih lagi menunutut di Universiti Tenaga Nasional(UNITEN) dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan(Kepujian) dan berada di semester kedua pengajian. Hobi aku adalah menulis dan mencipta sajak, cerpen, novel atau yang sewaktu dengannya.
DUA
Sikap kamu yang 'mantap'?
Sikap kamu yang 'mantap'?
Aku pandai berdikari kerna ejak dari kecil, aku dilatih untuk bersikap seperti itu. Aku anak lelaki sulung dalam keluarga dan semestinya aku perlu bersikap seperti itu.
TIGA
Sikap kamu yang sangat jelek.
Sikap kamu yang sangat jelek.
Suka berangan+cakap seorang diri=Azri Azlan. Mungkin pada orang lain sikap ini jelek tapi pada aku, ianya satu kebanggaan dan satu anugerah ALLAH S.W.T. Sikap suka berangan telah menjadikan aku sebagai seorang penulis dan mengimaginasikan sesuatu perkara yang sukar ditafsirkan melalui perkataan. Cakap seorang diri pula? Entah…
EMPAT
Apa gajet yang sentiasa kamu bawa?
Apa gajet yang sentiasa kamu bawa?
Yang selalu aku bawa = Nokia 2600. Aku juga sangat sayang laptop aku kerna tanpa laptop ini, aku bisa mati akal dan hilang arah.
LIMA
Dah berapa handphone yang kamu pakai selama ni? Senaraikan jenamanya.
Tiga buah dan kesemuanya berjenama Nokia. Nokia 3310, Nokia 6600 dan Nokia 2600. 1st handphone aku jual kat member, 2nd handphone pulak hilang. Dan sekarang, hanya nokia 2600 yang setia menemaniku walaupun ianya agak ketinggalan zaman.
ENAM
Siapa besfren kamu?
ENAM
Siapa besfren kamu?
Ramai, sebab aku bisa bergaul dengan sesiapa sahaja. Tapi yang paling dekat di hati aku adalah member aku dari sekolah rendah lagi iaitu Nur Athirah Bt Azmi. Sekarang, dia belajar di UiTM Shah Alam. Kedua, Nur Hidayah Bt Sahri sebab dia ni kawan sekolah agama aku, kawan satu sekolah menengah dan kami ke sekolah dengan menaiki bas yang sama. Ketiga, Nur Izzati Akmar bt Zulkepli (member aku di Uniten). So far, aku takde bestfren lelaki.
TUJUH
Siapa kamu sayang selain famili kamu? Kenapa kamu sayang dia?
Kawan-kawan kat UNITEN esp my roommate n housemate sebab muka dia orang la yang aku hadap setiap hari. Nak tidur muka dia, bangun tidur pun muka dia orang gak.
LAPAN
Lagi 10 tahun, kamu jadi apa?
Lagi 10 tahun, kamu jadi apa?
Waktu itu, aku berumur 30 tahun(Insyallah, panjang umur). Aku sudah bahagia di samping isteri dan anak-anak. Ketika itu juga, aku sudah pun bergelar seorang usahawan atau juga seorang pensyarah merangkap seorang penulis yang berjaya(sah! suka berangan).
SEMBILAN
Kata-kata hikmah yang kamu pernah dengar & yang paling kamu suka?
Kata-kata hikmah yang kamu pernah dengar & yang paling kamu suka?
Tiada yang spesifik. Mana yang enak didengar, itu yang aku suka. Hahaha...
SEPULUH
Dalam blog kamu, sudah ada berapa followers?
Sembilan orang kesemuanya. Shazwan (teman di tadika), Suci (rakan blogger), Deqna (rakan blogger), khalif mujahid (classmate di UNITEN), aqilah (teman sekolah rendah), stuck (teman sekolah rendah), mira azlan (kakak kedua aku yang senget), aisyahumairah (rakan blogger), alya (rakan blogger).
SEBELAS
SEBELAS
Senaraikan followers yang paling kamu suka? Kenapa?
Maaf, jarang-jarang buka blog kalian kerna internet di tempat aku sgt lembap seperti siput. Tapi aku pasti baca kesemua post yang telah kalian updatekan.
DUABELAS
Mereka lain yang ingin di-tag
Mereka lain yang ingin di-tag
· Yang baca blog aku. Kalo korg takde blog, postkan sebagai komen. Kalau rajin la…
5 comments:
waaaaa....sedey siot...tag ak ko x wat...huuuu
padan muke shaclan tuh.
hee~~
kenape tadek besfren lelaki ek?
cis...padan muke ea...x per..azri dh wat pown...oit..ko tulis skali ak mmbr tadika ko...ohohoho...mekasih2...ngee~~~
eh, jgn gaduh kat sini. ini blog aku la wei. hahaha...
sama-sama, wan.
suka-suki ckp ak senget......:-P
Post a Comment