October 20, 2010

Sayur-sayuran yang boleh mencegah kanser

BROKOLI

  • Brokoli dapat melindungi dari kanser usus besar dan kanser payudara. Menurut kajian, brokoli dan sayuran daun hijau lain kaya dengan serat dalam gula 'galaktosa' yang dapat membantu melindungi protein 'lectin' yang melekat pada dinding usus besar dan menyebabkan kerosakan.

TOMATO

  • Tomato dapat melindungi dari kanser dan penyakit jantung. Satu dari unsur aktif dalam tomato adalah 'phytochemical lycopene' dikatakan dapat menyekat terjadinya kanser. Menurut Jurnal Institut Kanser Nasional, orang yang banyak memakan tomato dapat menurunkan risiko berkembangnya pelbagai jenis kanser sebanyak 40%. Selain itu, tomato juga memiliki bukti cukup kuat untuk kanser prostat, paru-paru dan perut.

KUBIS

  • Kubis melindungi bahagian perut dari diserang kanser usus besar dan kanser payudara kerana kubis mengandungi 'glutamine' dan 'smethylmethionine'.

BAWANG PUTIH dan MERAH

  • Mengawal kolesterol tinggi, serangan jantung, demam, kanser dan radang. Kandungan sulfur dalam bawang putih yang diambil secara teratur dapat membantu menurunkan kolesterol dan menurunkan gumpalan darah.

LOBAK

  • Mengurangi risiko penurunan kadar penglihatan, demam dan kanser. Lobak kaya dengan beta karotena yang mampu merangsang daya tahan tubuh dan anti kanser.

LADA MERAH

  • Melindungi dari demam dan kanser. Lada merah kaya dengan vitamin C dan beta karotena yang dapat meningkatkan sistem kekebalan dan melindungi terhadap segala sesuatu dari demam hinggalah kanser.
sumber: sini

18/10/2010 Birthday Ariff Jame'an

Kemeriahan kami menyambut Hari Lahir Mohammed Ariff Bin Jame'an (teman sebilik). Sangat meriah kerana dielilingi oleh rakan-rakan yang super duper sporting...


















October 19, 2010

Maher Zain - Insha Allah | ماهر زين - إن شاء الله

Masih lagi dalam mood Maher Zain. Lagu ni salah satu lagu kesukaan aku dan seorang pensyarah ada memberi emel tentang Insha ALLAH. Beliau turut menasihatkan kami untuk menghayati setiap bait dalam lirik lagu ini.


Muflis di Usia Muda

KUALA LUMPUR — Sebanyak 1,046 kes muflis melibatkan kalangan mereka di bawah umur 25 tahun dicatatkan bagi tahun 2005 hingga Julai tahun ini, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata daripada kes itu, 487 atau 46.5 peratus diisytiharkan muflis kerana gagal menjelaskan hutang sewa beli kenderaan manakala 354 orang (33.8 peratus) pula gagal menjelaskan pinjaman peribadi.

Terdapat juga kalangan mereka muflis kerana menjadi penjamin korporat dan sosial, serta gagal menjelaskan pinjaman kad kredit serta biasiswa atau pinjaman pelajaran, katanya.

Liew menjawab soalan Aaron Ago Anak Dagang (BN-Kanowit) berhubung jumlah remaja yang muflis sejak lima tahun lalu dan punca utamanya, pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat di sini.

Menurutnya bagi mengatasi masalah itu, Jabatan Insolvensi sedang mengkaji semula undang-undang muflis supaya prosedur pengisytiharan kebankrapan diperketat dan diperkemas bagi menjayakan pertumbuhan ekonomi negara.

Beliau berkata beberapa inisiatif lain turut dilaksanakan seperti mengadakan 61 program “Outreach and Awareness” di seluruh negara untuk memberi maklumat mengenai kesan buruk jika seseorang diisytiharkan muflis serta cara untuk keluar daripada belenggu itu.

