April 21, 2010
April 20, 2010
April 19, 2010
10 Kesilapan Utama Dalam Perniagaan Kecil
aku ambil dari website PUNB 10 Kesilapan Utama Dalam Perniagaan Kecil |
Kesilapan-kesilapan berikut merupakan kesilapan umum yang dilakukan oleh kebanyakan usahawan dan pemilik perniagaan kecil. Berhati-hatilah dengan kesilapan yang amat merbahaya ini…….. 1. Terlalu yakin dengan sesuatu idea dan taksub dengannya. 2. Tiada Pelan Pemasaran Pelan Pemasaran boleh memberikan perhatian yang anda perlukan kepada pihak sasaran. Ia menjadi daya tarik pelanggan terhadap anda! Terdapat lebih dari 25 cara untuk memasarkan perniagaan anda dengan kos yang rendah ataupun tanpa melibatkan sebarang kos. Perlaksanaan pelan pemasaran secara berkesan, cekap, konsisten dan penuh bergaya dapat menjimatkan kos panggilan. 3. Tidak mengenali pelanggan anda Perubahan pada citarasa pelanggan dan juga produk serta perkhidmatan persaing akan mempengaruhi perniagaan anda, kecuali jika anda kenal pelanggan secara dekat, tahu kehendak mereka pada masa kini dan masa hadapan, tahu corak pembelian mereka dan tahu bagaimana untuk membantu mereka walaupun anda tidak mempunyai produk atapun perkhidmatan tersebut. 4. Tidak peka dengan kedudukan aliran tunai syarikat Walaupun anda mempunyai produk yang paling terbaik, pelanggan mungkin tidak akan membelinya dalam tempoh waktu yang anda fikirkan. Oleh itu kedudukan aliran tunai yang mantap penting untuk menampung diri dan syarikat anda dalam tempoh tersebut. 5. Tidak peduli tentang kakitangan Salah satu cabaran yang paling sukar bagi seorang usahawan atau pemilik perniagaan ialah untuk memberi motivasi, bimbingan dan mengurus pekerja. Tanpa kesabaran, kesungguhan dan kemahiran, masalah tersebut akan menjadi lebih teruk. Moral dan produktiviti pekerja serta keuntungan syarikat boleh musnah dengan segera! 6. Keliru tentang kemungkinan dengan realiti Usahawan yang berjaya hidup di dalam dunia yang penuh dengan kemungkinan tetapi mereka berbelanja dalam dunia realiti. 7. Tiada pelan penjualan. Tanpa pelan penjualan, maka tidak ada cara untuk mengukur perkembangan kewangan dan kemajuan perniagaan anda. Anda memerlukan plan yang realistik untuk melihat dari mana, bagaimana, bila dan siapa yang membawa masuk jualan. 8. Penyendiri Anda mungkin tahu kesemunya tetapi anda tidak boleh melakukanya seorang diri dan berkembang pada masa yang sama. Anda perlukan kakitangan untuk mengagihkan tanggungjawab kepada mereka. 9. Tiada 'Mastermind' Anda perlukan satu lembaga penasihat ataupun seorang mentor! Bagi mereka yang memopunyai pernigaan yang kecil , ini mungkin ini tidak masuk akal. Lembaga penasihat ini mungkin terdiri dari anggota keluarga atau sahabat yang anda percayai.Jadikan mereka Ahli Lembaga Pengarah, kaji pelan dan keputusan perniagaan bersama mereka. Adalah sangat kritikal untuk mempunyai seseorang yang boleh memberikan idea dan pandangan yang objektif. 10. Berputus Asa Kebanyakkan usahawan yang berjaya pernah mengalami kegagalan. Oleh itu, sekiranya anda gagal, biarkan kegagalan itu. Bangun dan belajar dari kesilapan dan kegagalan lalu. Jangan berputus asa dan menderita. |
April 18, 2010
Bisikku Pada Sang Bulan
khabarkan padanya aku rindu
ceritakan padanya aku cinta
Bulan
Andai hati ini masih lagi untuk dia
Sampaikan kata cinta ini untuknya
Andai hati ini bukan untuk dia
Simpankan kata cinta ini untuknya
Bulan
Saat aku renung ke atas langit
Seperti aku berada dekat denganmu
saat aku melihat diriku yang sakit
baru aku tahu kau berada jauh beribu batu
Bulan
Ingin aku tunggu kau jatuh ke riba
Tapi rasanya mustahil untuk jadi begitu
ingin aku jerit pada dunia dia yang aku cinta
Salam semua!!!
