Wan Aisya Nadira seorang gadis kampung namun lagaknya bagaikan gadis kota. Gadis itu gemar berparti dan seorang yang suka bersosial. Kegemarannya ini bermula ketika Aisya sedang mengikuti pengajian di universiti. Kejutan budaya. Itulah yang telah dialami oleh gadis cantik yang berasal dari negeri di pantai timur ini.
“Saya cintakan awak, Wan Aisya Nadira. Tapi kenapa awak tolak cinta saya mentah-mentah tanpa mengenali hati dan budi saya terlebih dahulu? Awak tahu tak saya menderita kerana sedang menanggung rindu yang amat sangat?”.
“Bukan saya tak cintakan awak, Azri. Tapi masa lalu saya sangat pahit untuk diterima. Lupakanlah saya dan jangan toleh ke belakang lagi. Bukankah ramai lagi gadis yang cantik dan baik di luar sana? Kenapa saya juga yang awak pilih untuk dijadikan isteri?”.
“Saya hanya cintakan awak, Aisya. Saya tak kisah tentang masa lalu awak sebab saya juga punya masa lalu saya sendiri. Kita bersama bukan untuk masa lalu tapi kita bersama untuk menempuh hari-hari yang mendatang”.
“Azri, saya pernah diperkosa suatu ketika dahulu. Tapi saya tak pernah mengenali siapakah lelaki durjana itu. Ketika peristiwa hitam itu berlaku, saya berada dalam keadaan yang tidak sedarkan diri”.
Setelah mendengar pengakuan jujur yang diucapkan oleh Wan Aisya Nadira, bolehkah Azri menerima wanita itu sebagai isterinya? Sanggupkah lelaki itu menerima wanita yang pernah ‘ditebuk tupai’?
Pada masa yang sama, Azri juga hidup dalam ketakutan. Dia perlu mencari seorang wanita yang pernah hadir dalam hidupnya untuk menebus satu dosa.
1 comment:
critenyer ok..tpi saya rasa ada yg perlu ditambah supaya crite azri lbih menarik..but good try,i like it.
Post a Comment