March 20, 2009

Lagu UNITEN

Sayup mataku memandang
Lambang gedung ilmu yang terbilang
Di sini kita julang
Cita-cita berjuang
Untuk mencapai matlamat cemerlang

Tegak gagah di Malaysia
Dengan warga yang berbilang bangsa
Di sini kita julang
Cita-cita berjaya
Cita yang mencapai kelas dunia

Kan kubawa obor menyala
Ke seluruh tanah melata
UNITEN berupaya menjana professional
Diiktiraf dunia antarabangsa

UNITEN pusaka tersayang
Kerna jasamu sungguh gemilang
Di sini kita julang
Cita-cita berjuang
UNITEN gedung ilmu yang terbilang


p/s: share la lagu tempat korg belajar plak...

2 comments:

Yaziith Su Anaz said...

bertekun usaha diberkati Ilahi
menjadi pegangan abadi
ikrar kami warga SMTAS
putera puteri harapan negara

disiplin, jati diri, budaya penyayang
membentuk insan berwawasan
guru ibubapa dihormati
usaha diberkati

akademik, sukan diseimbangkan
FPN jadi panduan kearah kesepaduan

warga SMTAS warga berwawasan
bermatlamat majukan negara
insan berilmu pendidikan cemerlang
negara gemilang.
S.M.T.A.S

**ni lagu sekolah menengah teknik alor setar,lebuhraya sultan abdul halim.
sangat sayang sekolahni.

lagu kolej saya langsung tak ingat.
haha

mira azlan said...

lagu UM lg bez..hahha...