“Hasilnya, terdapat penurunan 44.6 peratus kepada 139 kes kebankrapan melibatkan remaja di bawah 25 tahun pada tujuh bulan pertama tahun ini berbanding 251 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas,” katanya.

sumber: sini

Doa Ibu dan Bapa

Sebagai anak yang soleh dan solehah, kita mesti mendoakan kebahagiaan ibu dan bapa kita untuk mendapatkan keredaan ALLAH S.W.T. ingatlah kawan-kawan semua, keredaan ALLAH datangnya daripada keredaan ibu dan bapa. Jadi, kat bawah ni adalah doa untuk ibu dan bapa. Marilah kita amalkannya sama-sama....





October 15, 2010

Selamat datang

Bosses Day Text - http://www.bossesdaytext.com

Kalau senang dan lapang, jemput datang ke kedai online saya

di sini. Ada rekaan terbaru. Murah-murah belaka...


October 14, 2010

dua dalam satu

Oren Biha. Pink Jiha.

Gelagat adik-adik kesayangan...

Ok, hari ni aku Cuma nak cakap yang aku takda mood. Sebab? Entah. Takda sebab sebenarnya. Tiba-tiba nak rasa takda mood sebab dah lama tak rasa. Boleh macam tu? Ah, ISA.

Ya, pagi-pagi tadi aku dah bertolak balik ke Batu Pahat. Dari Muadzam Shah pukul 8.00 pagi dengan menaiki Bas Mara Liner. Aku naik bas lompat. Bukan bas ekspress. Dari Muadzam - Segamat - Yong Peng - Batu Pahat.

Alhamdulillah, dah selamat sampai ke rumah. Best dapat bergomol dengan adik-adik. Rindu terubat…

p/s: i'm waiting for 15 October. Welcome another 1 year of my age...

Same goes to Najihah Abas. Happy birthday sis!!!

ISA=ikut suka aku


October 13, 2010

Maher Zain


Pergh, lagu beliau memang best+superb. Boleh jadi penenang jiwa katanya. Hahaha, cubalah dengar lagu-lagu Maher Zain. Aku dulu tak kenal sangat dengan dia ni. Baru semalam download lagu dia kat sini. Kat sini, aku kepilkan serba sedikit cerita atau latar belakang Maher Zain.


Maher Zain (born 1982) is a Swedish singer and music producer of Lebanese origin. His first album 'Thank You Allah' of 13 tracks and two bonus songs was released on 1 November 2009. His music videos on Youtube has collectively gained more than 4 million of views.

Early life

Maher Zain was born on 1981 in Lebanon. His family moved to Sweden when Maher was only eight, where he continued his schooling. Maher got his first keyboard when he was only ten. He later entered university and got a Bachelors degree in Aeronautical Engineering. During his teenage years, he like to spend late nights at school with his friends where they would sing, rap, compose and experiment with music in every way.

After being involved for a while in the music scene as a music producer, Maher was introduced to RedOne, a music producer in the music scene in Sweden. Maher started working with RedOne and later moved to New York. In January 2009, Maher Zain began work on an album and signed with Awakening Records. Maher’s first musical inspiration came from his father, who was a singer himself, performing locally in the Mediterranean city of Tripoli, Lebanon.

Maher has been on the bill of a free concert in Bahrain,and also at the Spring concert in the American University in Cairo, Egypt

sumber: wikipedia

October 12, 2010

‘Objek hitam menerpa saya’

MELAKA 11 Okt. – Seorang pemandu bas memaklumkan dia ternampak satu objek hitam seperti menerpa di hadapannya sebelum merempuh bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang sedang dipandunya.

Umar Yusop, 31, bagaimanapun terselamat dalam kemalangan ngeri yang meragut nyawa 12 orang itu berkata, selepas itu dia tidak sedar apa-apa lagi sehingga dimaklumkan bahawa objek itu adalah bas Ekspres Delima yang terbabas dan melambung dari laluan bertentangan.

“Ketika itu cuaca amat baik. Sebaik sahaja ternampak objek hitam itu, saya segera menekan brek sebelum ia terus merempuh bas yang saya pandu,” katanya.

Umar adalah antara lebih 40 penumpang yang cedera selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah bas, tiga buah kereta dan sebuah van di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara Selatan berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat dekat Rembau, petang semalam.

Nahas pada pukul 6.50 petang itu berlaku apabila sebuah bas Ekspres Delima yang dipercayai dipandu laju dari arah selatan gagal dikawal lalu terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya sebelum melambung ke laluan bertentangan.

