October 8, 2010

JOHOR kebanggaanku

Kelebihan Pelaburan Di Negeri Johor

Lokasi Logistik Dan Kemudahan Yang Terbaik

Johor terletak dalam jangkauan 4 jam waktu penerbangan dengan bandar-bandar utama antarabangsa dimana 28% penduduk dunia menetap dan merangkumi 40% pengeluaran ekonomi dunia.

Kos Efektif

Johor mempunyai banyak tanah perindustrian dengan harga yang berpatutan dan premises kilang, ruang tanah komersial, pekerja mahir dan perkhidmatan sokongan. Pengurangan dari segi kos amat besar.

Mesra Perniagaan, Efisyen Dan Perkhidmatan Yang Telus

Kerajaan Negeri telah menubuhkan beberapa kemudahan untuk mengokong pertumbuhan industri seperti Pusat Perlaburan Negeri Johor (JSIC), Jawatankuasa Pembangunan Industri, Jawatankuasa Pentabiran Taman Industri dan Pusat Pentabiran dan Pengetahuan Ilmu Negeri Johor dan Pusat Pembangunan Tenaga Kerja Johor.


Persekitaran Hidup Yang Sempurna Dan Kualiti Hidup Yang Tinggi

Johor mempunyai kemudahan perumahan yang baik didalam persekitaran yang teratur dengan landskap yang menarik. Bagi pencinta alam dan yang sukakan cabaran mereka boleh menikmati pelbagai jenis kemudahan yang terdapat di tempat rekreasi di darat atau di laut. Mempunyai Nilai Taraf hidup yang tidak terlalu tinggi.

sumber: Portal Rasmi Kerajaan Negeri Johor

No comments: