Dalam kepala ni, macam-macam benda aku fikirkan untuk masa depan aku. Iyalah, kita hanya mampu merancang, ALLAH saja yang tentukan. Jika kita tersilap langkah, pasti menyesal seumur hidup. Sebab itu, aku kena pastikan setiap langkah yang aku atur mesti seiring dengan apa yang aku rancang.
Insyallah, lagi 3 minggu final exam akan bermula dan selesai sudah semester ke-5. Dan aku hanya ada 3 semester saja lagi untuk berhempas pulas demi segulung ijazah sebelum aku pergi praktikal pada semester yang terakhir.
Selepas itu, akan aku pastikan langkah aku rancak seperti yang aku sendiri rancang. Dan aku akan pastikan aku buat apa yang aku suka iaitu mendalami ilmu penulisan dan menjalankan perniagaan sendiri.
Insyallah, akan aku kotakan setiap apa yang aku katakan ini untuk kebahagiaan di masa hadapan. Insyallah…
No comments:
Post a Comment