Bas ekspres itu yang dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur kemudian melanggar sebuah van dan kereta sebelum menghempap dua buah kereta lain.

Ia kemudian bertembung dengan bas dipandu Umar yang ketika itu membawa 36 peserta yang menghadiri Perhimpunan Raksasa ahli Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) di Bukit Jalil.

Bagaimanapun, kesemua 36 penumpang itu dilaporkan selamat.

Mengimbas kembali detik kemalangan ngeri itu, Umar yang telah empat tahun memandu bas JKM berkata, pemanduannya berjalan lancar seperti biasa namun kemalangan itu berlaku begitu pantas.

“Ketika itu, saya memandu seperti biasa dan tidak berasa apa-apa yang pelik sehinggalah kemalangan itu berlaku dalam sekelip mata.

“Walaupun saya cedera di muka, patah tangan kanan dan tulang rusuk, saya bersyukur kerana terselamat dan semua penumpang saya juga tidak mengalami kecederaan,” katanya yang ditempatkan di Wad 1-3 Hospital Melaka di sini.



p/s: cerita seperti ini mungkin boleh terjadi kepada kita jika kita tidak berhati-hati dalam pemanduan. jika kita sudah memandu dengan berhati-hati, pasti ada saja kecelakaan yang akan berlaku seperti kesalahan pemandu lain, keadaan jalan dan faktor cuaca. oleh itu, amalkanlah doa di atas supaya kita semua berada di bawah perlindungan ALLAH S.W.T. AMIN...


October 10, 2010

Musuh dan Kawan Iblis

Siapakah Musuh Iblis?
Suatu masa Rasulullah s.a.w pernah menyoal iblis katanya:

"Wahai iblis, berapa banyakkah musuh-musuhmu dan umatku"
Jawab iblis : "Lima belas orang" iaitu :

1. Anda sendiri wahai Muhammad
2. Kepala Negara (Imam) yang adil
3. Orang kaya yang rendah hati
4. Pedagang yang jujur
5. Orang alim yang sembahyangnya amat khusyuk
6. Orang beriman yang suka memberi nasihat
7. Orang beriman yang pengasih
8. Orang yang bertaubat dan tetap atas taubatnya itu
9. Orang yang tidak mahu membuat sesuatu yang haram
10. Orang beriman sentiasa berwuduk
11. Orang beriman banyak bersedekah
12. Orang beriman yang berakhlak mulia
13. Orang beriman yang bermanfaat kepada orang ramai
14. Orang yang mengamalkan dan terus menerus membaca Al-Quran
15. Orang yang menegakkan ibadat pada waktu malam sedangkan orang lain sedang tidur

Siapakah Kawan Iblis?
Rasulullah s.a.w bertanya lagi :
"Berapa banyakkah kawan-kawanmu dari umatku?"
Jawab iblis:
"Sepuluh orang" iaitu:
1. Hakim yang tidak adil
2. Orang kaya yang sombong
3. Pedagang yang tidak jujur
4. Peminum arak
5. Penghasut / pendengki kepada orang yang mendapat kebaikan
6. Orang beramal kerana ingin nama
7. Orang yang makan harta anak yatim
8. Orang yang mempermudahkan solat
9. Orang yang tidak mahu berzakat
10. Orang yang suka termenung (duduk mengelamun / berangan-angan)

Audit & Investigation Symposium UNITEN 2010/2011

Salam 1 Malaysia!

Sepatutnya, hari ni hari rehat untuk aku berblogging tapi nampaknya kau ada hutang entry dengan korang. So, hari ni aku nak cerita hari sabtu aku dengan kawan-kawan seuniversiti. Semalam, dengan “ikhlas” hati aku telah menghadiri satu symposium yang bertajuk ‘Audit & Investigation Symposium UNITEN 2010/2011. Aku dan rakan sekelas diwajibkan untuk menghadiri symposium ini kerana ianya membawa 5 markah untuk coursework kami. Pensyarah kami sungguh pandai, tahu.

So, ini adalah goodies bag kami terima. Ada 2 unit sebenarnya. Satu warna kuning, dan satu warna merah. Warna kuning daripada pihak penganjur manakala warna merah daripada ACCA.

