July 4, 2010

'Selagi Ada Cinta'.

Weh, jangan gelakkan aku la ye. Aku buat lagu ni khas untuk Marshanda. Kiranya sebagai balasan untuk lagu 'Sejuta Cinta' la nih.


Hahaha, tak boleh blah kan? Aku bagi tajuk lagu ni 'Selagi Ada Cinta'.


Tapi aku cuma tulis lirik aje. Melodinya aku tak tahu nak buat macam mana. Nanti aku suruh member aku buatkan melodinya. Hahahaha


Ku tak bisa meninggalkanmu

Kerna hati ini masih lagi menyebut namamu

Ku tak bisa melupakanmu

Kerna hati ini masih lagi mengatakan rindu

Walaupun suratan menentukan segala

Namun cinta kita tiada tandingannya

Aku pergi bukan ‘tuk selamanya

Aku pergi demi cinta kita

Jangan kau tangisi pemergianku

Kerna perjalanan cinta kita masih belum berakhir

Kau dan aku bisa bersama seperti dulu

Kerna kita ditakdirkan ‘tuk bersama


mARShaNDa oH mArShAnDa

lagu ni best siot. cubalah dengar. suara dia memang power. hahahaha

sejuta cinta oleh Andriani Marshanda

Sudah memang sudah
Perjalanan cinta berakhir sudah
Engkau pergi ‘tuk selamanya
‘tuk selamanya

Mungkin ini sudah suratan
Engkau dan diriku tak bisa bersama
Mungkin ini sudah suratan
Sudah suratan

Reff:
Jangan kau pergi untuk meninggalkan aku
Aku disini dengan sejuta cinta untukmu
Jangan kau pergi untuk melupakan aku
Aku menangis karena hidup tanpamu

Sudah memang sudah
Perjalanan cinta berakhir sudah
Engkau pergi ‘tuk selamanya
‘tuk selamanya

Kembali ke Reff: 2x

July 1, 2010

BBC vs SCM




alahai, manisnya. hehehehe

Salam!

Nampak tak apa tajuk entry aku? BBC vs SCM? Apa tu? Bunga-bunga Cinta? Saya Cinta Marshanda? Dah tak payah main teka-teki lagi sebab semuanya salah.

BBC adalah singkatan kepada tajuk sinetron Indonesia yang bertajuk Benci Bilang Cinta. Cerita ni tahun 2006 kot. Ah, lama dah. Manakala SCM adalah Sejuta Cinta Marshanda yang kini sedang hangat ditayangkan di RCTI iaitu saluran TV Indonesia. Cerita ni masih baru lagi. Tahun ni juga.

Yang aku suka tentang kedua-dua cerita ini adalah tentang MARSHANDA. Ya, aku terpaksa mengaku yang aku minat dia. Sekarang, Marshanda dah masuk dalam list artis yang aku suka. Sebelum ni, juara carta adalah Maya Karin dan Enrique Iglesias.

Sekarang, kau orang nampak tak betapa aku admire kat Marshanda? Sinetron dia yang dulu-dulu pun aku tengok juga. Aqso dan Medina, Puteri Yang Terbuang etc etc etc. Sila google sendiri ye.

Tapi biasalah, sinetron Indonesia kebanyakannya berates-ratus episode. Intan, Sekar, Cahaya etc etc etc. Kau orang nampak tak betapa gigihnya aku menonton sinetron ini semua? Tapi biasanya aku tak dapat habiskan sebab cuti aku taklah banyak mana. Setakat 2-3 minggu. Balik uni dah tak dapat tengok sebab kat apartmen takda Astro.

Ok, pasni aku nak minta Astro kat admin uni. Diletakkan di setiap bilik kami semua. Hahahaha, melampau!

Pasal SCM pula, rugi sebab kat Malaysia masih lagi belum ditayangkan. Mungkin kena tunggu 4 tahun lagi baru ditayangkan. Huhuhu, sedihhhh.

Kat Indonesia, cerita ni paling top sekarang ni. Mula ditayangkan pada 31 Mei 2010 lepas. Kat Johor ni memang boleh kalau setakat RCTI dan SCTV. Tapi kalau dah pasang Astro, mana boleh dapat. Kalau dulu sebelum pasang Astro, boleh layan juga sinetronnya. Best kot. Hahahaha…

June 3, 2010

Sinopsis Manuskrip Terbaru

Wan Aisya Nadira seorang gadis kampung namun lagaknya bagaikan gadis kota. Gadis itu gemar berparti dan seorang yang suka bersosial. Kegemarannya ini bermula ketika Aisya sedang mengikuti pengajian di universiti. Kejutan budaya. Itulah yang telah dialami oleh gadis cantik yang berasal dari negeri di pantai timur ini.

“Saya cintakan awak, Wan Aisya Nadira. Tapi kenapa awak tolak cinta saya mentah-mentah tanpa mengenali hati dan budi saya terlebih dahulu? Awak tahu tak saya menderita kerana sedang menanggung rindu yang amat sangat?”.

“Bukan saya tak cintakan awak, Azri. Tapi masa lalu saya sangat pahit untuk diterima. Lupakanlah saya dan jangan toleh ke belakang lagi. Bukankah ramai lagi gadis yang cantik dan baik di luar sana? Kenapa saya juga yang awak pilih untuk dijadikan isteri?”.

“Saya hanya cintakan awak, Aisya. Saya tak kisah tentang masa lalu awak sebab saya juga punya masa lalu saya sendiri. Kita bersama bukan untuk masa lalu tapi kita bersama untuk menempuh hari-hari yang mendatang”.

“Azri, saya pernah diperkosa suatu ketika dahulu. Tapi saya tak pernah mengenali siapakah lelaki durjana itu. Ketika peristiwa hitam itu berlaku, saya berada dalam keadaan yang tidak sedarkan diri”.

Setelah mendengar pengakuan jujur yang diucapkan oleh Wan Aisya Nadira, bolehkah Azri menerima wanita itu sebagai isterinya? Sanggupkah lelaki itu menerima wanita yang pernah ‘ditebuk tupai’?

Pada masa yang sama, Azri juga hidup dalam ketakutan. Dia perlu mencari seorang wanita yang pernah hadir dalam hidupnya untuk menebus satu dosa.

May 9, 2010

Sila jenguk




Hasil kerja tangan dan kaki aku. Hahaha, sesiapa yang berminat nak beli, sila hantar pesanan melalui e-mel ke azri151089@yahoo.com.

Selamat Hari Ibu to my lovely mum,
Puan Rosita Bt. Abd Rahim.
We love you, ibu.