Hai, semua. Sihat? Aku ada banyak cerita yang nak dikongsikan dengan kau orang. Entry ini, aku nak kongsi cerita yang dah basi sebab ianya dah berlaku kira-kira sebulan yang lalu.
Nenek aku telah kembali ke rahmatullah pada 16/03/2010 jam 3.00 am yang lalu. Tentu kalian masih ingat cerita tentang arwah. Sila klik sini untuk tahu penyakit arwah.
Sebelum exam, aku ada balik Batu Pahat pada 11/03/2010. Dan aku lihat keadaan arwah sengat kritikal. Lemah. Baring. Kadang-kadang tu, mulut arwah terherot macam orang kena stroke. Pada 14/03/2010, aku pulang ke Muadzam sebab 22/03/2010 aku dah mula exam. Niat di hati nak belajar dalam masa seminggu sebelum habis exam.
Tapi, pagi selasa tu dalam pukul 3.00 am - 4.00 am ayah ada mesej. Bunyinya macam ni.
“Nek dah meninggal. Al-fatihah”.
Masa tu, aku masih lagi nyenyak tidur. Sumpah tak sedar bunyi mesej masuk. Aku sedar pukul 7.00 am. Itu pun bunyi call daripada ayah. Masa tu, aku belum baca mesej yang ayah hantar. Mula-mula, terdetik juga. Kenapa call pagi-pagi buta macam ni. Mesti ada yang tak kena.
“Dah bangun?” kata ayah.
“Dah”
“Minggu ni balik?” Tanya dia.
“Tak sebab minggu depan dah exam”.
Aik! Baru balik dah dia suruh balik? Biar betul?
“Ni nak beritahu. Nek dah meninggal”.
“Hah? Bila?”. Bilang aku terkejut.
“Pukul 3 pagi tadi” balasnya tenang.
“Kejap. Nak mandi dulu. Then, pergi stesen bas nak tengok tiket” ujar aku.
“Ok. Baik-baik”.
Punat merah ditekan. Aku terus ke bilik mandi. Bersihkan diri. Dan selepas itu, aku kejutkan roommate supaya boleh hantar aku ke bustand. Dia okey.
Sampai bustand dalam pukul 7.30 am. Sarapan dulu sambil tunggu bas datang jam 8.00 am. Dari Muadzam, aku terus gerak ke Segamat. Tiba di Segamat, tiada pula bas ke Batu Pahat. Sudahnya aku menaiki teksi ke Batu Pahat dengan tambang RM120. Kira okey la tuh.
2 jam selepas itu, aku terus menuju ke masjid tempat arwah atuk aku dikebumikan dulu. Kak Long cakap, jenazah dah nak gerak ke masjid. So, aku terus ke masjid. Di situ, ada ramai sedara-mara yang tidak aku kenali. Yang dari KL pun ada. Menyusul, 2-3 orang pak cik aku pula sampai ke masjid. Lebih kurang 10-15minit, ayah pun sampai dengan menaiki van jenazah.
Malam tu, tahlil diadakan selama 3 hari berturut-turut. Malangnya, tahlil ke-3 aku tak dapat turut serta sebab aku dah pulang ke Muadzam Shah.
p/s: Al-fatihah untuk arwah nenek dan atuk yang telah kembali ke rahmahtullah. Semoga roh mereka bertiga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.