Goodies bag yang berisi pen, buku nota, air kotak, lampu led (sampai sekarang aku masih tak tahu motif diaorang beri benda ini), handout, dan tentative

Dalam beg merah kat bawah ni ada gula-gula, setin air milo, sebotol air mineral, pamphlet dan tak ingat.


The tentative

Penceramah. Pertama dan kedua ada datang bagi ceramah. Yang ketiga dan yang keempat tiada dan digantikan dengan penceramah yang super duper best. Hahaha…

Handout. Macam nak masuk lecture lah pulak siap bagi handout bagai.

Last sekali the souvenir. Pen, buku nota kecil dan lampu led (yang bulat tu)

October 8, 2010

JOHOR kebanggaanku

Kelebihan Pelaburan Di Negeri Johor

Lokasi Logistik Dan Kemudahan Yang Terbaik

Johor terletak dalam jangkauan 4 jam waktu penerbangan dengan bandar-bandar utama antarabangsa dimana 28% penduduk dunia menetap dan merangkumi 40% pengeluaran ekonomi dunia.

Kos Efektif

Johor mempunyai banyak tanah perindustrian dengan harga yang berpatutan dan premises kilang, ruang tanah komersial, pekerja mahir dan perkhidmatan sokongan. Pengurangan dari segi kos amat besar.

Mesra Perniagaan, Efisyen Dan Perkhidmatan Yang Telus

Kerajaan Negeri telah menubuhkan beberapa kemudahan untuk mengokong pertumbuhan industri seperti Pusat Perlaburan Negeri Johor (JSIC), Jawatankuasa Pembangunan Industri, Jawatankuasa Pentabiran Taman Industri dan Pusat Pentabiran dan Pengetahuan Ilmu Negeri Johor dan Pusat Pembangunan Tenaga Kerja Johor.


Persekitaran Hidup Yang Sempurna Dan Kualiti Hidup Yang Tinggi

Johor mempunyai kemudahan perumahan yang baik didalam persekitaran yang teratur dengan landskap yang menarik. Bagi pencinta alam dan yang sukakan cabaran mereka boleh menikmati pelbagai jenis kemudahan yang terdapat di tempat rekreasi di darat atau di laut. Mempunyai Nilai Taraf hidup yang tidak terlalu tinggi.

sumber: Portal Rasmi Kerajaan Negeri Johor

October 7, 2010

Tak sabar nak grad walaupun aku masih berbaki 3 semester lagi

Dalam kepala ni, macam-macam benda aku fikirkan untuk masa depan aku. Iyalah, kita hanya mampu merancang, ALLAH saja yang tentukan. Jika kita tersilap langkah, pasti menyesal seumur hidup. Sebab itu, aku kena pastikan setiap langkah yang aku atur mesti seiring dengan apa yang aku rancang.

Insyallah, lagi 3 minggu final exam akan bermula dan selesai sudah semester ke-5. Dan aku hanya ada 3 semester saja lagi untuk berhempas pulas demi segulung ijazah sebelum aku pergi praktikal pada semester yang terakhir.

Selepas itu, akan aku pastikan langkah aku rancak seperti yang aku sendiri rancang. Dan aku akan pastikan aku buat apa yang aku suka iaitu mendalami ilmu penulisan dan menjalankan perniagaan sendiri.

Insyallah, akan aku kotakan setiap apa yang aku katakan ini untuk kebahagiaan di masa hadapan. Insyallah…

Permulaan Oktober

Peraturan terbaru dalam Diari Hati Azri Azlan. Selepas ini, aku akan post entry mengikut jadual seperti di bawah.

Isnin: Tazkirah, kisah-kisah nabi, tauladan.

Selasa: Isu-isu semasa

Rabu: Lagu pengubat jiwa

Khamis: Kehidupanku sebagai seorang pelajar

Jumaat: Hal ehwal ekonomi, perniagaan, atau pengetahuan am

Sabtu: Aktiviti hujung minggu bersama keluarga/ kawan-kawan/kekasih(kalau ada).

Ahad: Rehat


October 5, 2010

Aizat - Sungai Lui

Pejamkan mata mu untuk ku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu disini tempatmu
Walau berubah dimata kita
Tetap indah selagi kau masih percaya

Tertawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus yang berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya

Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya

Bukalah matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya

Selama ini ( 7x )