Hai, semua. Sihat? Aku ada banyak cerita yang nak dikongsikan dengan kau orang. Entry ini, aku nak kongsi cerita yang dah basi sebab ianya dah berlaku kira-kira sebulan yang lalu.
Nenek aku telah kembali ke rahmatullah pada 16/03/2010 jam 3.00 am yang lalu. Tentu kalian masih ingat cerita tentang arwah. Sila klik sini untuk tahu penyakit arwah.
Sebelum exam, aku ada balik Batu Pahat pada 11/03/2010. Dan aku lihat keadaan arwah sengat kritikal. Lemah. Baring. Kadang-kadang tu, mulut arwah terherot macam orang kena stroke. Pada 14/03/2010, aku pulang ke Muadzam sebab 22/03/2010 aku dah mula exam. Niat di hati nak belajar dalam masa seminggu sebelum habis exam.
Tapi, pagi selasa tu dalam pukul 3.00 am - 4.00 am ayah ada mesej. Bunyinya macam ni.
“Nek dah meninggal. Al-fatihah”.
Masa tu, aku masih lagi nyenyak tidur. Sumpah tak sedar bunyi mesej masuk. Aku sedar pukul 7.00 am. Itu pun bunyi call daripada ayah. Masa tu, aku belum baca mesej yang ayah hantar. Mula-mula, terdetik juga. Kenapa call pagi-pagi buta macam ni. Mesti ada yang tak kena.
“Dah bangun?” kata ayah.
“Dah”
“Minggu ni balik?” Tanya dia.
“Tak sebab minggu depan dah exam”.
Aik! Baru balik dah dia suruh balik? Biar betul?
“Ni nak beritahu. Nek dah meninggal”.
“Hah? Bila?”. Bilang aku terkejut.
“Pukul 3 pagi tadi” balasnya tenang.
“Kejap. Nak mandi dulu. Then, pergi stesen bas nak tengok tiket” ujar aku.
“Ok. Baik-baik”.
Punat merah ditekan. Aku terus ke bilik mandi. Bersihkan diri. Dan selepas itu, aku kejutkan roommate supaya boleh hantar aku ke bustand. Dia okey.
Sampai bustand dalam pukul 7.30 am. Sarapan dulu sambil tunggu bas datang jam 8.00 am. Dari Muadzam, aku terus gerak ke Segamat. Tiba di Segamat, tiada pula bas ke Batu Pahat. Sudahnya aku menaiki teksi ke Batu Pahat dengan tambang RM120. Kira okey la tuh.
2 jam selepas itu, aku terus menuju ke masjid tempat arwah atuk aku dikebumikan dulu. Kak Long cakap, jenazah dah nak gerak ke masjid. So, aku terus ke masjid. Di situ, ada ramai sedara-mara yang tidak aku kenali. Yang dari KL pun ada. Menyusul, 2-3 orang pak cik aku pula sampai ke masjid. Lebih kurang 10-15minit, ayah pun sampai dengan menaiki van jenazah.
Malam tu, tahlil diadakan selama 3 hari berturut-turut. Malangnya, tahlil ke-3 aku tak dapat turut serta sebab aku dah pulang ke Muadzam Shah.
p/s: Al-fatihah untuk arwah nenek dan atuk yang telah kembali ke rahmahtullah. Semoga roh mereka bertiga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
No comments:
Post a Comment